Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman 2024

Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman | Pulau Tioman terletak di Rompin, Pahang. Pulau Tioman amat popular dengan aktiviti diving & snorkeling.

Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. Sedapnya! ๐Ÿ˜›

Kedudukan pulau ini terletak 70 km dari Mersing, Johor. Dan hanya 58 KM dari Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Jeti ke Pulau Tioman

Mersing, Pahang, Malaysia

Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor, Malaysia

26820 Kuala Rompin, Pahang, Malaysia

  1. Jeti Mersing, Johor
  2. Jeti Tanjung Gemok, Rompin, Pahang

Harga parking kereta di jeti: RM 15 sehari

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk sampai ke Pulau Tioman. Mengikut keadaan laut semasa.

Anda disarankan menggunakan, perkhidmatan feri di Tg Gemok kerana disana perjalanan feri mengikut jadual.

Berbeza dengan Jeti Mersing, jadual perjalanan tidak menentu kerana di Mersing air laut cetek. Kena tunggu air pasang baru feri boleh bergerak.

Jika anda menggunakan perkhidmatan Jeti Mersing, anda akan dikenakan caj Iskandar Tax. Malaysian:RM5 foreigner:RM20

Senarai Jeti di Pulau Tioman

Feri akan berhenti di beberapa perhentian di Pulau Tioman seperti berikut:

  • Kampung Genting
  • Kampung Paya
  • Kampung Tekek
  • Kampung Air Batang
  • Kampung Salang
Sumber Gambar: CataFerry

Feri ke Pulau Tioman

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Tioman adalah BlueWater Express & CataFerry

Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman 2023

Kebiasaan harga feri adalah seperti berikut:

Dewasa: RM 70 pergi balik
Kanak-kanak: RM 60 pergi balik

Namun begitu, jika menggunakan servis CataFerry, harga adalah berbeza-beza mengikut tarikh dan juga jenis tempat duduk. Ada murah, ada mahal. Boleh tengok kat bawah, kami ada screenshot tempahan di CataFerry.

Waktu Perjalanan Feri

Waktu perjalanan ini adalah untuk rujukan sahaja, ianya tertakluk kepada perubahan dari syarikat terbabit.

BlueWater Express
– Dari Jeti Mersing: 7:30 am, 10:00 am, 11:30 am, 2:30 pm & 4:30 pm
– Dari Jeti Tg.Gemok: 7.30 am, 11:00 am, 4.00 pm

CataFerry
– Dari Mersing: 11:30 am, 2:30 pm
– Dari Tioman: 10 am, 2:00 pm

Tempah Tiket Feri ke Tioman

Kedua-dua syarikat boleh buat tempahan dan bayaran secara online. Boleh bayar menggunakan kad kredit.

  1. BlueWater Express – Book Now
  2. CataFerry – Book Now (Terbaik & Mudah)

Kemaskini 24/06/2020 – info terkini, CataFerry dari Tg Gemok tidak lagi beroperasi. Hanya dari Mersing.

Bagi Pakej.MY, kami lebih suka menggunakan CataFerry, sebab website lebih mesra pengguna (User Friendly). Bayaran online pun mudah.

Kelebihan CataFerry:

  • Feri masih baru. Cantik!
  • Ada tempat jual makanan dan minuman atas feri, boleh beli bila lapar. ๐Ÿ˜›
  • Lebih cepat dan efisien. Penumpang boleh datang 20 minit sebelum berlepas, kerana tiket yang dibeli secara online sudah termasuk boarding pass. Tak perlu lagi beratur untuk dapatkan boarding pass.

Lagi satu, harga yang ditawarkan ada yang murah. Weekdays boleh dapat RM10 untuk sehala. Berdasarkan kami semak harga tiket boleh tahan murah. Tengok gambar di bawah.

Website: www.cataferry.com


Total perjalanan pergi balik jadi RM 30 sahaja. Tapi untuk 4 hari 3 malam la. Kalau 3 hari 2 malam jadi RM 40. Terbaik dan murah. Biasa tiket feri pergi balik dekat RM 70 untuk seorang.

Jadi, pelan la percutian anda untuk dapat tiket feri murah ke Tioman.

BOOK NOW
Lain-lain

Pulau Perhentian VS Pulau Redang
Pakej Pulau Perhentian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

38 Komen di “Harga Tiket Feri ke Pulau Tioman 2024”

    1. Hello. Harga tiket terbaru Tanjung Gemuk- Pulau Tioman berapa harga ye untuk pergi dan balik

  1. Boleh saya tahu ,kenapa harga online RM90 pergi balik untuk seorang..?? Tapi kt sini tulis hanya RM70 pergi balik seorang

    1. Assalamualaikum !
      Maaf iklankan di sini .
      Saya ada 6 tiket feri utk Dewasa dan 1 utk Kanak2 utk dijual.
      Tiket pergi dari Mersing 7/9/22 & Balik 9/9/22 dari Tioman.
      Saya dah bertanya Cataferry , depa kata boleh transfer pada org lain.
      Saya terpaksa cancel trip , kerana ibu sedang sakit di wad hospital dan dokter tak bagi masa yg lama lagi utk ibu.
      Kalau berminat, tlg contact saya Marina 012 xxx xxxx

    2. Wslm, ok baik. Sesiapa nak boleh contact Pn Marina.

      * No phone akan dipadam selepas 9 Sep.

      Terima kasih

  2. Hi ..nk tanya .macam mana pula kalau kita nk pergi dalam jangka masa yang panjang..boleh ke beli tiket pergi sahaja lepastu masa nk balik nanti beli lain pulak ..sebb x pernah pergi sana dn x tau apa2 tentang tiket dan pulau tu …saya perlu kesana sebb dapat job intership kat sana ..terus jem kepala๐Ÿ˜…๐Ÿฅฒ..