Parking Kereta ke Pulau Redang
Sekilas, Ada dua jeti untuk ke Pulau Redang. Satu Shahbandar Kuala Terengganu. Satu lagi di Jeti Merang.
Jika anda memilih Jeti Merang, anda boleh parking kereta di sekitar jeti tersebut.
Parking Kereta ke Pulau Redang
Parking kereta di Jeti Merang, anda tak perlu risau. Jaga 24 jam. Ada bumbung dan juga ada kawasan parking terbuka.
Nota Penting: Parking di Jeti Merang Vigourmarine ini adalah khas kepada pelanggan mereka sahaja. Sama ada, anda boleh ambil parking sekali servis bot laju ataupun Pakej Snorkeling Redang.
Harga Parking Kereta di Jeti Merang
Jumlah Hari | Harga Parking |
1 Hari | RM10 |
2 Hari 1 Malam | RM20 |
3 Hari 2 Malam | RM30 |
Secara ringkasnya, harga parking adalah RM10 sehari.
Yang masih belum buat tempahan, boleh terus tempah di website mereka ini: www.merangwaterfront.com
Boleh ambil parking sekali tempahan dengan bot atau snorkeling.
Peringatan: Parking di Jeti Merang ini adalah parking persendirian dan ada sekuriti. Tempahan parking sahaja tidak diterima. Hanya boleh ditempah bersama tiket bot atau snorkeling sahaja.
Nak tanya, bot RM$50 pergi dan balik?
RM55 sehala sekarang, pergi balik RM110