Kedai Nasi Arab Shah Alam

Nasi Arab antara makanan kegemaran min. Bukan min sahaja, ramai yang suka makan nasi arab.

Kalau nak pergi makan, mesti korang tercari-cari dekat mana nak pergi kedai nasi arab yang mana kan?

Untuk memudahkan korang yang sedang mencari Kedai Nasi Arab sekitar Shah Alam, nah min kongsikan.

Senarai Kedai Nasi Arab Shah Alam

Banyak sebenarnya Kedai Nasi Arab di Shah Alam, dalam artikel ini, min senaraikan Kedai Nasi Arab yang popular sahaja.

1. Nasi Arab Zam Zam, Seksyen 13

Dulunya kedai Nasi Arab Zam Zam ini terletak di Seksyen 9, baru sahaja berpindah ke Seksyen 13.

Waze: Nasi Arab Zam Zam Seksyen 13

2. Nasi Arab Sahara Tent Seksyen 9

Sahara Tent Seksyen 9
Sumber Gambar: Facebook Sahara Tent

Sahara Tent ini berada dalam Mall Plaza Shah Alam. Min suka pergi dekat sini sebab tenang dan tak terlalu ramai orang macam Zam Zam Restaurant.

Kalau korang nak relax-relax boleh pergi Kedai Nasi Arab Sahara Tent.

Waze: Sahara Tent Seksyen 9 Shah Alam

3. Nasi Arab Al Rawsha Seksyen 7

kalau korang nak feeling makan dekat istana, boleh pergi ke Al Rawsha Seksyen 7. Tempat luas dan sedap juga.

Waze: Al-Rawsha Seksyen 7

4. Nasi Arab D’Arab Cafe Seksyen 7 & Masjid Negeri Shah Alam

Sumber Gambar: Facebook D’ Arab Cafe

Dekat sini pun min suka pergi juga. Harga nasi arab antara paling murah dan rasa dia pun boleh tahan sedap. Kena dengan selera orang Malaysia.

Ada dua cawangan, dekat Unisel Seksyen 7 dan juga Masjid Negeri Shah Alam. Kalau pergi dekat masjid, jangan pergi dekat waktu solat, nanti rasa bersalah pula makan dekat situ 🙂

Waze
1. D’Arab Cafe Seksyen 7
2. D’Arab Cafe Masjid Negeri

5. Nasi Arab Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Sumber Gambar: Facebook Nasi Arab Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Min pun belum pernah pergi lagi dekat sini, korang cuba-cuba la nanti.

Waze: Aroma Hijrah

6. Nasi Arab Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3

Sumber Gambar: Nasi Arab Spiced Pumpkin Cafe & Bakery

Kedai ini terpencil sikit, dekat Seksyen 3. Mungkin ramai sudah kenal kedai ini selepas Pejabat SSM berpindah dekat kawasan kedai ini.

Rasa dan harga berbaloi. Min suka order desert Kunafa dekat sini. Gambar kat atas tu la Kunafa.

Waze: Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3

7. Nasi Arab Sihaf Arabic Restaurant, Seksyen 14

Sumber Gambar: Facebook Sihaf Arabic Restaurant

Kedai ini, min pergi sekali sahaja. Tak tau kenapa kurang kena dengan selera. Tapi rasa itu subjektif. Mungkin min sahaja rasa lain. Korang boleh pergi cuba dulu!

Lokasi kedai dekat Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam

Waze: Sihaf Arabic Restaurant, Seksyen 14

8. Nasi Arab Hadramawt Castle, Seksyen 23

Kalau korang nak makan dekat rumah je, boleh order dengan kedai Nasi Arab Hadramawt Castle.

Waze: Hadramawt Castle

9. Nasi Arab Mozer’s Bukit Jelutong

Min belum pernah pergi lagi, tengok review dekat google maps, macam menarik. Kena cuba ni nanti. Jom try.

Min dah cuba. Sudah beberapa kali pergi ke sini. Memang terbaik. Suasana ok. Nak santai boleh, nak pergi bawa keluarga pun boleh.

Waze: Mozer’s

Kesimpulan

Banyak pilihan kedai nasi arab dekat Shah Alam. Kalau korang nak pergi ramai, korang boleh cuba Al-Rawsha, Zam Zam atau Sahara Tent.

Kalau nak harga berbaloi boleh cuba D’Arab Cafe.

Kalau nak santai dan tenang, boleh cuba Sahara Tent atau Spiced Pumpkin.

Ini pendapat peribadi min sahaja, mungkin berbeza dengan citarasa orang lain. terima kasih 🙂

Lain-lain: Kedai Makan Hispter Shah Alam

Masak Sendiri Nasi Arab? Boleh cuba Resipi Nasi Arab Ini

  1. Resipi Nasi Arab – Kambing
  2. Resipi Nasi Arab – Ikan Siakap
  3. Resipi Nasi Arab – Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *