6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor
Banyak aktiviti menarik yang anda patut cuba di KL dan Selangor | di KL dan Selangor bukan sahaja sekadar membeli-belah, tengok movie sahaja, malahan, percaya atau tidak, di KL dan Selangor ini menawarkan lebih daripada yang anda boleh bayangkan.
Jika anda sedang mencari untuk aktiviti selain daripada perkara yang biasa, di sini ada 10 aktiviti yang luar biasa yang anda boleh lakukan dengan rakan-rakan atau keluarga anda di Kuala Lumpur dan Selangor.
6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor
1. Skytrex Adventure, Shah Alam
Skytrex Adventure Shah Alam adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, dari pokok ke pokok, pengalaman bergayut, dan meluncur pada pelbagai halangan di udara ini yang akan memberikan kepuasan kepada diri anda. Kebiasanya, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan ataupun teambuilding.
Harga Skytrex Shah Alam
Litar | Little Adventure | Big Thrill | Extreme Challenge |
Harga | RM 35 | RM 45 | RM 55 |
Tahap Kesusahan | Beginner | Intermediate | Advanced |
Waktu Operasi
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti yang dipilih sahaja)
Paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM
Hubungi
Management & Administration Office, C33-2-7 Block C Jaya One, No. 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +601 3276 9841
Fax: +603 7960 8290
(Sila hubungi dari 9am – 6pm sahaja)
Email: [email protected]
Maklumat lanjut: Skytrex Adventure Shah Alam
2. ATV Adventure, Kemensah
Satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota adalah sukan ATV di ATV Adventure Park. Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu.
Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan.
Harga ATV Kemesah
Jenis Pakej | Harga |
1 Jam – 1 Jam 30 Minit: 7 Level Air Terjun | RM 100 |
1 Jam 30 Minit – 2 Jam: Air Terjun Sofea Jane | RM 150 |
2 Jam – 2 Jam 20 Minit: Bukit Tabur / Dam | RM 200 |
3 Jam – 4 Jam: Bkt Tabur / Dam / Sg Liza / Dataran Mas / Bukit Lalang | RM 300 |
Waktu Operasi
Isnin – Ahad: 9am to 6pm
(Tutup dari 11am to 3pm pada hari Jumaat)
Hubungi
Lokasi: ATV Adventure Park, Kg. Kemensah, 68000 Hulu Kelang, KL
Telefon (Untuk Tempahan): 019-244 8544 (Saiful)
Laman Web: www.atvadventurepark.com
3. Flyboard, Putrajaya
Terbang di atas air seperti superhero tidak lagi fantasi. Terima kasih kepada Flyboard Malaysia yang beroperasi di Marina Putrajaya. Flyboard Malaysia ini akan memastikan keseronokan dengan melakukan aktiviti lasak ini. Sebelum anda mengendalikan dan terbang dengan gaya bebas, pakar terlebih dahulu akan memberi tunjuk ajar cara mengendalikannya bagi membiasakan diri.
Waktu Operasi
Jumaat-Ahad: 9:00 am – 7:00 pm
Hubungi
Lokasi: Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Telefon: 012-287 1120
Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/flyboardmy/
4. JumpStreet Trampoline Parks, PJ
JumpStreet Trampolin Parks adalah tempat permainan baru terletak di Petaling Jaya. JumpStreet ini sangat menakjubkan dengan beratus tempat melompat dari lantai ke dinding, khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Tiada masalah jika anda tidak pernah melompat ke atas trampolin sebelum ini, kerana anda boleh mencubanya tanpa ragu-ragu. Untuk mencuba permainan ini, anda boleh pergi ke JumpStreet Trampoline Parks yang terbesar di Asia.
Harga
General Admission | Per Hour |
Off- Peak | RM22 |
Peak | RM27 |
Stokin Grip* | RM5 |
- Harga adalah termasuk GST dan * wajib membeli Stokin Grip
- Sesi “Off-Peak” : Isnin, Selasa dan Rabu (kecuali cuti umum)
- Sesi “Peak” : Khamis, Jumaat, SAbtu, Aha dan cuti umum (Malaysia, Kuala Lumpur dan Selangor)
Waktu Operasi
Hari | Waktu |
Isnin – Rabu | 10 Pagi hingga 9 Malam |
Khamis | 10 Pagi hingga 11 Malam |
Jumaat | 10 Pagi hingga 12 tengah malam |
Sabtu | 9 Pagi hingga 12 tengah malam |
Ahad | 9 Pagi hingga 9 malam |
Lokasi
No 8A Jalan 13/6 Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon: 1800 88 JUMP (5867)
Website: https://www.jumpstreetasia.com/
5. Menikmati Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter
Melihat panorama Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter adalah bukan sesuatu yang baru lagi. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Sekarang, anda, rakan-rakan ataupun keluarga anda sebenarnya boleh menyewa sebuah helikopter bagi menikmati panorama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Bukan sahaja dibawa dekat ke Menara Berkembar Petronas (KLCC), malah dengan menaiki helikopter ini, akan memberi anda pandangan holistik (iaitu pandangan mata burung). Semua boleh tengok, burunglah katakan.
Harga Bagi Merasai Menaiki Helikopter
- RM 885 Seorang (Diambil pada 21 Mac 2016. Tertaluk kepada perubahan)
- 30 Minit pengembaraan. Perjalanan bermula Ampang – Bukit Antarabangsa – Taman Melawati – Gombak – Batu Caves – Kepong – Segambut – Bukit Tunku – Bukit Lanjan dan pusingan balik)
- Minimum 4 orang.
Untuk maklumat lanjut boleh layari marimari.com
6. Cruise Tasik Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya salah satu tarikan paling menarik yang terdapat di Putrajaya. Dengan harga serendah RM15, anda berpeluang merasai perjalanan di dalam sebuah cruise selama 30-45 minit sambil menikmati panorama sekitar Putrajaya.
Dalam tempoh tertentu, penumpang akan dibawa mengelilingi tasik dan juga menghayati pemandangan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Masjid Putra, Darul Ehsan Palace, Millennium Monument, Masjid Tuanku Mizan, Jambatan Monorel, Marina Putrajaya, Jambatan Seri Gemilang, Taman Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Seri Satria dan banyak lagi.
Berbaloi-baloi untuk berhujung minggu di Putrajaya dengan menaiki Cruise ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cruisetasikputrajaya.com
Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM
Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388
Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385
Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389
Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387
Kedai Putra Mart
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/kedai_putra_mart-4390
Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381
Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386