6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor

Banyak aktiviti menarik yang anda patut cuba di KL dan Selangor | di KL dan Selangor bukan sahaja sekadar membeli-belah, tengok movie sahaja, malahan, percaya atau tidak, di KL dan Selangor ini menawarkan lebih daripada yang anda boleh bayangkan.

Jika anda sedang mencari untuk aktiviti selain daripada perkara yang biasa, di sini ada 10 aktiviti yang luar biasa yang anda boleh lakukan dengan rakan-rakan atau keluarga anda di Kuala Lumpur dan Selangor.

6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor
1. Skytrex Adventure, Shah Alam

skytrax shah alam

Skytrex Adventure Shah Alam adalah  yang pertama seumpamanya di Malaysia, dari pokok ke pokok, pengalaman bergayut, dan meluncur pada pelbagai halangan di udara ini yang akan memberikan kepuasan kepada diri anda. Kebiasanya, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan ataupun teambuilding.

Harga Skytrex Shah Alam

Litar Little Adventure Big Thrill Extreme Challenge
Harga RM 35 RM 45 RM 55
Tahap Kesusahan Beginner Intermediate Advanced

Waktu Operasi

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Cuti yang dipilih sahaja)
Paling awal bermula pukul 8:30 AM dan paling lewat pukul 3:00PM

Hubungi

Management & Administration Office, C33-2-7 Block C Jaya One, No. 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: +601 3276 9841
Fax: +603 7960 8290
(Sila hubungi dari 9am – 6pm sahaja)
Email: skytrex@skytrex-adventure.com

Maklumat lanjut: Skytrex Adventure Shah Alam

2. ATV Adventure, Kemensah
6-atv-kemensah-600x360
Sumber Foto: Atvmobile39a

Satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota adalah sukan ATV di ATV Adventure Park. Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu.

Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan.

Harga ATV Kemesah

Jenis Pakej Harga
1 Jam –  1 Jam 30 Minit:  7 Level Air Terjun RM 100
1 Jam 30 Minit – 2 Jam: Air Terjun Sofea Jane RM 150
2 Jam – 2 Jam 20 Minit: Bukit Tabur / Dam RM 200
3 Jam – 4 Jam: Bkt Tabur / Dam / Sg Liza / Dataran Mas / Bukit Lalang RM 300

Waktu Operasi

Isnin – Ahad: 9am to 6pm
(Tutup dari 11am to 3pm pada hari Jumaat)

Hubungi

Lokasi: ATV Adventure Park, Kg. Kemensah, 68000 Hulu Kelang, KL
Telefon (Untuk Tempahan): 019-244 8544 (Saiful)
Laman Web: www.atvadventurepark.com

3. Flyboard, Putrajaya

flyboard putrajaya, 10 Aktivi Menarik di KL dan Selangor

Terbang di atas air seperti superhero tidak lagi fantasi. Terima kasih kepada Flyboard Malaysia yang beroperasi di Marina Putrajaya. Flyboard Malaysia ini akan memastikan keseronokan dengan melakukan aktiviti lasak ini. Sebelum anda mengendalikan dan terbang dengan gaya bebas, pakar terlebih dahulu akan memberi tunjuk ajar cara mengendalikannya bagi membiasakan diri.

Waktu Operasi

Jumaat-Ahad: 9:00 am – 7:00 pm

Hubungi

Lokasi: Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Telefon: 012-287 1120
Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/flyboardmy/

4. JumpStreet Trampoline Parks, PJ

jump-street-dodgeball-group-playing-pj

JumpStreet Trampolin Parks adalah tempat permainan baru terletak di Petaling Jaya. JumpStreet ini sangat menakjubkan dengan beratus tempat melompat dari lantai ke dinding, khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Tiada masalah jika anda tidak pernah melompat ke atas trampolin sebelum ini, kerana anda boleh mencubanya tanpa ragu-ragu. Untuk mencuba permainan ini, anda boleh pergi ke JumpStreet Trampoline Parks yang terbesar di Asia.

Harga

General Admission Per Hour
Off- Peak RM22
Peak RM27
Stokin Grip* RM5
  • Harga adalah termasuk GST dan * wajib membeli Stokin Grip
  • Sesi “Off-Peak” : Isnin, Selasa dan Rabu (kecuali cuti umum)
  • Sesi “Peak” : Khamis, Jumaat, SAbtu, Aha dan cuti umum (Malaysia, Kuala Lumpur dan Selangor)

Waktu Operasi

Hari Waktu
Isnin – Rabu 10 Pagi hingga 9 Malam
Khamis 10 Pagi hingga 11 Malam
Jumaat 10 Pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu 9 Pagi hingga 12 tengah malam
Ahad 9 Pagi hingga 9 malam

Lokasi

No 8A Jalan 13/6 Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon: 1800 88 JUMP (5867)
Website: https://www.jumpstreetasia.com/

5. Menikmati Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter
Melihat Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter
Sumber Foto: blog.malaysia-asia.com

Melihat panorama Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter adalah bukan sesuatu yang baru lagi. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Sekarang, anda, rakan-rakan ataupun keluarga anda sebenarnya boleh menyewa sebuah helikopter bagi menikmati panorama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Bukan sahaja dibawa dekat ke Menara Berkembar Petronas (KLCC), malah dengan menaiki helikopter ini, akan memberi anda pandangan holistik (iaitu pandangan mata burung). Semua boleh tengok, burunglah katakan.

Harga Bagi Merasai Menaiki Helikopter

  • RM 885 Seorang (Diambil pada 21 Mac 2016. Tertaluk kepada perubahan)
  • 30 Minit pengembaraan. Perjalanan bermula Ampang – Bukit Antarabangsa – Taman Melawati – Gombak – Batu Caves – Kepong – Segambut – Bukit Tunku – Bukit Lanjan dan pusingan balik)
  • Minimum 4 orang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari marimari.com

6. Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya salah satu tarikan paling menarik yang terdapat di Putrajaya. Dengan harga serendah RM15, anda berpeluang merasai perjalanan di dalam sebuah cruise selama 30-45 minit sambil menikmati panorama sekitar Putrajaya.

Dalam tempoh tertentu, penumpang akan dibawa mengelilingi tasik dan juga menghayati pemandangan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Masjid Putra, Darul Ehsan Palace, Millennium Monument, Masjid Tuanku Mizan, Jambatan Monorel, Marina Putrajaya, Jambatan Seri Gemilang, Taman Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Seri Satria dan banyak lagi.

Berbaloi-baloi untuk berhujung minggu di Putrajaya dengan menaiki Cruise ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cruisetasikputrajaya.com

6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor
Rate this post

Artikel Lain

Komen

1 Comment on "6 Aktiviti Menarik Yang Anda Patut Cuba di KL dan Selangor"

Notify of
Sort by:   newest | oldest | most voted

Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

Kedai Putra Mart
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/kedai_putra_mart-4390

Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

wpDiscuz