Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2021
Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.
Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro shj. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.
Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.
Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini: Bulan Februari 2021
Harga Bawa Kereta Ke Langkawi
Harga ni, dah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM 57 | RM 104 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM 68 | RM 116 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM 161 | RM 312 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM 194 | RM 368 |
Kereta Sedan 3,000CC Ke Bawah | RM 238 | RM 454 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM 216 | RM 412 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM 238 | RM 456 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
Dewasa | RM 18 | RM 36 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM 13 | RM 26 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM 3 | RM 6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 13 | RM 26 |
- Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
- Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 01 Januari 2021. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi |
Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi
![]()
|
Peringatan:
- Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
- Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
Assalamualaikum, nak tanya kereta atas nama warga asing boleh bawak masuk ke langkawi? kalau bawak salinan geran, salinan passport dan surat kebenaran pemilik kereta perlu salinan lesen pemilik tak?
Salam, maaf saya kurang pasti yang ni. atau tn contact mereka terus : http://www.langkawiroro.com/
assalamualaikum , sy nk tanya . jika waja atau wira 1.5cc kena select yg 1.5cc below atau yg 2.0cc below ya ? confius sekejap
Salam, pilih 1.5 cc
mcm mna pula kalau kereta sewa dari luar langkawi…boleh masuk ke..?
Kalau ada maklumat ini boleh masuk:
1. Salinan geran kereta
2. Salinan IC pemandu / pemilik kereta
Sy rekemen sewa di sana sahaja. tak perlu pening2