Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024
Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.
Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.
Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.
Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:
Harga Bawa Kereta Ke Langkawi
Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
- Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
- Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi |
Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi
|
Peringatan:
- Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
- Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
Assalammualaikum nak tanya utk kanak -kanak umur brpa mula kena byran tambang?
Wslm, ikut kadar semasa 29/01/2022 – Semua kena bayar walaupun bayi. boleh semak di web mereka
Honda Brv 1.5, ni kira sedan or MOV eh
MPV
Assalam, kalau bawa kenderaan yang pemandu adalah bukan kepada pemilik kenderaan tersebut, ada apa-apa masalah untuk masuk ke Langkawi ?
wslm, kena pastikan
Salinan geran kereta
Salinan IC pemandu / pemilik kereta
Salam, Tambang kereta termasuk Insurance Cover sekali ke?
Wslm, ya sudah termasuk
Pemandu termasuk ke dalam pembayaran tambang feri?? Kalau 1pemandu 1 dewasa 2 kanak2.. hanya dewasa 1 org ke yg byr dan knk2
utk pemandu sahaja. yang lain-lain kena bayar lain
saya nak pergi bulan dec tapi not available.. saya nak bawak kereta masuk langkawi
Boleh hubungi syarikat berkenaan secara terus.
Salam sejahtera, ambik mass berapa lama kalau naik roro ke langkawi? 2 jam setengah? Thanks
Salam, dari Kuala Perlis lebih kurang 1 jam 30 minit
Salam tuan..nak bawa motorsikal (pameran/decorasi)restoran.
pemilik nak pindah ke Langkawi.Motosikal antik 50an.tak ada grant.macamana prosedure.Motor naik lori.
wslm, boleh cuba hubungi pihak Langkawi Roro secara terus.
Assalamualaikum. jika saya membawa motor saya melalui jeti kuala kedah, berapa bayaran dan prosedur sama kah ?
wslm. RM100 pergi balik. Jeti Kuala Perlis
Geran wajib bawa?
Ya, salinan
booking feri online dh buka ke utk bulan februari 2023
Buka. boleh rujuk senarai website di atas.