Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024

Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.

Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut. 

Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.

Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.

Bawa Kereta Ke Langkawi

Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:

Harga Bawa Kereta Ke Langkawi

Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu.  Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.

* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga

Jenis Kenderaan Sehala Pergi Balik
Motorsikal 125 CC ke Bawah RM55 RM100
Motorsikal 250 CC ke Bawah RM66 RM122
Motorsikal 500 CC ke Bawah RM93 RM176
Motorsikal 501 CC ke atas RM115 RM210
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah RM145 RM280
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah RM178 RM336
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah RM222 RM424
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC RM200 RM380
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC RM222 RM434
Penumpang Sehala Pergi Balik
Dewasa RM21 RM42
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) RM16 RM32
Bayi (1 Tahun ke bawah) RM3 RM6
Orang Kelainan Upaya (OKU) RM13 RM26
  • Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
  • Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi

Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:

  1. Salinan geran kereta
  2. Salinan IC pemandu / pemilik kereta
  3. Bilangan penumpang (termasuk pemandu)

Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi

  1. Buka website ticket.langkawiroro.com
  2. Buat tempahan dan bayaran
  3. Siap
Peringatan:
  1. Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
  2. Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

127 Komen di “Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024”

  1. Boleh saya tau jadual perjalanan feri ke langkawi dengan membawa kereta utk bulan januari 2022 n harga ticket utk kereta

  2. Utk axia brape pergi.dan balik? Lepastu, tiket org perseorangan perlu kan. Melainkan driver je yg termasuk dlm pakej feri kenderaan tu kan?

  3. Saya dah book round trip feri utk Jan 2022.
    1 driver dan 2 penumpang. Bagai mana caranya jika saya ingin menambah penumpang yg bukan warga emas, oku atau penumpang one way

  4. Salam, nak bercuti ke Langkawi perlu guna agen pelancongan dn pakej dia ke? atau sekarang dah boleh secara individu?