Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan Guna Excel

Untuk anda yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, bolehlah download Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan dalam artikel ini. Hanya rekod menggunakan Microsoft Excel sahaja. Simple dan mudah.

Sama ada anda buat perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa, pengurusan kewangan adalah amat penting kepada anda.

Sekurang-kurangnya, anda tahu duit keluar masuk dan tahu pendapatan anda setiap bulan.

Template Akaun Perniagaan Excel

Untuk anda yang memerlukan Akaun Perniagaan Excel yang boleh lihat untung rugi & juga kunci kira-kira, anda boleh beli sahaja di shopee ini: Shopee Akaun Perniagaan Excel. Sementara promosi.

Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan

Dengan menggunakan Excel, anda dengan mudah dapat merekod data duit keluar masuk. Pengiraan secara automatik bila data anda masukkan adalah tepat. Boleh rujuk gambar dan penerangan di bawah.

1. Isi maklumat duit keluar masuk.

Description: Penerangan maklumat duit keluar masuk
In: Duit Masuk
Out: Duit Keluar

2. Rekod Duit Orang Pinjam

Bila seseorang membuat pinjaman dengan anda, rekod jumlah pinjaman di ruangan ini.

Orang Pinjam: Masuk jumlah orang pinjam dengan anda.
Orang Bayar:
Masukkan jumlah orang bayar di sini. Dan anda pastikan rekod juga di ruangan duit masuk (IN)

3. Rekod Duit Anda Hutang / Pegang

Dua senario, satu anda berhutang. Dan satu lagi anda pegang duit orang. Contoh orang beli produk dengan anda, tapi anda belum lagi bayar kepada pembekal. Jadi, anda perlu rekod sebagai hutang terlebih dahulu.

Hutang: Duit anda berhutang atau pegang
Bayar Hutang: Rekod di sini bila anda sudah bayar hutang kepada pemiutang. Dan pastikan rekod dekat duit keluar juga (OUT)

4. Kira Zakat

Zakat akan dikira secara automatik. Sudah diletakkan formula berdasakan 2.5% dari pendapatan (Duit IN tolak Duit HUTANG/PEGANG).

Bila akhir bulan, anda perlu buat SUM zakat bulan tersebut dan letak jumlah amaun tersebut di ruangan duit keluat (OUT). Maksudnya, anda bayar zakat kepada agensi berkenaan.

Nota: Pengiraan zakat ini adalah secara kasar sahaja. Untuk pengiraan tepat sila semak dengan pusat zakat 🙂

5. Lihat Pendapatan Anda Setiap Bulan

Ruang Total tersebut adalah jumlah sebenar anda dapat dari bulan tersebut. Formula telah ditetapkan.

6. Total Keseluruahan Pendapatan Anda

Penetapan formula. Lihat total keseluran pendapatan anda untuk tahun tersebut di ruangan ini. Anda boleh semak, berapa yang pendapatan dan pengeluaran duit anda.

Duit Semasa: Duit yang ada dalam akaun bank anda. Perlu masukkan data duit keluar masuk, baru Duit Semasa ini akan sama dengan jumlah dalam akaun bank anda.

Duit Sebenar: Manakala duit sebenar pula adalah duit yang betul-betul hak milik anda, selepas ditambah duit orang hutang dan juga telah ditolak duit anda berhutang / pegang.

7. Hide Data Bulan Yang Lepas

Bagi memudahkan dan mencantikan data, anda perlu hide duit keluar masuk untuk bulan-bulan lepas. Hanya tinggalkan bulan januari dan bulan semasa sahaja.

Download Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan

DOWNLOAD

Lepas klik button download ini, anda akan diteruskan ke website google drive seperti gambar di bawah. Dari sana, ada icon download dalam bulatan merah, klik untuk download.

Semoga bermanfaat!

Template Akaun Excel – Lebih Efektif

Kalau nak lagi tersusun, boleh beli template akaun perniagaan excel ini: Boleh lihat di artikel ini: Template Akaun Perniagaan Excel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

22 Komen di “Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan Guna Excel”

  1. Ada x contoh utk akaun melibtkn duit tunai dan bank? Duit tunai kita rekod then akhir bln trnsfer dalam bank..yg trnsfer tu nak rekod lg atau x?

    1. terbaik, yang tunai tu cik rekod di excel tab yang lain. dan setiap akhir bulan bila bank-in ke bank, baru rekod dalam excel ini.

      ataupun cara lain, rekod setiap kali keluar masuk wlpn secara tunai dan pastikan duit tu tak digunakan. bila trnasfer ke bank, tak perlu rekod dah.

    1. Wslm, pengiraan zakat ini adalah secara kasar sahaja. untuk lebih details cik blh rujuk pusat zakat. terima kasih.

  2. Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya excel tu utk cash atau blh campur cash dan bank. Atau kena asingkan?
    Terima kasih

  3. terima kasih atas ilmu ini. semoga di dalam lindungan Nya. sgt2 bermanfaat untuk org yng hanya menjual perfume manees secara kecil-kecilan (agent)

  4. Assalamualaikum Tn Admin,

    Tkasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Mohon izin menggunakan template tersebut,
    ya.
    Semoga tuan sentiasa dikurniai kesihatan yg gemilang beserta anak2 yg solekh/solekhah ; dimurahkan rezeki & dimantapkan iman. Aameen Ya Robbal’alameeen.