Harga Perodua Axia 2024 – Jumlah Ansuran Bulanan
Harga Perodua Axia 2024 | Artikel sebelum ini kami ada berkongsi tentang Cara Beli Kereta Baru. Semua step mudah dan lengkap sampai dapat kereta depan pintu rumah anda. 🙂
Pada kali ini pula, kami kongsikan dengan anda Harga Kereta Axia 2024 dan juga Ansuran Bulanan Axia.
Kami dah tolong kirakan untuk anda, tunggu tengok je berapa yang kena bayar bulan-bulan nanti.
PERODUA AXIA BARU 2024
Dengan perkongsian ini, semoga dapat memudahkan anda untuk melihat harga terkini dan juga jumlah anggaran ansuran bulanan Perodua Axia yang anda patut bayar setiap bulan.
Harga Perodua Axia 2024
Harga kereta Perodua Axia paling murah adalah berharga RM38,830 dengan anggaran ansuran bulanan serendah RM456.
GAJI MINIMUM UNTUK BELI KERETA AXIA ADALAH RM 1800 dengan Downpayment 10%. Boleh buat tanpa downpayment, tapi wajib ada penjamin.
Kalau gaji RM 2000 Baru boleh buat FullLoan Tanpa Penjamin 🙂
Berikut ada harga kereta Axia terkini untuk semenanjung Malaysia sahaja. Pengiraan ansuran bulanan adalah berdasarkan pembiyaan/pinjaman bank 9 tahun dan juga Interest Rate 3.2%.
Jika guna mobile, sila swipe kiri kanan ye untuk tengok harga 🙂
PERODUA AXIA | Harga (RM) | Anggaran Ansuran Bulanan (RM) | |
---|---|---|---|
‘0’ Down payment | 10% Down payment | ||
Axia 1.0 Auto G | 38,830 | 456.61 | 410.95 |
Axia 1.0 Auto X | 40,230 | 473.08 | 425.77 |
Axia 1.0 Auto SE | 44,230 | 520.11 | 468.10 |
Axia 1.0 Auto AV | 49,730 | 584.79 | 526.31 |
Namun begitu, harga tersebut adalah untuk rujukan sahaja, mungkin berbeza mengikut interest rate terkini.
Kalau anda sedang mencari kereta axia baru, anda boleh berhubung dengan rakan kongsi Pakej.MY seperti berikut:
Website: www.keretaperodua.my Showroom Utama: Perodua Motor Confidence Petaling Jaya, Selangor. GOOGLE MAPS Berpengalaman lebih 8 tahun dalam urusan jual beli kereta Perodua. Khas untuk penduduk Kuala Lumpur & Selangor. Negeri lain boleh juga. Mereka akan uruskan proses penghantaran kereta nanti
Setelah anda menghubungi, mereka akan melayan anda secepat mungkin. Jangan lupa minta Free Gift.
Ringkasan Step Beli Kereta AXIA
Secara ringkasnya, berikut adalah proses pembelian kereta baru. Untuk pengetahuan anda sahaja, terutamanya, yang pertama kali beli kereta.
- Hubungi KeretaPerodua.MY
- Jumpa di Showroom / di mana-mana (Jika Perlu)
- Hantar Dokumen Kepada Ejen
- Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Proses Pengeluaran Kereta
- Selesai, Ambil Kereta
Hadiah Percuma Dengan Pembelian Kereta Axia Ini
Berikut adalah hadiah percuma setelah membuat tempahan dengan KeretaPerodua.MY
- Smart Tag beserta Touch’ N GO
- Minyak Penuh Tangki
- Diskaun voucher untuk tinted
- Payung
- Steering Lock
- Dan banyak lagi. Lihat di website www.keretaperodua.my
Apa pun anda boleh hubungi KeretaPerodua.MY terlebih dahulu untuk maklumat tentang perodua axia. Tinggalkan komen anda dibawah atau whatsapp mereka:
Selain kereta axia, mereka juga ada jual Perodua Bezza, Myvi, & Alza. Boleh whatsapp atau pun pergi terus ke showroom mereka di Jalan Klang Lama.
Rujukan Harga: Perodua MY
Artikel Lain: Kereta Sewa Penang
Hey, saya nak tanya Axia X & Myvi X untuk tempoh 5 tahun bulanan berapa?
Nak letak deposit berapa tu?
Untuk mudah komunikasi dan semakan, boleh hubungi di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
hello..nak tanya..saya nak beli axia gxtra auto n gaji saya rm1.5k..keje kerajaan..kalau saya buat full loan..boleh dapat tak??
Hi, perlu ada penjamin Ibu Bapa atau Pasangan.
Untuk mudah komunikasi dan semakan, boleh hubungi di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Bolih ke klau nk beli cash…??
Bayar melalui bank cek..
atau dengan wang tunai..?
Boleh. cik boleh wasap terus di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Hai.. Saya nak tnya.. Kalau downpayment 5 k…berapa ye bulanan untuk axia g dan axia S.E.?
Hi. Kalau Axia 1.0 Std G – Auto lebih kurang RM330 sebulan.
untuk maklumat lanjut cik boleh wasap di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
kalau cik nak kira sendri untuk model yang lain, cik boleh cuba aplikasi ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=ikira.zooltech.my
Terima kasih
Hai, saya nak tanya kalau gaji bersih 1900 lepas tolak epf, lepas tak nak ambil axia advance?
Boleh lepas. untuk tempah cik boleh wasap di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Hello…sye nak tanya kalau ambil axia e manual
Basic 1700 +++ot paling kurang 2500 paling banyak 3k
Layak tak full loan
Boleh cuba. utk tempahan boleh wsap sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Saya nak tanya kalau kerja sebagai security gaji serendah 1600 lepas ke Dan kalau penjamin tu ahli keluarga yang dah berumur atas 60 ke atas boleh ke
Baru kerja ke? apa2 pun boleh wasap di sini: https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Hi. Gaji basic saya rm1200.00. Saya nk axia saje. Yelah basic rendah. Agak2 lepas tak?
Lepas dengan syarat ada penjamin. Boleh wasap kat sini https://wasap.pakej.my/perodua_axia
Hai Sy gaji pon lepas rm1200 je…6pak nye xdpt beli kereta la …
boleh ambil kereta terpakai. terpakai pun ok kalau kena caranya 🙂
Salam.. kalau sy nak beli axia variant style dgn downpayment 5k berapa ansuran bulanan utk 9 tahun ye?
Salam, anggaran lebih kurang RM379 sebulan. untuk tempahan boleh terus wasap di sini https://wasap.pakej.my/perodua_axia