Tempat Menarik Sekitar Stesen ECRL Kelantan

Kelantan mempunyai dua stesen ECRL, iaitu Stesen ECRL Kota Bharu dan Stesen ECRL Pasir Puteh.

Kedua-dua stesen ini memberi akses mudah untuk meneroka pelbagai tarikan menarik di sekitar Kelantan.

Tempat Menarik Sekitar Stesen ECRL Kelantan

Tempat Menarik Sekitar Stesen ECRL Kelantan

Berikut antara tempat menarik berhampiran stesen ECRL di Kelantan yang boleh anda kunjungi.

1. Stesen ECRL Kota Bharu

Stesen ECRL Kota Bharu terletak di Tunjong, salah satu kawasan yang sedang pesat membangun dan tidak jauh dari pusat bandar Kota Bharu.

Dari sini, pengunjung mudah untuk meneruskan perjalanan ke tempat menarik, lokasi makan popular dan kawasan membeli-belah sekitar bandar.

Tempat Menarik di Kota Bharu:

  • Pasar Siti Khadijah
  • Istana Jahar
  • Muzium Kraftangan Kelantan
  • Kampung Kraftangan
  • Masjid Muhammadi
  • Wakaf Che Yeh
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Senok

Makan-makan di Kota Bharu

Nasi Kerabu antara makanan yang patut dicuba apabila menjejakkan kaki di Kota Bharu. Hidangan ikonik Kelantan ini memang rugi kalau dilepaskan begitu sahaja.

Kami rekemen cuba makan Nasi Kerabu di Lieniey Nasi Kerabu Tumis. Ada satu lagi, Kak Zimah’s Kitchen, Tumpat. Jauh sedikit, tapi berbaloi untuk cuba. Lebih kurang 25KM dari ECRL Kota Bharu.

Nasi Kerabu Kak Zimah, sumber: Facebook Kak Zimah’s Kitchen

Kalau ikut tekak min, Nasi Kerabu Kak Zimah memang antara yang paling sedap. Wajib cuba!

Selain nasi kerabu, anda juga boleh mencuba kopi dari jenama tempatan seperti Nasken Coffee. Sesuai untuk santai-santai sambil menikmati secawan kopi sebelum meneruskan perjalanan.

2. Stesen ECRL Pasir Puteh

Pasir Puteh juga mempunyai beberapa tempat menarik yang sesuai untuk dilawati, terutama bagi yang ingin menikmati pantai, alam semula jadi dan suasana kampung.

Tempat Menarik di Pasir Puteh:

  • Pantai Melawi
  • Pantai Bisikan Bayu
  • Pantai Tok Bali
  • Jeram Mengaji Agro Resort

Pasir Puteh memang terkenal dengan kawasan pantainya. Antara yang boleh dikunjungi ialah Pantai Melawi, Pantai Kandis, Tok Bali dan Pantai Bisikan Bayu. Kebanyakan pantai di sini sesuai untuk santai, berkelah dan mandi-manda, dengan kawasan pantai yang luas serta pasir yang cerah dan cantik.

Selain itu, jika mahu menikmati suasana pantai dengan lebih lama, anda juga boleh bermalam di resort tepi pantai, terutamanya di sekitar Pantai Bisikan Bayu. Boleh santai di tepi pantai, mandi laut atau menikmati kemudahan kolam renang yang disediakan.

Antara Resort boleh cuba sekitar Pantai Bisikan Bayu dan Tok Bali adalah Zainab Cottage, Tok Aman Bali, Villa Bisikan Bayu dan banyak lagi.

Jeram Mengaji terkenal dengan kawasan bukit yang menghijau serta aktiviti penternakan lembu tenusu. Pengunjung boleh menikmati susu lembu segar, yogurt dan produk tenusu lain yang dijual oleh penduduk tempatan.

Untuk yang minat bercuti di pulau, dari Jeti Tok Bali anda juga boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Perhentian. Jeti ini menjadi salah satu pilihan untuk ke Pulau Perhentian, terutama bagi pelancong yang ingin menikmati pantai, snorkeling dan suasana pulau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *