Pulau Redang atau Pulau Perhentian

Pulau Redang atau Pulau Perhentian | Mesti korang tak tahu nak pergi yang mana satu kan. Kedua-duanya cantik sebenarnya.

Memandangkan admin pernah pergi kedua-dua pulau ini, tak salah rasanya untuk kongsi pendapat.

Berdasarkan admin pergi, Pulau Perhentian adalah lebih berbaloi berbanding Pulau Redang. Ini pendapat peribadi sahaja. Ada juga yang kata Redang lagi ok. Terpulanglah. Hak masing-masing.

Pulau Redang atau Pulau Perhentian

Kenapa admin pilih Pulau perhentian?

Sebabnya, masa admin pergi snorkeling, view ikan di Pulau Perhentian lebih menarik dan banyak. Itu sahaja. Apa pun ini hanya pendapat semata-mata ya.

Highlight Pulau Redang atau Pulau Perhentian
  • Pulau Perhentian naik di Jeti Kuala Besut
  • Pulau Perhentian banyak ikan, tengok penyu dan anak jerung
  • Pulau Perhentian ada teksi bot
  • Pulau Perhentian 5 trip snorkeling
  • Pulau Redang naik di Jeti Merang @ Jeti Shahbandar
  • Pulau Redang boleh sewa motor jalan-jalan pusing kampung.
  • Pulau Redang ada 6 trip snorkeling

Rekemen, pergi Pulau Perhentian dulu. Kalau nak pakej Pulau Perhentian murah boleh tengok di artikel ini: Pakej Pulau Perhentian

Kalau nak juga pergi ke Pulau Redang, boleh baca di sini: Pakej Pulau Redang

Semoga membantu walaupun sedikit je pendapat pilihan Pulau Redang atau Pulau Perhentian 🙂

Selamat Bercuti!

Facebook Kami: Pakej.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 Komen di “Pulau Redang atau Pulau Perhentian”

    1. Ada, harga bermula RM800 sehala. Kalau ramai berbaloi. kalau tak baik ambil taxi dari jeti kuala besut ke jeti merang.

    1. kalau nak relax – boleh pergi Perhentian Besar.
      Kalau nak happening – boleh pergi Perhentian Kecil. Ada penduduk.

      Jangan risau, sana ada teksi bot. boleh pergi ke/dari Perhentian Besar/Kecil

  1. Setuju, saya dh bnyak kali repeat dua pulau ni
    Redang-special sbb penyu jinak n siap boleh pergi dekat + bergambar
    Penyu di Perhentian tak jinak mcm Redang. biasa duduk dasar je, naik pun sekejap

    Perhentian- coral cantik, view lawa mengadap dua pulau

  2. Redang
    – warna air laut lagi cantik, pasir lebih gebu
    – ada sandbank ala-ala maldives
    – ada pusat penetasan penyu
    – penyu jinak tu memang dah
    – sewa bot khas, banyak tempat boleh pergi
    – gi Pulau Bidong pun boleh juga!
    – sambil mandi di kawasan long beach, boleh makan keropok goreng dan coconut shake di gerai Pak Abu
    – pemandangan sunrise yang cantik (menginap di kawasan long beach)
    – ada rezeki boleh bertegur sapa dengan Sultan Terengganu kalau menginap di Coral Redang. Tuanku ada banglo khas di situ.

    Perhentian
    – hidupan laut lebih pelbagai
    – ikan-ikan ada pelbagai jenis lain lagi yang kita boleh temui
    – snorkelling depan resort pun dah boleh nampak nemo, shark, sotong, penyu (Perhentian Besar di kawasan Coral View Resort dan Perhentian Island Resort)
    – nak bergambar cantik, di Pulau Tokong Kemudi
    – ada tempat mandi air sejuk