Trip ke Indonesia 10 Hari (Part 2 – Jogjakarta)

Trip ke Jogjakarta | Sambungan dari artikel sebelum ini Trip ke Indonesia 10 Hari (Part 1 – Jakarta – Bogor – Bandung). Artikel tu berakhir di Bandung, dan seterusnya kami ke Jogjakarta pula.

4. Jogjakarta (5 Hari di Sini)

? Dari Bandung ke Jogja, kami naik train Turangga Exclusive jam 7:30 malam. Perjalanan ke Jogja dari Bandung lebih kurang 9-10 jam. Tiket train kami beli sebulan sebelum tarikh bertolak, harga RM114 seorang.

Tiket Train Bandung ke Jogjakarta
Tiket beli online sebulan sebelum blepas, kene beli awal nnti sold out ! Tiket print kat kiosk train station

Sebelum sy senaraikan dulu tempat-tempat menarik di Jogjakarta, cerita kami ada dibawah nanti ya.

Tempat Menarik di Jogjakarta

? Gunung  Merapi
? Gereja Ayam
? Candi Borobudur
? Pulepayung
? Kalibiru
? Candi Prambanan
? Pantai Timang
? Pinus Pengger
? Taman Sari
? Pantai Parangtritis
? Shopping – Butik Mezora dan Zoya
? Jurang Tembelang
? Bukit Mojo
? Rumah Hobbit
? Tebing Breksi
? Candi Ijo

orite, jom baca secebis kata dari kami pasal tempat2 di Jogjakarta tu 🙂

? Gunung  Merapi ?

Kami sampai train station Jogja lebih kurang jam 3:30 pagi, supir (Rizky) pickup dan terus ke Gunung Merapi. Sementara tu, kami tggu untuk solat subuh dulu.

Jam 5:30 pagi kami naik jeep ke Merapi (RP450k/jeep). Ada beberapa spot yg kita boleh pergi, kami ambil 4 spot sahaja. Plan nak tgok sunrise tapi takde rezeki ?. Rasanya lepas ni kene repeat lagi la kan hahaha.

Kami pergi kat muzium merapi, perkampungan, dan Bunker Kaliadem. Setiap tempat ni mmg ade sejarah dan memorinya tersendiri. Boleh tanya tour guide korang nanti yaa ?

Muzium Merapi (tak silap ni tragedi tahun 2010)
Aktiviti ni wajib try dekat Gunung Merapi, SERONOK weiii…..silap haribulan boleh basah lencun
? Gereja Ayam ?

Perjalanan dari Merapi ke Gereja Ayam lebih kurang sejam jerr. Jauuuhhh jugak, sempat tidurrr ?. Before tu kami lunch siap2, alahhh lupa nama kedai, soryyyy yaa.

Kami smpai sini tenghari, mmg panas. Nak bergambar pun takde mood. Tiket masuk sini RP30k dan dpt voucher makanan boleh redeem kuih dari kiosk kat atas tu. Hmm lupa pulak ape nama kuih tu. Kalau Malaysia, mcm versi ubi kayu goreng garing. Sedap. Boleh try buat nnti.

Dari tempat parking ke Gereja Ayam ni kene naik bukit, jalan kaki okayyy. Fuhhh. Boleh je kalau naik ojek tp kene bayar laa hehe ? Smpai atas sana, boleh nampak Candi Borobudur. Supir cakap, kalau nak tengok sunrise/sunset kat sini mmg lawaa.

Ni laa Gereja Ayam…Panas lit lit nak ambil gambar pon…
? Candi Borobudur ?

Kami beli tiket sekali dengan Candi Prambanan, so murah sikit. Valid 2 hari rasanya. Kami dapat hrga student RP350k utk combo dua Candi. Normal price utk combo RP560k.

Untuk satu candi harga normal RP350k, student price RP210k. Punya la malas nak jalan kaki ke Candi (jauh sgt), kami naik train. Bayar RP30k sorang, dapat free mineral water.

Masa tu hr minggu, memang ramai org. Nak bgmbar pun susah, sb ramai sgt yg photobomb. huhuhu

Ni je lah gambar yg terbaik, still ada photobomb hahaha
Penat naik tangga. Tinggi la jugak, dah la ramai orang..sabarrrr okay

Pintu keluar pon jauh, tpi kami jalan kaki. Kat jalan keluar tu ramai yg jual2 keychain, fridge magnet, baju. Murah. Boleh nego smpai half price. Nasib la. (Tips: nego half price, kalau tk dpt, up smpai 5k. kalau dia taknak jugak, sila berundur. Tips ini mmg menjadi)

? Pulepayung ?

Masuk sini kene bayar RP30k sorang. Sini ada bebrapa spot bergambar, semua lawa2.

Kami cuma pilih 1 spot sahaja sebab dah penat sangat, bayaran RP10k. Untuk gambr, minimum kene pilih 4 keping, satu keping RP3k sahaja.

Contoh spot yg kami pilih. Banyak lagi spot sebenarnya tapi dah penat plus kesuntukan masa
? Kalibiru ?

Kat sini ada spot yang sgt famous, wajib ambik kat spot ni. Memang ramai yang beratur untuk spot ni. Kami pon memang fokus nak snap kt spot ni je.

Memang cantik sebab mase tu ada sunset. Gambar mmg lawa tak mngecewakan. Wajib pilih minimum 4 gambar. Takpe, sekeping dlm RP3k jeee hehehe

One of the famous spot @ Kalibiru (penat beraturrr tapi sgt berbaloi !)
? Candi Prambanan ?

Seawal 6 pagi kami gerak ke Candi Prambanan. Tak sempat nak tengok sunrise pun sebab dah lewat. Tapi heaven sgt sampai awal, takde orang.

Syok bergambar kita2 je tanpa ada photobomb. Kami spend masa kat sini lebih kurang 2 jam jugak la. Posing duluu 😛

View luar (atas) dan dalam (bawah) Candi Prambanan

Btw, tiket Prambanan tu kami dah beli siap2 sekali dgn Borobudur sehari sebelum. Jimattt tak perlu beratur dah !

Otw ke pintu keluar, kami naik train bayaran RP3k/sorang sebab dah tak larat nak jalan (panas lit lit). Sepanjang jalan ke pintu keluar, train ni lalu depan candi2 lain (lupa nama). Kat pintu keluar ada org jual souvenir, murah. Pandai nego dpt free mungkin !

? Pantai Timang ?

Dari Prambanan ke Pantai Timang lebih kurang 40 minit-1 jam, jalan berbukit2 . Memang sepanjang jalan tu kami tidur je.

Sampai je kat sana, kami order makanan untuk makan tenghari dulu, kedai lobster yg viral tu. Kami order set RP600k (lobster 6 ekor, nasi utk 3 org, sotong celup tepung, ikan bawal hitam, tempe dan limau ais), smua lauk2 ni fresh dari laut. Sementara ke pantai timang, sempat la diaorg masak semua lauk2 tu. Hehe.

Salah satu lauk yg kami order, 6 ekor LOBSTER…. Sejujurnya, semua lauk yg diaorg masak mmg taraf hotel 5 bintang ! Tak rugi order banyak2. Highly recommended!

Kenyang sudah. So, kami ke Pantai Timang naik jeep RPp350k/jeep, lebih kurang setengah jam perjalanan ke sana. Jalan berbatu2 dan agak tough jugak la, sakit badan oi. Hahaha.

Kat Pantai Timang ni kami ambil pakej Gondola sahaja, yg jambatan tu tak ambil pun sbb tak berani. Bayaran Gondola RP200k /sorang untuk 2 way. Nanti diaorg akan cop atas tangan selepas bayar tiket then tunggu turn utk naik Gondola.

Laut bergelora masa ni, view memang ohsem sgt. Rasa nak repeat lagi next time
Ramai kan? Semua tunggu turn nak naik Gondola

Ombak masa tu mmg kuat sgt, ketaq jugak laa hahaha tapi masih terkawal. Boleh tengok video kat bawah. Sampai seberang pantai boleh la snap2 gambar dlu sblm tggu next Gondola utk balik ke tmpat asal.

? Pinus Pengger ?

Ni salah satu tempat yang wajib datang sebab view sgt lawa, spot bergambar semua cantik2 .

Kat sini kami pilih 2 spot bergambar, berlatar belakangkan bandar. Setiap spot tu kena ambil nombor giliran ya, tak boleh potong Q.

Spot 1: lupa nama, hahaha. Tapi dua spot ni mmg famous, kene beratur ambil nombor ok

Gambar bagi setiap spot RP4k/sekeping. Mmg puas hati gambarnya lawa walaupon waktu tu dh gelap. Btw, Pinus Pengger ni buka sampai tengah malam. View malam paling awesome!

Spot 2: Spot 5jari namanya hehe cantik kan view malam?
? Taman Sari ?

Entrance fee RP 15k per person. Ni adalah tempat raja zaman zaman dulu, ada tempat mandi, tempat tidur semua.

Macam tempat bersejarah gituu, kami taktahu sgt sbb tak hire sape2 untuk cerita tentang taman sari ni. Kalau berminat nak tahu, boleh je hire orang2 situ untuk bercerita hehe tapi ada bayaran laa

Taman Sari: ini je gambar yg sempat snap
? Pantai Parangtritis ?

Ini antara pantai yang lawa kat Jogja, wajib pergi walaupun cuaca kemain panas. Bersih sgt pantainya. Tak sure boleh mandi ke tak.

Masuk PERCUMA jerrr……don’t worry 😛

P/S: Alang alang ke Pantai Parangtritis, boleh la singgah Gumuk Pasir, sebelah je tapi kami tak singgah pon sebab nya panas sangat2 waktu tu. Lain kali je la 😛

? Shopping – Butik Mezora dan Zoya ?

Sebelum balik ke hostel, kami singgah shopping beli kain batik, bakpia, masuk Butik Mmezora dan Zoya. Hehehe kaki shopping kan.

Btw,bakpia tu better beli sehari sebelum balik sbb nya tak tahan lama. Paling lama pon 3-10 hari. So pandai2 la bajet yaa.

Selain tu, kami singgah Malioboro Street, tempat shopping famous kat Jogja. Kami balik awal so tak sempat merasa naik alun alun kidul (biasa naik sebelah malam).

? Jurang Tembelang ?

Untuk last day, kami plan nak tgok sunrise kt sini tapi takde rezeki agaknya sebab supir datang lambat huhu. Tiket masuk RP10k/person.

Spot yg ni boleh tahan tinggi, takde safety. So hati2 ya sebab tak kukuh sangat 😛

Spot bergambar semua FREE. Lawa lawa spot bergambar, kalau masa sunrise lagi lawa kan hmm…. kalau baik hati blh la derma seikhlas hati dlm tabung yg disediakan (utk penambahbaikan tmpt tu)

? Bukit Mojo ?

Semua tempat ni memang dekat2, so tak bazir masa sgt la. Tiket masuk sini RP8k sahaja. Ikut bayaran kereta rasanya. Lupa jugak huhu.

Semua spot bergambar FREE ! yeayyyhh bergambar la puas puas sbb memang takde orang pun. Kalau datang masa sunrise pon lawa jugakkk tp itulahhh….hmm tak kesampaian.

Nota kaki: Ini antara spot yg kami sempat snap. Kene hati2 masa panjat sbb takde safety. Hehe

? Rumah Hobbit ?

Bayaran tiket kat sini cuma RP3k seorang. Kawasan sangat luas, mengah jugak la kalau jalan smua tempat tapi berbaloi ape.

Sebelum tu kami isi perut kami dulu, kat situ ada beberapa gerai makanan. Murah bangettt hehe. Sedap pon sedap. Btw semua spot bergambar adalah FREE. Horrayy !

? Tebing Breksi ?

Antara tempat wajib pergi (pastikan kena dgn timing) sbb mase kami pergi panas terik, kawasan tu pula mcm kawasan kuari. Panas sgguh.

Bayar parking sahaja RP5k. ade beberapa kedai makan, boleh chill2 basahkan tekak. Kami tak bergambar pun sebab panas. So just snap gambar biase biase je la.

Ni ada lah salah satu spot bergambr rasanya. Buaian tinggi, boleh tahan gayat jugak laa
? Candi Ijo ?

Yang ni macam mini candi, kecik je kalau nak compare dgn yg Borobudur dan Prambanan. Dan memang tak ramai org. hehe.

Bayaran Cuma RP10k (harga local, sbb kwn kami cakap indon), normal price RP15k. So moral nya, belajar belajar la cakap indon. 😛

Sila abaikan model tak berbayar.. hmm menyibok je kan

Itu sahaja tempat-tempat yang kami pergi di Jogjakarta. Masa untuk pulang!

Jogyakarta to Kuala Lumpur

Akhirnya kami pulang ke tanah air selepas 10 hari di Indonesia. Flight jam 11:45 am (waktu tempatan). Tiket flight beli masa promo free seat cuma RM39 seorang. Hehehe.

Cantik tak baju kami? Haha. Beli kat Prambanan, murahh. Harus la nego sampai jadi. Wajib beli okayyy ! Btw, dalam gambar tu adalah Rizky (supir kami di Jogja)
Alhamdulillah smpai di KLIA2 jam 03:20 pm (waktu tempatan). SEKIAN…

Artikel ini disunting oleh: Pakej.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *