Senarai Resort di Pulau Lang Tengah

Senarai Resort di Pulau Lang Tengah | Pulau Lang Tengah merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu. Pulau ini terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Info Pulau Lang Tengah

  • Pulau kecil ini boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Tanjung Merang.
  • Ditutup pada bulan Oktober sehingga bulan Mac berikutan angin monsoon Laut China Selatan.
  • Pulau Lang Tengah sangat kecil, hanya terdapat 3 resort di pulau ini. Pulau kecil yang damai ini merupakan syurga bagi penggemar aktiviti snorkeling dan skuba!

Kebanyakan pengusaha bot menetapkan jadual pergerakan bot yang tetap iaitu pelepasan pagi dan petang pada peak season dan hanya satu pelepasan pada off-peak season. Harga tiket kebiasaannya RM60 satu hala.

Untuk harga tiket bot terkini, korang boleh semak di web www.merangjetty.com

Kebanyakan pengunjung hanya mengunjungi pulau ini secara day-trip. Tips jimat, bawa lah makanan dari daratan berikutan sumber makanan adalah terhad di pulau tersebut. Hanya ada restoren di resort sahaja. Berbeza dengan Pulau Redang, di sana ada gerai makan.

Bagi memudahkan korang anda boleh tengok senarai resort yang ada di Pulau Lang Tengah. Ada 3 sahaja buat masa sekarang.

Senarai Resort di Pulau Lang Tengah

Harga yang dipaparkan berdasarkan harga untuk 2 orang satu bilik pada hari biasa dan mungkin berubah mengikut tarikh pilihan anda. Untuk menempah, anda digalakkan menempah 3 minggu lebih awal untuk tawaran harga yang lebih murah!

D’Coconut Lagoon : RM190 +-

WEBSITE


 

Sari Pacifica Resort & Spa Lang Tengah Island RM225 +-

BOOK NOW


Summer Bay Lang Tengah Island Resort : RM460 +-BOOK NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *