6 Destinasi Pulau Yang Cantik Di Terengganu
Destinasi pulau yang cantik di Terengganu ini adalah antara pulau-pulau yang terbaik di Malaysia. Boleh dikatakan, wajib pergi lah! Pulau-pulau yang berada di Terengganu ini menjadi destinasi pelancongan sama ada rakyat tempatan atau luar negara, airnya yang jernih batu karangnya yang subur, pemandagan yang memukau mata pasti akan menghilang rasa tekanan dan asyik dengan keindahan pulau-pulau yang ada di Terengganu.
6 Destinasi Pulau Yang Cantik Di Terengganu
1. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ini terletak kira-kira 19 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Dan terbahagi kepada 2 pulau, iaitu pertama, Pulau Perhentian Kecil dan yang kedua ialah Pulau Perhentian Besar.
Pulau Perhentian ini pernah tersenarai (Tempat ke-13) sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhatian adalah seperti ‘Scuba’, ‘Snorkeling’, ‘Parasailing’, ‘Jungle Trekking’ dan juga mandi-manda di persisiran pantai.
Untuk maklumat lanjut berkenaan cara untuk ke jeti dari airport dan juga harga tiket bot ke pulau, Klik di sini.
Kalau anda berhajat untuk ke Pulau Perhentian, anda boleh rujuk pakej Perhentian bajet di sini: Pakej Pulau Perhentian
2. Pulau Redang
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan (9) buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.
Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang suka berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking. Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pulau kegemaran bagi mereka yang bercadang untuk honeymoon.
ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Pakej Pulau Redang
3. Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah berada kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan kira-kira 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.
Anda boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut. Dan jadual perjalanan bot adalah pada waktu pagi dan tengahari sahaja.
Buat masa sekarang, hanya terdapat 4 resort sahaja di Pulau Lang Tengah iaitu Sari Pacifica Hotel & Spa, Summer Bay Resort, D’coconut Lagoon dan Lang Sari Resort.
4. Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas.
Pulau Kapas pula terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu dan kalau nak ke sini anda perlu menaiki bot di jeti di Marang. Pulau Kapas ini hanya 2 km panjang dan lebarnya pula sekitar 1 km.
Pulau Kapas juga sering menjadi lokasi bot untuk bercandat sotong terutamanya pada bulan Jun dan Julai.
5. Pulau Gemia
Mungkin ramai belum mengenali Pulau Gemia ini. Bagi yang belum mengenalinya, di sini kami sediakan sedikit informasi tentang Pulau Gemia. Pulau ini terletak 800 Meter dari Pulau Kapas dan jaraknya hanya 5KM dari tanah semenanjung.
Pulau Gemia tidaklah sebegitu popular seperti Pulau Perhentian atau Redang, tetapi pulau ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini dengan adanya pulau yang berbatu diliputi dengan kehijauan pokok dan kerjenihan air.
Perjalanan ke sana akan mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu. Di sana hanya terdapat satu penginapan sahaja iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.
6. Pulau Tenggol
Pulau Tenggol merupakan satu lagi pulau yang sangat cantik yang hanya terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun.
Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi mereka untuk menyelam. Dahulunya pulau ini tidak popular dan tidak berpenghuni namun kini mempunyai beberapa hotel dan resorts yang selesa untuk pelancong.
Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam.
Info untuk kesemua pulau di perairan Terengganu
Kesemua pulau di perairan Terengganu ini hanya dibuka pada bulan Mac sehingga akhir bulan Oktober. Pada bulan November sehingga akhir Februari operasi ke pulau-pulau ini akan di tutup kerana musim tengkujuh, ombak dan angin terlalu kuat.
Terdapat banyak pakej untuk ke pulau yang disenaraikan di atas, anda boleh beli pakej di jeti-jeti berkenaan. Dan jika ingin mendapatkan tawaran pakej yang murah untuk percutian ke pulau ini, anda disaran menempahnya secara online. Lebih terurus!