Pengalaman Naik Grab di Langkawi

Perkhidmatan e-Hailing sudah enjadi trend sekarang. Antara e-Hailing popular di Malaysia adalah Grab dan juga MyCar.

Pengalaman Naik Grab di Langkawi

Kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia sudah lama menyediakan servis e-Hailing ini. Ramai pernah menaikinya terutama di KL dan Selangor. Tetapi bagaimana perkhidmatan e-Hailing di Langkawi? Ok ke?

Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut servis Grab di Langkawi OK atau pun tidak.

Pengalaman Naik Grab di Langkawi ini adalah pengalaman peribadi min. Semoga pengalaman ini boleh dijadikan sumber rujukan. Terutamanya yang dalam dilema sama ada nak naik Grab ke Nak Sewa Kereta.

Pengalaman Naik Grab di Langkawi

Sebelum pergi lebih lanjut, izikan min bagi info sikit tentang “percutian” min ke Langkawi. Percutian aka Pergi Kursus.

Min pergi ke Langkawi selama 4 Hari 3 Malam, bermalam di Pekan Kuah 2 malam (Langkawi De Bleu Hotel) dan di Padang Matsirat 1 Malam (The Smith House).

Min pergi pada bulan Disember 2019. Musim cuti sekolah dan semestinya harga kereta sewa lebih mahal sedikit.

Kalau sebelum ini, min ke Langkawi terus je Sewa Kereta sebab belum ada lagi servis Grab atau MyCar. Pada tahun ini (Dis 2019), servis grab di Langkawi sudah ada. Jadi min cubalah. Baru tahu, memang berbaloi.

Semasa di Langkawi, ada dua pilihan Grab atau MyCar. Min pilih Grab sebab harga murah RM1 berbanding MyCar. Sebelum anda pilih, langkah terbaik semak kedua-dua dahulu. Kadang-kadang MyCar lagi murah.

Harga Grab di Langkawi

Berikut adalah anggaran harga Grab di Langkawi, mungkin kadar harga berbeza. Ini sekadar rujukan sahaja. Pilihan GrabCar.

Perjalanan SehalaHarga
Airport Langkawi – Pekan KuahRM18
Airport Langkawi – Padang MatsiratRM19
Airport Langkawi – Pantai CenangRM9
Sekitar Pekan KuahRM4++
Langkawi De Bleu – HIGRM4
Langkawi De Bleu – Dataran LangRM5
Pekan Kuah – Padang MatsiratRM19
Pekan Kuah – Pantai CenangRM20
Pekan Kuah – Mangrove KilimRM27
Pekan Kuah – Langkawi Cable CarRM38
Pantai Cenang – Langkawi Cable CarRM21
Pantai Cenang – Mangrove KilimRM40

Selama 4 hari di Langkawi, min tak pergi semua tempat sebagaimana di atas, sebab sebelum ini sudah pergi.

Antara tempat yang pergi adalah Underwater World Langkawi, Dataran Lang, Kompleks HIG, Sekitar Pekan Kuah, Laksa Tepi Airport dan Sekitar Pantai Cenang sahaja.

Jumlah kesuluruhan Grab adalah RM120 sahaja untuk 4 hari. Kesimpulannya, kalau anda merancang untuk pergi santai-santai di Langkawi dan tak banyak tempat untuk dilawati, sesuai ambil Grab sahaja berbanding kereta sewa. Lebih berbaloi.

Contoh Perbezaan Anggaran Harga Grab & Kereta Sewa di Langkawi

Contoh 1: Menginap di Pantai Cenang untuk Percutian 3 Hari 2 Malam.

Kereta SewaGrab

Ambil kereta Axia untuk 48 jam
Normal Season: RM140
Peak Season: RM200

Anggaran Minyak: RM100

Airport ke Pantai Cenang dua hala RM18

Pantai Cenang ke Langkawi Cable Car pergi balik RM42

Pantai Cenang ke Pekan Kuah, HIG, Dataran Lang, termasuk balik ke Cenang RM80

Pantai Cenang Makan Laksa Tepi Airport dua hala RM20

Lain-lain atau makan RM30

Jumlah
Normal: RM240
Peak: RM300

 

Jumlah: RM190

Bermakna grab lagi jimat di atas kertas. Apa pun rancanglah dulu.

Cadangan Grab atau Kereta Sewa di Langkawi

Bagi pendapat min, untuk anda pertama kali ke Langkawi, sudah semestinya semua tempat wajib nak pergi kan. Jadi min sarankan ambil kedua-dua servis, Sewa Kereta dan juga Grab/MyCar.

Maksudnya, sewa kereta 1 Hari, pulun pergi yang jauh-jauh seperti Langkawi Cable Car, Kilim Mangrove. Kemudian ambil Grab/MyCar sahaja untuk lokasi dekat.

Apa pun ini adalah cadangan sahaja. Rancang dan kira dulu sebelum ke Langkawi.

FAQ Grab di Langkawi

Berapa Harga Grab dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang?
Anggaran harga RM9+-
Bagus Sewa Kereta atau Grab di Langkawi?
Mengikut destinasi, kalau pergi untuk santai-santai, boleh ambil Grab/MyCar sahaja. Lagi jimat. Kalau banyak tempat untuk dilawati, boleh ambil Kereta Sewa dan Grab. Boleh rancang dan banding harga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *