Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024
Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.
Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.
Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.
Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:
Harga Bawa Kereta Ke Langkawi
Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
- Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
- Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi |
Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi
|
Peringatan:
- Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
- Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
Assalamualaikum, nak tanya kereta atas nama warga asing boleh bawak masuk ke langkawi? kalau bawak salinan geran, salinan passport dan surat kebenaran pemilik kereta perlu salinan lesen pemilik tak?
Salam, maaf saya kurang pasti yang ni. atau tn contact mereka terus : http://www.langkawiroro.com/
assalamualaikum , sy nk tanya . jika waja atau wira 1.5cc kena select yg 1.5cc below atau yg 2.0cc below ya ? confius sekejap
Salam, pilih 1.5 cc
kalau kereta grand livina nk pilih yg mana
MPV 2.0 ke bawah
mcm mna pula kalau kereta sewa dari luar langkawi…boleh masuk ke..?
Kalau ada maklumat ini boleh masuk:
1. Salinan geran kereta
2. Salinan IC pemandu / pemilik kereta
Sy rekemen sewa di sana sahaja. tak perlu pening2
Tambang feri Kereta avanza 1.3 berapa?
RM 216
Salam tuan..myvi 1.3 pegi blek brpe tambang kos tuan..terima kasih
wslm, RM312.
Salam saya ada wassap tuan utk book keta. 5-7.11. Ade tak
Wslm, maaf wasap nombor mana ya? sebab artikel “Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2021” saya tak letak nombor whatsapp
Apa dokumen perlu untum bawa kenderaan ke langkawi?
Mcm sy bwk family, fmily duduk sekali dlm kereta atau ada tmpt khas di dalam feri? 1st time nk bwk kenderaan sendiri ke langkawi ni
Salinan geran kereta
Salinan IC pemandu / pemilik kereta
Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
pemandu shj termasuk. lain-lain perlu beli tiket asing
Lepas kereta dah masuk dlm feri, boleh mati kan enjin dan keluar daripada kereta untuk naik ke bahagian atas feri. Di bahagian atas tu ada tempat duduk disediakan, pastikan masa book online dah beli siap2 tiket untuk penumpang kereta selain pemandu
Salam. Nak tanya, kalau Toyota Innova 2000 cc pilih below 2000 cc ke below 3000 cc? Terima kasih.
Wslm. kalau tak silap 2000 cc. Boleh call feri untuk pengesahan http://www.langkawiroro.com/
salam.. untuk tiket penumpang yg lain (bukan pemandu) beli di kaunter ke/ online?
wslm, online boleh
Assalamualaikum nak tanya, kalau yg tiket penumpang tu tmasuk driver ke? Sbb sy nak pegi 4 orang termasuk sy dan nama penumpang pun saya masuk nama sy skali..tapi ni sy nak tambah masuk penumpang lain umur 14tahun, boleh ke tambah kemudian?
Wslm, jika lihat website mereka (22/10/2021), tempahan penumpang hanya boleh dibuat dengan tempahan kenderaan. Tidak boleh beli berasingan. Apa-apa boleh call mereka untuk pengesahan. Terima kasih.
Mohon beri link untuk booking tiket ke Langkawi bawa kereta pada 10 Nov 2021.
perenggan pertama dah ada. Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.