Cara Bawa Kereta ke Langkawi 2024
Bawa Kereta Ke Langkawi – Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian dengan menempah perkhidmatan bawa kereta dengan Langkawi Ferry Roro Atau Langkawi Auto Express Sdn Bhd.
Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
Bagi memudahakan anda, kami hanya menyediakan informasi dari LangkawiRoro sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan LangkawiRoro ini, anda perlu ke Jeti Kuala Perlis sahaja.
Bermula tahun 2014, tempahan boleh dibuat secara online di website mereka: www.langkawiroro.com.
Sebelum membuat tempahan, anda disarankan untuk melihat jadual perjalanan feri di sini:
Harga Bawa Kereta Ke Langkawi
Harga bawa kenderaan ini, sudah termasuk dengan seorang pemandu. Untuk penumpang lain anda perlu beli tiket berasingan. Boleh tempah tiket penumpang lain sekali dengan kenderaan ini.
* Harga Tempahan Online
* Scroll ke kanan untuk lihat harga
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
- Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
- Harga ini adalah harga semasa pada tarikh 07 Ogos 2022. Harga yang terbaru anda boleh rujuk di website mereka di atas.
Sewa kereta kat sana jer? Boleh! Anda boleh lihat senarai harga kereta sewa langkawi di sini: Senarai Harga Kereta Sewa Langkawi |
Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda perlu menyediakan maklumat dan dokumen berikut:
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
Cara Tempah Perkhidmatan Bawa Kereta ke Langkawi
|
Peringatan:
- Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
- Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
Nk tnye klo kite bawak kete naik feri tuk exora 1.66cc n persona 1.66 cc brp tmbang pegi n balek
RM820
Kalau online ticket dah sold out, boleh ke beli walk-in je?
Biasa boleh walk-in. tapi musim ramai orang ni, saya tak pasti. boleh call tanya mereka
Waja 1.6 berapa yer.. Planning bulan 12 nie
RM 194 sehala
Askum, nk tnye kalau pembayaran adik ipar sy bayarkn, dye tk pergi tp sy da husband pegi berdua je. Kt invoice keluar nama adik ipar sy tk apa ke?
Boleh rujuk dengan mereka terus
Salam. Tumpang tanya. Sebelum naik feri ada pemeriksaan tiket seperti kita nak naik kapal terbang ke?
wslm, Boleh rujuk dengan mereka terus
macam mana motosikal 1000cc kebawah
saya baru kemaskini, boleh tengok dalam artikel.
assalamualaikum,
nak tanya, masih ada lagi ke kekosongan untuk sebuah kereta ke langkawi untuk tarikh 2 dec 2021 ( pergi ) dan 26 dec 2021 ( balik )
boleh tak bawak masuk atau keluar kereta dari langkawi,pemandu bukan pemilik kereta..tapi kereta dari kebenaran tuan kereta..
Boleh tuan.
Kalau ikut Langkawi Ferry Roro, syarat dia seperti berikut:
SEKIRANYA KENDERAAN MILIK SYARIKAT/INDIVIDU LAIN, ANDA PERLU SERTAKAN BERSAMA SURAT KEBENARAN DARI PEMILIK BERSAMA I/C PEMANDU.
Terima kasih
Salam, saya nak bawa ativa ke langkawi pada 16/12 hingga 19/12 berapa tambangnya ?
RM412
Perlu bawa geran kereta asal atau memadai salinan geran sahaja semasa naik feri?
Berdasarkan web langkawi roro, GERAN – FOTOSTAT DEPAN DAN BELAKANG.