Cara Beli Kereta Baru – Perodua / Proton
Cara Beli Kereta Baru | Jika anda seorang graduan yang baru bekerja, sudah tentu perkara paling utama mereka akan cari adalah KERETA.
Belum dapat gaji pertama sudah buat survey nak beli kereta. Survey itu bagus kalau kena caranya. Yang penting survey mengikut kemampuan bukan kehendak semata-mata.
Beli kereta ini jangan sampai tersilap langkah, nanti merana nak bayar bulan-bulan. Ukur Baju di Badan Sendiri.
Beli kereta juga nak kena ada teknik dan cara juga. Barulah, hidup senang dan berjaya!
Jangan risau, pada kali ini Pakej.MY ingin kongsikan cara beli kereta baru pertama dengan mudah.
Cara Beli Kereta Baru – Perodua / Proton
Cara beli kereta baru sebenarnya mudah sahaja, boleh baca cara kami kongsikan ini. Agak panjang sedikit. Supaya anda faham cara nak beli kereta baru dari A-Z.
Sebelum terangkan secara terperinci cara beli kereta baru, adalah lebih baik anda plan terlebih dahulu. Sama ada nak beli untuk sementara waktu ataupun jangka masa panjang. Dan juga fikir kemampuan diri dahulu.
PLAN 1 – Jangka Masa Pegangan Kereta
Sementara waktu – Beli 5 @ 6 tahun, terus tukar kereta lain.
Jangka masa panjang – Beli kereta tak tukar-tukar, pakai sampai rosak.
Kebiasaanya, yang suka beli sementara waktu ini, adalah orang yang suka upgrade kereta.
Contohnya, kereta pertama beli kereta Perodua Axia, dan selepas 5 tahun kemudian, gaji dah besar, plan nak tukar kereta lebih besar pula. Sekurang-kurang Honda @ Toyota mungkin. 🙂
Cara & Teknik beli sementara waktu (Suka upgrade). Ikuti cara itu di Facebook Khairul Ezwan. Baru untung.
PLAN 2 – Kemampuan Diri
Plan kedua ini, adalah lebih mustahak daripada plan pertama. Kenapa? Sebabnya, perlu tahu kemampuan diri untuk bayar bulan-bulan. Demi kelangsungan hidup hari-hari.
Tak kan, pergi kerja dapat gaji, bayar kereta terus habis. Pening! Jadi nak selesa kena la fikir kereta apa yang sesuai dengan kemampuan diri.
Pengiraan kemampuan diri adalah mudah sahaja, ada dua kaedah iaitu:
Kaedah 1: Harga kereta tidak melebihi dari gaji tahunan
Contohnya, gaji bersih RM 2800 sebulan, jadi kereta yang terbaik untuk anda adalah kereta yang berharga lebih kurang RM 33,600.
RM 2800 x 12 Bulan (1 Tahun) = RM 33,600
Kereta apa je yang lebih kurang RM 33,600? Kereta Perodua Axia boleh. Harga untuk Axia 1.0 Standard G – Manual : RM 33,717.86. Boleh semak harga terkini di website Perodua.
Namun begitu, harga paling murah untuk kereta Axia adalah RM 23,965.89.
Walaubagaimanapun, Kereta Proton Saga atau Perodua Bezza masih boleh dipertimbangkan untuk nilai gaji tersebut.
Kaedah 2: Ansuran bulanan tidak lebih 15% dari gaji
Jika 15% dari gaji bersih RM 2800, jadi ansuran bulanan untuk kereta adalah lebih kurang RM 420 sebulan.
Kereta yang lebih kurang dari RM 420 sebulan adalah:
Perodua: AXIA, BEZZA
Proton: Saga
Kalau anda lelaki plan nak kahwin, ambil lah Bezza @ Saga, senang nak bawa barang banyak nanti.
Nak beli Kereta Myvi 2018 atau Iriz, tiada masalah sebenarnya, TAPI nak kena ada duit luar selain gaji. Baru kehidupan selesa. Melainkan gaji dah tinggi. Fikir-fikirkan lah!
Sudah faham Plan 1 & 2, anda boleh pergi ke seterunsya, boleh lihat step Cara Beli Kereta Baru. Khas untuk graduan atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk dapatkan kereta baru.
Berikut adalah apa yang anda patut buat untuk proses pembelian kereta baru. Terutamanya buat graduan yang pertama kali nak beli kereta.
- Kira Ansuran Bulanan Kereta
- Survey Kereta di mudah.my @ keretaperodua.my
- Pergi Showroom Jika Perlu
- Hantar Dokumen Kepada Ejen
- Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank
- Proses Pengeluaran Kereta
- Selesai, Ambil Kereta
1. Kira Ansuran Bulanan Kereta
Contohnya:
Axia G Manual (Harga Kereta / Jumlah Pembiyaan): RM 33, 600
Interest Rate: 3%
Downpayment: RM 0
Jumlah Tahun Pinjaman: 9 Tahun (Maksimum boleh buat)
Jadi,
Interest setahun: 3 / 100 x RM 33,600 = RM 1008
Interest 9 Tahun: RM 1008 x 9 = RM 9072
Jumlah keseluruhan Pembiyaan = Harga Kereta + Interest 9 Tahun
RM 33, 600 + RM 9072 = RM 42, 672
Ansuran Bulanan:
= Jumlah keseluruhan Pembiyaan / Jumlah Tahun Pinjaman
= RM 42, 672 / 9 Tahun / 12 Bulan
= RM 395.11 Sebulan
Kesimpulannya, mengikut PLAN 2 (Kemampuan Diri), dan jika gaji bersih anda RM 2800, jadi anda boleh dikatakan mampu untuk memiliki kereta Perodua Axia / Bezza / Proton Saga baru.
Berikut adalah harga mengikut model dan harga anggaran bayaran bulanan. Dikira untuk pembiyaan 9 Tahun dan interest rate 3%. Saranan adalah berdasarkan gaji RM 2,800.
Untuk kereta lain seperti Myvi, Iriz, Persoana anda boleh cuba kira sendiri. Ataupun boleh minta jurujual kirakan.
2. Survey Kereta di mudah.my @ KeretaPerodua.MY
Kebiasaanya, survey ini bukan apa. Survey untuk dapatkan tawaran hadiah yang menarik dan juga interest rate yang rendah. Lain ejen, lain tawarannya. Sebab itu, perlu buat survey.
Kalau nak mudah anda boleh berhubung terus dengan Dilla dari website www.keretaperodua.my.
Untuk kereta Proton Saga baru boleh rujuk artikel ini: Proton Saga Baru
Hadiah Menarik, pastikan ejen bagi smarttag, cash voucher untuk tinted, dan minyak yang penuh. Kalau ada hadiah lain, kira anda beruntung.
Interest rate, cari biar dapat yang rendah. Admin dulu dapat 2.84% sahaja. Tapi sekarang agak susah nak dapat. Boleh dapat 3% pun dah kira ok la tu.
Boleh tawar menawar dengan ejen untuk dapatkan hadiah dan juga interest rate yang terbaik.
Jangan lupa tanya rebat dari ejen. Biasanya ada rebat hujung tahun dan juga special event.
Kalau anda ingin melihat sendiri kereta pilihan hati, anda boleh pergi showroom mereka. Kalau rasa tak perlu, anda tak perlu buat step ini. Terus je jumpa ejen untuk proses pembelian.
Jika anda rasa tak perlu jumpa ejen, cukup sekadar whatsapp / call, anda boleh terus menghantar dokumen kepada ejen.
Setelah anda berpuas hati dengan step 1-3, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman/pembiyaan bank.
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank:
Pekerja Kerajaan : 1. Salinan IC 2. Salinan Lesen 3. Payslip 3 bulan. 4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank) Pekerja Swasta : Peniaga : Skim Graduan (Siswazah Yang Telah Tamat) : Student / Pelajar : |
5. Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank
Seterusnya, setelah dokumen dihantar, ejen akan menguruskan proses mendapat pembiyaan / pinjaman anda dengan bank. Permohonan pembiayaan akan dihantar kepada beberapa bank.
Setelah di hantar, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank untuk proses pengesahan dan kelulusan. Jika akaun cantik, interview pun baik, jawabnya terus lulus la.
Nak selamat dan cepat lulus, pastikan anda mempunyai baki akaun disetiap akhir bulan yang memberangsangkan.
Contohnya, kalau Axia ansuran RM 395. Jadi baki minimum perlu ada dalam akaun bank mesti lebih dari RM 395. Bagi menunjukkan anda mampu beli kereta tersebut.
Kebiasaanya, keputusan permohonan akan diketahui dalam masa 3-7 hari. Mengikut prestasi akaun bank anda juga.
Bank akan memberitahu pihak ejen sama ada pembiyaan lulus ataupun tidak. Dan seterusnya, ejen akan memaklumkan kepada anda. Bukan bank yang akan hubungi anda secara terus.
6. Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank
Berpuas hati dengan pembiyaan bank, seterusnya anda perlu berjumpa dengan pihak bank untuk proses menandatangani perjanjian pembiyaan kereta. Pihak ejen akan menghubungi anda terlebih dahulu menetapkan masa perjumpaan dengan pihak bank.
Setelah perjanjian ditandatangani, pihak ejen akan menguruskan proses pengeluran kereta anda. Kebiasaannya, dalam tempoh 3 – 5 hari. Sabar ya!
Pendaftaran di JPJ, roadtax dan insurance.
Kereta telah sedia untuk dihantar kepada anda. Set pertemuaan anda dengan ejen. Boleh pergi showroom ambil sendiri. Atau jumpa di mana-mana sahaja.
Pastikan, anda periksa keadaan kereta dan menuntut hadiah yang telah dijanjikan.
Kesimpulannya, cari kereta mengikut kemampuan. Kereta baru pertama untuk graduan biar kecil asalkan hidup senang!
Kalau nak mudah beli kereta baru, anda boleh berhubung terus dengan Dilla dari website www.keretaperodua.my. Banyak FREE GIFT.
Cara Beli Kereta Baru
bersih RM4.3k. baru nak beli first car. decided amek bezza 2020 (RM37k). harap2 semuanya ok la (loan baru approve harini).. cuma ada soalan, semasa proses pengeluaran kereta tu, mcm mana cara kita nak beli nombor plate custom ye? contoh saya nak beli sendiri nombor plate dari JPJ. terima kasih.
Tahniah.
bawah ni cara nak beli nombor yang bukan dikategori sebagai nombor tender. Kalau nombor tender lain caranya.
2 Cara untuk beli nombor plat sendiri.
1. Beli di JPJ
2. Beli Online
Pilihan kedua: Beli nombor secara online boleh rujuk langkah ini:
1. Pergi JPJ, kata nak Daftar MySikap
2. Daftar di https://public.jpj.gov.my/public/login
3. Pilih nombor yang berkenan dan bayar online. boleh rujuk sini: https://public.jpj.gov.my/Online/public/reg_WebHelp/bantuan.htm#Tempahan_No._Pendaftaran.htm
4. Dan setel semua, beritahu agent nombor plate yang anda sudah beli.
Syarat nak tempah online, sah untuk nama sendiri sahaja.
Kelebihan online, kita ada masa untuk memilih.
Peh min rajin jawab hari ni. hahaha.
Boleh ke beli tampa duit pendahuluan
Boleh, tengok komitmen juga.
Nk tanya saya baru hbis graduted skrg baru dpt kerja bermula feb 2020 di syrkt swasta sdn bhd gaji pokok + elaun tetap RM 2100+ ( akauntan )..gaji byr di bank cuma kwsp masih belum di buat majikan bg surat ptongan akan di buat selepas PKP 1/9/2020..saya nk cuba aply Axia GXtra lepas tak agaknya
Insyaallah boleh lepas, cik nak kereta apa? kalau perodua/proton boleh wasap kat sini: http://www.wasap.my/+60162330664
Bank guna ke bank statement sebab macam tak ada fungsi je.. Bank boleh cakap kami tak tengok statement bank kami nak pendapatan tetap.. Sy bukan pekerja kerajaan atau swasta kami berniaga pendapatan pada statement 27,000 dan rekod sy pun baik dengan bank itu pun bank cakap tak layak sy cadangkan untuk peniaga, bank tak payah gunakan syarat syarat tu berbagai pembohong jer sebab bank tak percaya dengan pendapatan peniaga tapi peniaga Melayu jer lu fikir lah sendiri
Terima kasih atas info tuan. Semoga dapat buat dengan jayanya nanti.
Dkt mana proses kena byr deposit?
Step no 7, bila kereta dah ready utk daftar nombor di JPJ
Hi admin. Kenapa saya punya seller suruh bayar deposit masa kereta belum ready untuk daftar jpj?
Ini adalah subjektif. Atas rundingan dengan ejen. Yang saya maksudkan jika berurusan dengan ejen perodua ini https://www.keretaperodua.my/
Hai nak tanya. Kalau agent suruh kita bayar sebelum kereta daftar jpj dan belum dapat no chasis mcm mana ye ? apa kita perlu buat if kita tk nak bayar masa tu sbb belum dapat no chasis tu and kereta belum nak didaftarkan ke jpj lagi ? boleh explain kan
Ikut sahaja yang agent minta. Subjektif. atas budi bicara 🙂
Betul ke ada bayaran wang proses selepas bank luluskan pinjaman full loan 54k utk myvi ad dan sy ada ncd 55%
Terpulang deal dengan agent. Ada yang perlu bayar, ada yang tak. Mungkin dia caj proses ncd tu?
Salam nk tnyaa…kereta apa yg sesuai untuk saya yg brgaji basic 1400 + elaun semuaa – kwsp = gaji bersih 19++..buleh cadangkn kereta yg sesuai dgn gaji saya…saya pekerjaan sektor kerajaan
Wslm, sy rekemen ambil axia. Cukup untuk ada. Sebelum tu, cuba simpan dulu RM500 sebulan selama 3-6 bulan. Jangan tergesa2 ambil kereta.
Saya dh brurusan dgn agent tp agent bgtau kereta tak ada stock & kna tunggu 1 atau 2 bln lg. Tapi dh mintak 10k deposit. Paksa saya transfer serta merta. Saya mcm takut jadinya. Perlu ke sya byr walaupun kereta tak ada lg?
Kalau tak yakin, tunggu sign perjanjian baru bayar. Awak ada pergi showroom kan? kalau ya, tak perlu risau sangat.