Cara Beli Kereta Baru – Perodua / Proton

Cara Beli Kereta Baru | Jika anda seorang graduan yang baru bekerja, sudah tentu perkara paling utama mereka akan cari adalah KERETA.

Belum dapat gaji pertama sudah buat survey nak beli kereta. Survey itu bagus kalau kena caranya. Yang penting survey mengikut kemampuan bukan kehendak semata-mata.

Beli kereta ini jangan sampai tersilap langkah, nanti merana nak bayar bulan-bulan. Ukur Baju di Badan Sendiri.

Beli kereta juga nak kena ada teknik dan cara juga. Barulah, hidup senang dan berjaya!

Jangan risau, pada kali ini Pakej.MY ingin kongsikan cara beli kereta baru pertama dengan mudah.


Cara Beli Kereta Baru – Perodua / Proton

Cara beli kereta baru sebenarnya mudah sahaja, boleh baca cara kami kongsikan ini. Agak panjang sedikit. Supaya anda faham cara nak beli kereta baru dari A-Z.

Sebelum terangkan secara terperinci cara beli kereta baru, adalah lebih baik anda plan terlebih dahulu. Sama ada nak beli untuk sementara waktu ataupun jangka masa panjang. Dan juga fikir kemampuan diri dahulu.

PLAN 1 – Jangka Masa Pegangan Kereta

Sementara waktu  – Beli 5 @ 6 tahun, terus tukar kereta lain.
Jangka masa panjang – Beli kereta tak tukar-tukar, pakai sampai rosak.

Kebiasaanya, yang suka beli sementara waktu ini, adalah orang yang suka upgrade kereta.

Contohnya, kereta pertama beli kereta Perodua Axia, dan selepas 5 tahun kemudian, gaji dah besar, plan nak tukar kereta lebih besar pula. Sekurang-kurang Honda @ Toyota mungkin. 🙂

Cara & Teknik  beli sementara waktu (Suka upgrade). Ikuti cara itu di Facebook Khairul Ezwan. Baru untung.

PLAN 2 – Kemampuan Diri

Plan kedua ini, adalah lebih mustahak daripada plan pertama. Kenapa? Sebabnya, perlu tahu kemampuan diri untuk bayar bulan-bulan. Demi kelangsungan hidup hari-hari.

Tak kan, pergi kerja dapat gaji, bayar kereta terus habis. Pening! Jadi nak selesa kena la fikir kereta apa yang sesuai dengan kemampuan diri.

Pengiraan kemampuan diri adalah mudah sahaja, ada dua kaedah iaitu:

Kaedah 1: Harga kereta tidak melebihi dari gaji tahunan
Contohnya, gaji bersih RM 2800 sebulan, jadi kereta yang terbaik untuk anda adalah kereta yang berharga lebih kurang RM 33,600.

RM 2800 x 12 Bulan  (1 Tahun) = RM 33,600

Kereta apa je yang lebih kurang RM 33,600? Kereta Perodua Axia boleh. Harga untuk Axia 1.0 Standard G – Manual : RM 33,717.86. Boleh semak harga terkini di website Perodua.

Namun begitu, harga paling murah untuk kereta Axia adalah RM 23,965.89.

Walaubagaimanapun, Kereta Proton Saga atau Perodua Bezza masih boleh dipertimbangkan untuk nilai gaji tersebut.

Kaedah 2: Ansuran bulanan tidak lebih 15% dari gaji
Jika 15% dari gaji bersih RM 2800, jadi ansuran bulanan untuk kereta adalah lebih kurang RM 420 sebulan.

Kereta yang lebih kurang dari RM 420 sebulan adalah:

Perodua: AXIA, BEZZA
Proton: Saga

Kalau anda lelaki plan nak kahwin, ambil lah Bezza @ Saga, senang nak bawa barang banyak nanti.

Nak beli Kereta Myvi 2018 atau Iriz, tiada masalah sebenarnya, TAPI nak kena ada duit luar selain gaji. Baru kehidupan selesa. Melainkan gaji dah tinggi. Fikir-fikirkan lah!

Sudah faham Plan 1 & 2, anda boleh pergi ke seterunsya, boleh lihat step Cara Beli Kereta Baru. Khas untuk graduan atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk dapatkan kereta baru.


Cara Beli Kereta Baru - Graduan

Berikut adalah apa yang anda patut buat untuk proses pembelian kereta baru. Terutamanya buat graduan yang pertama kali nak beli kereta.

  1. Kira Ansuran Bulanan Kereta
  2. Survey Kereta di mudah.my @ keretaperodua.my
  3. Pergi Showroom Jika Perlu
  4. Hantar Dokumen Kepada Ejen
  5. Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank
  6. Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank
  7. Proses Pengeluaran Kereta
  8. Selesai, Ambil Kereta

1. Kira Ansuran Bulanan Kereta

Contohnya:
Axia G Manual (Harga Kereta / Jumlah Pembiyaan): RM 33, 600
Interest Rate: 3%
Downpayment: RM 0
Jumlah Tahun Pinjaman: 9 Tahun (Maksimum boleh buat)

Jadi,
Interest setahun: 3 / 100 x RM 33,600 = RM 1008
Interest 9 Tahun: RM 1008 x 9 = RM 9072

Jumlah keseluruhan Pembiyaan = Harga Kereta + Interest 9 Tahun
RM 33, 600 + RM 9072 = RM 42, 672

Ansuran Bulanan:
= Jumlah keseluruhan Pembiyaan / Jumlah Tahun Pinjaman
= RM 42, 672 / 9 Tahun / 12 Bulan
= RM 395.11 Sebulan

Kesimpulannya, mengikut PLAN 2 (Kemampuan Diri), dan jika gaji bersih anda RM 2800, jadi anda boleh dikatakan mampu untuk memiliki kereta Perodua Axia / Bezza / Proton Saga baru.

Berikut adalah harga mengikut model dan harga anggaran bayaran bulanan. Dikira untuk pembiyaan 9 Tahun dan interest rate 3%. Saranan adalah berdasarkan gaji RM 2,800.

Untuk kereta lain seperti Myvi, Iriz, Persoana anda boleh cuba kira sendiri. Ataupun boleh minta jurujual kirakan.

2. Survey Kereta di mudah.my @ KeretaPerodua.MY

Kebiasaanya, survey ini bukan apa. Survey untuk dapatkan tawaran hadiah yang menarik dan juga interest rate yang rendah. Lain ejen, lain tawarannya. Sebab itu, perlu buat survey.

Kalau nak mudah anda boleh berhubung terus dengan Dilla dari website www.keretaperodua.my.

Untuk kereta Proton Saga baru boleh rujuk artikel ini: Proton Saga Baru

Hadiah Menarik, pastikan ejen bagi smarttag, cash voucher untuk tinted, dan minyak yang penuh. Kalau ada hadiah lain, kira anda beruntung.

Interest rate, cari biar dapat yang rendah. Admin dulu dapat 2.84% sahaja. Tapi sekarang agak susah nak dapat. Boleh dapat 3% pun dah kira ok la tu.

Boleh tawar menawar dengan ejen untuk dapatkan hadiah dan juga interest rate yang terbaik.

Jangan lupa tanya rebat dari ejen. Biasanya ada rebat hujung tahun dan juga special event.

3. Pergi Showroom Jika Perlu

Kalau anda ingin melihat sendiri kereta pilihan hati, anda boleh pergi showroom mereka. Kalau rasa tak perlu, anda tak perlu buat step ini. Terus je jumpa ejen untuk proses pembelian.

Jika anda rasa tak perlu jumpa ejen, cukup sekadar whatsapp / call, anda boleh terus menghantar dokumen kepada ejen.

4. Hantar Dokumen Kepada Ejen

Setelah anda berpuas hati dengan step 1-3, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman/pembiyaan bank.

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank:

Pekerja Kerajaan :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan.
4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)

Pekerja Swasta :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP

Peniaga :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan

Skim Graduan (Siswazah Yang Telah Tamat) :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran pekerjaan.

Student / Pelajar :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)

5. Ejen – Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank

Seterusnya, setelah dokumen dihantar, ejen akan menguruskan proses mendapat pembiyaan / pinjaman anda dengan bank.  Permohonan pembiayaan akan dihantar kepada beberapa bank.

Setelah di hantar, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank untuk proses pengesahan dan kelulusan. Jika akaun cantik, interview pun baik, jawabnya terus lulus la.

Nak selamat dan cepat lulus, pastikan anda mempunyai baki akaun disetiap akhir bulan yang memberangsangkan.

Contohnya, kalau Axia ansuran RM 395. Jadi baki minimum perlu ada dalam akaun bank mesti lebih dari RM 395. Bagi menunjukkan anda mampu beli kereta tersebut.

Kebiasaanya, keputusan permohonan akan diketahui dalam masa 3-7 hari. Mengikut prestasi akaun bank anda juga.

Bank akan memberitahu pihak ejen sama ada pembiyaan lulus ataupun tidak. Dan seterusnya, ejen akan memaklumkan kepada anda. Bukan bank yang akan hubungi anda secara terus.

6. Tandatangan Perjanjian Pembiayaan / Pinjaman Bank

Berpuas hati dengan pembiyaan bank, seterusnya anda perlu berjumpa dengan pihak bank untuk proses menandatangani perjanjian pembiyaan kereta. Pihak ejen akan menghubungi anda terlebih dahulu menetapkan masa perjumpaan dengan pihak bank.

7. Proses Pengeluaran Kereta

Setelah perjanjian ditandatangani, pihak ejen akan menguruskan proses pengeluran kereta anda. Kebiasaannya, dalam tempoh 3 – 5 hari. Sabar ya!

Pendaftaran di JPJ, roadtax dan insurance.

8. Selesai, Ambil Kereta

Kereta telah sedia untuk dihantar kepada anda. Set pertemuaan anda dengan ejen. Boleh pergi showroom ambil sendiri. Atau jumpa di mana-mana sahaja.

Pastikan, anda periksa keadaan kereta dan menuntut hadiah yang telah dijanjikan.


Kesimpulannya, cari kereta mengikut kemampuan. Kereta baru pertama untuk graduan biar kecil asalkan hidup senang!

Kalau nak mudah beli kereta baru, anda boleh berhubung terus dengan Dilla dari website www.keretaperodua.my. Banyak FREE GIFT.

Cara Beli Kereta Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79 Komen di “Cara Beli Kereta Baru – Perodua / Proton”

  1. bleh tau byran down payment sptutnya dibuat sblm atau slpas sign agreement? dan brpa lama tempoh utk dpat kereta slpas dh sign agreement?

    1. Mengikut deal dengan agent. Pengalaman saya sendiri selepas sign agreement. Dapat kereta ni, kalau ada stok, dalam seminggu pun boleh dapat. kalau tak ada stok kena tunggu lama juga la. Sebelum beli kena tanya agent, ada stok ke tak ada.

  2. Salam admin. Gaji basic sy rm1200+ot+elaun gaji bersih dalam rm19++. Agak2 lepas ke kalau nak ambik kereta bezza 1.0 g? ?

  3. Assalam Admin saya tgu loan bank lulus dari bulan April samapi sekarang dah July, masih belum lulus, kenape ye..? Lambat sangat2..

    1. wslm, musim covid. kilang banyak tutup sebelum ni. InsyaAllah akan pulih seperti sediakala. Sabar

  4. salam pagi Rabu admin..
    saya bercadang nak hadiahkan isteri sy AXIA SE Auto. Saya nak bayar deposit 10 ribu. berapakah ansuran sy sebulan jika saya hendak buat selama 3 tahun.

  5. Hi,

    Tumpang tanya, adakah harga kereta akan berbeza bergantung kepada branch. Atau adakah harga adalah sama di setiap branch mengikut piawai yg ditetapkan oleh supplier dan yang berbeza adalah freegift yg ditawarkan oleh salesman.

    Terima kasih.

  6. I buy a second car at carsome, they inform the car dont have service book anymore. How to get the service maintenance record online