Review & Pengalaman Percutian Bajet ke Sabah

Review & Pengalaman Percutian Bajet ke Sabah | Percutian ke Kundasang dan juga Kota Kinabalu sudah menjadi trend rakyat Malaysia. Banyak yang berkongsi pengalaman masing-masing, sama ada di blog ataupun facebook. Berkongsi ini bagus sebenarnya, manfaat  untuk semua.Jika anda berhasrat untuk ke Sabah dalam masa terdekat, mungkin anda boleh baca Review & Percutian Bajet ke Sabah yang di kongsikan oleh saudari Husna ini.

Semua perkongsian ini adalah hak milik mutlak saudari Husna & kami telah meminta kebenaran daripada beliau untuk dikongsikan di blog ini.

Review & Pengalaman Percutian Bajet ke Sabah

Hai semua. sebenarnya tak tahu nak bercerita macam mana. Tak pernah lagi saya berkongsi cerita percutian di facebook sebelum ini. Dan percutian ini boleh dikira bajet juga laa.

Apa yg saya nak kongsikan adalah, kos, tentatif, pengalaman & review kami berempat semasa bercuti di Kundasang sebelum ni.

Bajet Kos Percutian ke Sabah 5H4M

✈ Return Flight KLIA2-BKI
** Include luggage 20kg (return only) & meal on board (one way)
RM230/1
Accommodation KK & Kundasang RM270/4
Kereta Sewa
Minyak Kereta
RM400/4
RM98.40/4
Pulau, Snorkeling & Parasailing RM410/4
Makan RM706.40/4
Entrance Fees RM664.3/4

? TOTAL RM694.80 / PERSON ?

Nota kaki:
  • Untuk dapatkan kos camni, kena selalu tengok tiket AirAsia.
  • Buat perancangan yg seawal mungkin.
  • Penginapan homestay pon kena selalu usha. ada murah terus ambil.
  • Kereta sewa pun kami tempah awal menggunakan website GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS. kami ada voucher diskaun. kena selalu tengok2 dekat facebook page mereka utk dapatkan voucher diskaun. hari tu kami guna voucher “GlobalLepa“. Korang boleh cuba, mana tau masih boleh guna.
  • Makan minum kami share je disana. baru murah.

Tentatif Percutian ke Sabah 5 Hari 4 Malam

DAY 1 (14/9/2017)
✈ KUL – BKI. Touchdown KKIA
Ambil kereta, pihak Global Lepa hantar di Airport. Bertolak ke Kundasang ( lebih kurang 2 jam dari KK)
Check in Awang Homestay
Makan malam (RM35)
Rehat
DAY 2 (15/9/2017)
✔️ Poring Hot Spring (RM3)
✔️ “Tagal” Sg. Moroli Fish Spa (RM5) // add RM1 utk makanan ikan
✔️ Melawat Sabah Tea (Free)
✔️ Makan Tengahari dekat café Sabah Tea (RM61.80)
✔️ Desa Cattle Dairy Farm (RM5)
Aiskrim
Susu Segar
Yogurt
Total: RM21.60
✔️ Kundasang War Memorial (RM2)
✔️ Pekan Nabalu
✔️ Makan Malam di Pekan Kundasang (RM32.50)
✔️ Rehat
DAY 3 (16/9/2017)
✔️ Kinabalu Park (RM3)
✔️ Jambatan Tamparuli (Free)
✔️ Chanteek Borneo Gallery (RM15-student price)
✔️ Makan Tengahari di bandar KK (RM48)
✔️ Check in Terminal Inn Hotel
✔️ Melawat Masjid Bandaraya dan Masjid Terapung
✔️ Tanjung Aru (Sunset)
✔️ Makan malam – seafood (RM130)
✔️ Pasar Sinsuran & Pasar Filipina
✔️ Rehat
DAY 4 (17/9/2017)
✔️ Island tour and snorkelling (Sapi, Manukan dan Mamutik)
✔️ Parasailing at Manukan Island
✔️ Makan Tengahari (drive thru McD RM61.80)
✔️ Balik dan rehat
✔️ Makan malam seafood di Pasar Filipina (RM195)
✔️ Pasar Kraf tangan
✔️ Rehat
DAY 5 (18/9/2017)
✔️ Pasar Sinsuran (beli buah tangan)
✔️ Check in luggage
✔️ Makan tengahari (RM61.30)
✔️ BKI-KUL

Review Percutian ke Sabah

5 jer review percutian ke kundasang & kk. yang lain2 kena pergi cuba sendiri..hehehe

? 1. REVIEW PENGINAPAN ?

1. Awang Homestay di  Kundasang – Facebook

Homestay ni terletak di Pekan Kundasang. Highly recommended sebab view depan homestay umpphhh lawaaaaaa! Kalau bangun pagi boleh la tengok sunrise (5:30 am – 6:00 am). Dan jugakkk boleh nampak mount Kinabalu, rase mcm dekat sgt dengan mount.

Depan homestay pulak ade dereten kedai jual sayur, ikan masin, buah dan lain lain, so senang la kalau sape sape nak beli buah tangan, jalan kaki je. Kedai ni dibuka seawal jam 6 pagi
Facilities: Iron, TV, heater, hanger, King Bed + Single

2. Terminal Inn Hotel – Kota Kinabalu (10 min dari bandar)

Terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu. Dari segi facilities semua okay cuma iron je tidak disediakan. So, 2hari berturut2 kami pakai baju dn tudung berkedut ! No hal la bukan org kenal pn kan? Paling best sebelah hotel ada speedmart dan dobi, so senang lah nak cuci baju.

? 2. REVIEW KERETA SEWA ?

Kami tempah di GlobalLepa.com, sebab kami ada voucher diskaun RM20. guna code: GLOBALLEPA masa booking online. korang boleh cuba code tu kot2 boleh guna lagi. masa booking tu kami bayar deposit RM 50 sahaja. sebab tu kami berani nak booking online.

Yang menariknya, staff Global Lepa ni memang friendly, hepi go lucky giteww. Dapat plak kereta tepat pada masa kami sampai. memang review pon kami bagi 5 stars la. cepat & mersa dah ok bagi kami.

? 3. REVIEW TEMPAT LAWATAN ?

1. Poring hot spring

Masa kami sampai sini mmg takde org lagi sbb baru bukak, around 9 pagi. Mmg syok la boleh sukahati berendam kaki dn bgambar. Lebih kurang jam10 kami kluar dari sini dn gerak ke ‘Tagal’ Sg Moroli Fish Spa.

2. ‘Tagal’ Sg Moroli Fish Spa

Next kami pegi fish spa, ikan kat sini semua nya besar2 ?  Sape sape yg jenis penggeli tu, elok lah dok kat tepi2 je sambil bagi makanan kat ikan hehehe. Ohh kat sini ade limit mase, 15 minit jerrr setiap group dan ikot turn nak masuk yer.

3. Sabah Tea

Ladang tea ni sebelah je dgn fish spa, tapi nak smpai kat sana kene naik kereta sb ke dalam sikit. Masa kami sampai ni hujan renyai2, so kami makan tengahri dlu sebelum bgambar. Kat sini ade café dan kedai jual tea. You should try sabah tea pure punyaa ! ?

4. Desa Cattle Dairy Farm

This is New Zealand of Malaysia. Serius cantik sgt dan sejukkkk oiii. Ade lembuuuu. View cantik, so boleh la bergambar ala2 kat New Zealand tu. Masa ni pon hujan jugak tapi kami terjah je amik gmbr dlm hujan renyai2, rugi la kalau tak bergambar kan? Lepas bergambar, kiteorg pekena susu segar, yogurt dn aiskrim fresh dari lembu kat sini. Yummy ! and you should try all the products here ! Highly recommended!

5. Kundasang War Memorial

Actually kat sini ade beberapa taman yg bertemakan Australia Garden, English Garden dan ade dua taman lagi, lupa namanya hehehe. Bagi yg suka bergambar, suka bunga dan tumbuh-tumbuhan, sesuai lah dgn korang. Memang cantik dan nampak real gituww.

6. Pekan Nabalu

Untuk shopping baju murah2, better beli kat pekan nabalu. Boleh nego sampai jadi, takde hal. Lebih murah dari beli kat KK.

7. Kinabalu Park

My second time here, dlu mase form4 pernh dtg sini hiking. Still mcm dlu xde perubahan sgt. Boleh nampak mount kinabalu. Sebenarnya tiket utk masuk sini blh guna tiket hot poring spring tp kene pergi pd hari yg sama. Silap kami mase hari kedua x sempat singgah kinabalu park so trpksa beli tiket baru, hehehe. Rugi RM3 ?

8. Jambatan Tamparuli

Tempat ni cantik la jgk tapi jgn la pergi time tenghari, panas lit lit nanti gambar tak lawa hahaha

9. Chanteek Borneo Gallery

Kami rasa byk2 tempat, kat sini paling enjoy dan paling lama habiskn masa. Dgn pakej RM15 (harga student), kami dpt sewa satu set pakaian kaum dusun. So blh la bergaya dgn pakaian tu. Bila lagi kan? Staff sini sgt friendly.

Mmg best ! Byk belajar pasal etnik sabah dari zaman dulu sampai zaman moden skrg. Yg paling best, staff2 kat sini ajar kami main alat muzik dn tarian kaum dusun. Perghhh first time rase enjoyyyy sgt2. Rugi tau tak pergi sini. Rase nak pergi sini lagi, rindunyaaaa. BERBALOI ! Normal price RM25-RM30 (boleh pilih pakej)

10. Masjid

Kami saja2 melawat masjid sini, ambil gambar sbb cantik sgt. Kalau kat masjid bandaraya tu, blh la tgok burung merpati yg byk, sempat jugak kami bagi makan kt merpati tu.

11. Tanjung Aru

Sebenarnya kami ke sini nak tgok sunset. And we did it ! Subhanallah. Seriously cantik dan lawa sgt2 ?

12. Pasar Filipina dan Pasar Sinsuran

Kedua2 pasar ni dekat je. Seawal 6.30 pm tu dh boleh pergi sini, kalau tak mmg jenuh la nak cari parking. Fuhhh. Kat sini mmg boleh jd rambang mata tgok mutiara, baju, brg2 kraft dan lain lain lagi. Ohh jgn lupa nego/tawar menawar, mana tau dpt free kan !

? 4. REVIEW TEMPAT MAKAN ?

1. Pekan Kundasang

Makanan kat sini xpernah mengecewakan. Semua sedap2 tauuu (ke kami yg lapar) hahaha tapi mmg sedap pon. Jgn lupa try chicken wing bakar, sedapppppp. Tapi lupa pulak nama kedai tu, sorryyyy ??

2. Sabah Tea Café

Makanan kat sini pon sedap, lauk banyak. Order dua jenis lauk je, boleh makan empat org. Jimat banyakk walaupon mahal sikit. Berbaloi dan puas hati.

3. Bandar KK

Nama kedai tu Maimunah Curry Restaurant. Kami order nasi ayam penyet dan nasi goreng gunung berapi. Okay kuantiti byk sgt sampai tak habis. Boleh share dua org. Harga tak mahal sgt, dalam RM10 sepinggan.

4. Tanjung Aru (Makan Malam Seafood)

Pertama kali try makan seafood sini, agak mahal sikit. Not recommended. Kami order sotong, udang, ikan dn nasi 4 pinggan, total RM130.

5. Pasar Filipina (Makan Malam Seafood)

Haaa kali ni makan besar besaran, hehehe. Kami order lobster, udang, sotong, lala, ikan, ketam, kerabu seaweed, bandung laici, milo special dan nasi 2 pinggan share 4 org sbb tujuan nak ratah seafood je. Semua ni total RM190 jurrrr.

Murah kan? Okay kedai ni kt pasar Filipina, kedai seafood paling hujung ade 2 org akak Filipina yg cantikkk hehe. Pergi situ k. Sedap sgt. Puas hati. Jimat. Highly recommended !

? 5. REVIEW AKTIVITI PULAU KK ?

Snorkelling kat ketiga2 pulau ni biashe2 je, air keruh. Hmm. Lagi better kat pulau perhentian. Kat sini byk coral, ikan nya tak banyak. So tak puas. Hehe.

Parasailing paling best. First time try. Not bad. Masa parasailing ni, kami pusing2 kat area pulau manukan. 10 minit setiap org. And seriously tak rase puasss, kejap sgt. Taktahu lah berbaloi ke tak. Huhuhu. Btw hrga utk parasailing ni better nego habis habisan.

TIPS RINGKAS :-

  1. Print boarding pass seawal yg boleh, kalau tak nanti kalut
  2. Jalan nk gi kundasang mcm ular kene palu, mmg selekoh je sepanjang jln, plus jln x elok and lori berselerak.Elak drive malam.
  3. Isi minyak penuh sblm gerak ke kundasang, sbb dh smpai sana susah nk jmpa stesen minyak.
  4. Beli mkanan ringan siap2 sblm ke kundasang, kat sana mmg susah nk jmpe kedai runcit.
  5. Baju murah dekat Pekan Nabalu. Highly recommended ?
  6. Seafood yg sedap2 boleh try kt pasar filipina. Murah. Berbaloi. Boleh nego.
  7. Hati hati memandu, polis selalu buat roadblock !

Sekian Review & Pengalaman Percutian Bajet ke Sabah sepanjang 5 hari nii. Happy holiday !

Lain-lain

Tips Melancong ke Sabah
Pakej Sabah

Review & Pengalaman Percutian Bajet ke Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *