Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan Guna Excel

Untuk anda yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, bolehlah download Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan dalam artikel ini. Hanya rekod menggunakan Microsoft Excel sahaja. Simple dan mudah.

Sama ada anda buat perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa, pengurusan kewangan adalah amat penting kepada anda.

Sekurang-kurangnya, anda tahu duit keluar masuk dan tahu pendapatan anda setiap bulan.

Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan

Dengan menggunakan Excel, anda dengan mudah dapat merekod data duit keluar masuk. Pengiraan secara automatik bila data anda masukkan adalah tepat. Boleh rujuk gambar dan penerangan di bawah.

1. Isi maklumat duit keluar masuk.
Description: Penerangan maklumat duit keluar masuk
In: Duit Masuk
Out: Duit Keluar

2. Rekod Duit Orang Pinjam
Bila seseorang membuat pinjaman dengan anda, rekod jumlah pinjaman di ruangan ini.

Orang Pinjam: Masuk jumlah orang pinjam dengan anda.
Orang Bayar:
Masukkan jumlah orang bayar di sini. Dan anda pastikan rekod juga di ruangan duit masuk (IN)

3. Rekod Duit Anda Hutang / Pegang
Dua senario, satu anda berhutang. Dan satu lagi anda pegang duit orang. Contoh orang beli produk dengan anda, tapi anda belum lagi bayar kepada pembekal. Jadi, anda perlu rekod sebagai hutang terlebih dahulu.

Hutang: Duit anda berhutang atau pegang
Bayar Hutang: Rekod di sini bila anda sudah bayar hutang kepada pemiutang. Dan pastikan rekod dekat duit keluar juga (OUT)

4. Kira Zakat
Zakat akan dikira secara automatik. Sudah diletakkan formula berdasakan 25% dari pendapatan (Duit IN tolak Duit HUTANG/PEGANG).

Bila akhir bulan, anda perlu buat SUM zakat bulan tersebut dan letak jumlah amaun tersebut di ruangan duit keluat (OUT). Maksudnya, anda bayar zakat kepada agensi berkenaan.

5. Lihat Pendapatan Anda Setiap Bulan
Ruang Total tersebut adalah jumlah sebenar anda dapat dari bulan tersebut. Formula telah ditetapkan.

6. Total Keseluruahan Pendapatan Anda
Penetapan formula. Lihat total keseluran pendapatan anda untuk tahun tersebut di ruangan ini. Anda boleh semak, berapa yang pendapatan dan pengeluaran duit anda.

Duit Semasa: Duit yang ada dalam akaun bank anda. Perlu masukkan data duit keluar masuk, baru Duit Semasa ini akan sama dengan jumlah dalam akaun bank anda.

Duit Sebenar: Manakala duit sebenar pula adalah duit yang betul-betul hak milik anda, selepas ditambah duit orang hutang dan juga telah ditolak duit anda berhutang / pegang.

7. Hide Data Bulan Yang Lepas
Bagi memudahkan dan mencantikan data, anda perlu hide duit keluar masuk untuk bulan-bulan lepas. Hanya tinggalkan bulan januari dan bulan semasa sahaja.

Download Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan
DOWNLOAD

Semoga bermanfaat!

Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan Guna Excel
5 (100%) 3 votes

Komen

  Subscribe  
Notify of