Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park N Ride
Kalkulator untuk kira Harga / Kadar Parking Putrajaya Sentral – Park & Ride
Kadar parking ini sudah termasuk caj cukai SST dan caj TNG/Paywave.
RM 1.15 / Sejam (Siang 6AM – 11:59PM)
RM 4.60 (Malam 12 AM – 5:59 AM)
Kadar Maksimum nampak macam RM9.20 Sehari. Tapi kalau bermalam dari 12 AM hingga 5:59 AM, caj nya jadi RM13.80.
Dikemaskini Pada: 04 Mei 2024
Parking di Putrajaya Sentral Ada Sekuriti Tak?
Ada. Sekuriti 24 jam. Jangan risau.
Bagaimana Cara Bayaran Parking di Putrajaya Sentral?
Touch n Go & Kad Paywave
Ada parking pas bermusim (Season pass) di Putrajaya Sentral?
Ya ada, boleh rujuk dengan FlexiParking
Berapa Lama Boleh Parking di Putrajaya Sentral?
Anda boleh boleh parking di Putrajaya Sentral selama maksimum 14 hari.
Mudah ke dapat Parking di Putrajaya Sentral?
Parking di Putrajaya Sentral boleh tahan cepat penuh. Awal pagi pun dah nak penuh. Jadi kena cepat-cepat. Alternatif kepada yang nak travel, boleh Parking di Salak Tinggi.
Like our Facebook: Pakej.MY
Kalkulator utk kira rate tu hrga terkini ke? Sbab tngok komen rate dh naik tu. Risau pulak tiba tiba nk bayar nanti mahal
Kemaskini terakhir Pada: 30 Oct 2021. Kalau naik lagi tak pasti.
Park and ride fare at Putrajaya sentral from RM2 per entry increase to RM8 per day!! Is the fare increase fairly to the ERL rider that need the pay ERL fare plus extra pay increased parking fee for every working day?
yes, everything goes up. except air hujan 😛
Kalau parking luar / tepi bangunan ERL (park n ride) ada security jaga tak? ATAU security jaga yg dalam bangunan shj?
kurang pasti. parking dalam jela cik
saya rasa parking rate dh berubah,,ikutkan calculator ni, supposely my chargers only rm24, instead my TnG was deducted for RM29..
Boleh kongsi maklumat tarikh, masa masuk dan keluar?
harga parking dah berubah saya masuk 11 hb feb jam 3.30 ptg keluar 13 feb jam 8.30 malam harga rm32
Terima kasih info. Macam naik lagi. Nanti saya pergi tengok kadar semasa dan kemaskini balik kalkulator dalam masa terdekat.
Saya sudah kemaskini kalkulator. Ada kenaikan. Kadar nampak macam sama, tapi bukan. huhu.
harga sangat mahal, dah takde konsep park and ride. tambang ERL lagi murah.
Ya macam tak berbaloi. Sepatut naikkan sedikit sahaja utk parking secara harian. contoh dari RM2 jadi RM4 ke. Ni terus jadi RM8. pening2. Harap2 siapa yang ada kuasa boleh baca komen ini. hahaharapan. 😛
Sokong,kalau mall pun rate sehari rm6
Saya kire betul je rate admin bg ni,masuk 19.2.2022 jam 1ptg,keluar 8.30 mlm 20.02.2022 rm 16
RM8 tu maximum per day ataupun ada hidden charge yg lain ya? Sbb saya try masukkan tarikh yg akan saya parking di putrajaya sentral tu.. Tapi macam lebih je
Itu la saya pening, RM8 sehari. tapi bila bermalam ada tambahan RM4. Berdasarkan pengalaman orang yang pernah parking, begitulah pengiraannya 8+4. boleh lihat komen terkini. Lihat Komen
If park overnight (12am-5.59am), extra charge RM4, park one day 24hours charge will be MaxRM8+ overnight charge RM4, become RM12. Thats what they explained to me
Ada Pas Bulanan ke untuk Parking Putrajaya Sentral?
saya tak pasti. boleh call tanya vendor tersebut.
Semua pun tak tahu. Perbandanan pun same semua tak tahu. Rakyat merana.
This is manslaughter… What abt us malaysian working everyday. What putrajaya has to offer to increase tht much. Foods not much and teribble. Further more its suppose to support travelling internally. Mite as well we drove. MALAYSIA Hancur.