Kedai Makan Hipster Shah Alam

Kedai makan hipster jenama Malaysia semakin bertambah dan sambutan juga semakin tinggi.

Pada artikel kali ini, min nak kongsikan Kedai Makan Hispter Shah Alam, ala-ala Starbuck, CoffeeBean .

Senarai Kedai Makan Hipster Shah Alam Yang Korang Patut Cuba

Sebelum itu, korang tau tak perkataan hipster tu apa? Fahaman mudah perkataan “Hipster” adalah bermaksud korang sanggup bayar lebih untuk sesuatu asal ada gaya.

Contohnya, air kopi hipster mungkin berharga RM10 walaupun korang boleh dapat RM3 sahaja di kedai biasa. Haaa camtu le lebih kurang.

Bagi pendapat min sendiri hipster ada cara dia tersendiri, dari segi makanan, rasa dia berbaloi dengan harga.

Tak perlu merapu panjang, jom kita tengok beberapa kedai hipster sekitar Shah Alam, Selangor.

1 . Kopimeo x La Carne Seksyen 9

Sumber Gambar: Facebook Kopimeo

Kedai ini antara kedai hipster popular dekat Shah Alam. Kalau dulunya, Kopimeo dan La Carne adalah kedai berbeza, tapi bersebelahan. Kini mereka bergabung jadi satu kedai.

2. Foodsbury Seksyen 9

Seafood Olio Foodsbury Seksyen 9
Sumber Gambar: Facebook Foodsbury

Kedai ini pun menarik juga untuk santai-santai minum kopi hipster, Carbonara, Aglio Olio, Bolognese Spaghetti dan banyak lagi.

3. Richiamo Coffee Seksyen 7

Richiamo Coffee
Sumber Gambar: Facebook Richiamo Coffee

Kedai artis oleh Raja Ilya. Min sendiri tak kenal pun artis ini. Min tulis sebab nak share kedai dia pun hipster juga, pekena coffee dan kek sebiji petang-petang pun sedapp. Layan.

Richiamo Coffee dah banyak cawangan, kebanyakanya berdekatan dengan universiti. UUM, UiTM dan banyak lagi.

4. Cake Jalan Tiung Seksyen 4 & 9

Cake Jalan Tiung
Sumber Gambar: Facebook Cake Jalan Tiung

Kedai ini pun menarik juga untuk santai minum kopi dan juga kek-kek yang sedap. Boleh cuba nanti. Ada dua cawangan di Shah Alam, Seksyen 4 dan juga Seksyen 9.

5. GULA Cakery, Kota Kemuning

Kek Pandan Hipster Shah Alam
Sumber Gambar: Instagram GULA Cakery

Kedai ni pun sedap. Semua sedap. Kalau pergi petang-petang memang ramai. Kalau ke sini boleh cuba Kek Pandan Gula Melaka. Sedap!

6. Tanah Aina Cafe, Batu 3 Shah Alam

Sumber Gambar: Facebook Tanah Aina Cafe

Orang yang selalu melalui Lebuhraya Karak, mesti pernah nampak signboard Tanah Aina. Tapi min pun tak pasti Tanah Aina Karak tu ada kaitan ataupun tidak dengan Tanah Aina Cafe ni. haha.

Kalau korang, berhasrat nak santai dan berkopi-kopi di hujung minggu, korang boleh cuba di Tanah Aina Cafe Batu 3 Shah Alam.

7. Stesen83 Bukit Jelutong

Sumber Gambar: Facebook Stesen83

Kopitiam D’Vida Bukit Jelutong menawarkan pelbagai variasi makanan dengan cara orang lama dengan harga yang berpatutan.

Suasan kawasan ini pun menarik, relax.

8. The Hideout, Bukit Jelutong

Sumber Gambar: The Hideout

Sekian sahaja senarai kedai makan hipster Shah Alam.

Lain-lain: Kereta Sewa Shah Alam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *