Tempat Menarik di Sabah – Kota Kinabalu & Kundasang

Tempat Menarik di Sabah | Rasanya tak perlu cerita panjang. Sudah tentu kalau pergi bercuti ke Sabah, lokasi utama adalah Kota Kinabalu dan juga sekitar Kundasang.

Bagi memudahkan anda, kami sediakan beberapa tempat yang PATUT anda lawati semasa di Sabah nanti.

Tempat Menarik di Sabah

Ada dua (2) bahagian tempat menarik di Sabah yang akan kami kongsikan. Iaitu Tempat Menarik di Kota Kinabalu dan juga Tempat Menarik di Kundasang.

Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Kota Kinabalu. Sebenarnya banyak lagi, tapi kalau kami tulis, bukan pergi pun. ๐Ÿ˜›

Lihat tempat menarik di Sabah di dalam MAPS. Peneragan tempat boleh baca di bawah.

63, Jalan Penampang, 88200 Penampang, Sabah, Malaysia

Jalan Tuaran, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Jalan Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Grace Garden, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

88400 Kota Kinabalu, Malaysia

Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Malaysia

Malaysia

Sabah, Malaysia

 

1. Pulau Sapi, Pulau Mamutik & Pulau Manukan
Pulau-pulau ini amat popular dikalangan pelancong, orang korea pun ramai. Kesemua pulau ini berdekatan dengan bandar KK.

Boleh beli pakej snorkeling atau tiket di kaunter Jeti Jesselton. Anggaran harga untuk snorkeling untuk 2 pulau adalah RM 60-RM 80 seorang.

Aktiviti lain, parasailing, fly fish ride, sea walking, scuba doo, jet ski, banana rides dan banyak lagi.

2. Pantai Tanjung Aru
Terletak lebih kurang 6KM dari bandar Kota Kinabalu. Boleh pergi waktu senja, bersiar-siar sambil tengok sunset.

3. Pasar Filipina
Amat popular untuk pelancong mendapatkan barangan cerderamata atau kraftangan seperti, mutiara, butang baju melayu, keychain, rantai, dan segala jenis aksesori wanita. Menariknya, semua murah-murah.

4. Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu
Syurga makanan laut. Murah-murah dan segar belaka. Paling menarik sotong bakar. Ada bajet lebih boleh cuba makan Lobster. Dan yang penting cuba juga ulam rumpai laut segar. Buka 5:30 PM – 11 PM

5. Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha adalah menara kaca 30 meter. Terletak 8 KM dari bandar KK.

6. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Senibina cantik yang terkenal dengan masjid terapung. Boleh datang solat di sini nanti sambil–sambil bergambar buat kenangan. Bukan selalu pergi kan. ๐Ÿ˜›

7. Atkinson Clock Tower
Struktur tertua di Sabah, sebuah jam menara kayu 1905 yang dinamakan sempena pentadbir kolonial British.

8. Muzium Sabah
Muzium negara dengan galeri seni & pameran mengenai topik seperti arkeologi & tamadun Islam.

9. Masjid Negeri Sabah
Disiapkan pada tahun 1975, masjid kontemporari di pusat bandar ini boleh menampung 5,000 pengunjung.

10. Tugu Peringatan Double Six @ Double Six Monument
Sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota Kinabalu.

Tugu ini dibuat adalah bagi mengingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta enam menteri lain – Wikipedia

11. Kota Kinabalu City Bird Sanctuary
Tempat perlindungan burung dengan laluan di hutan bakau dengan kira-kira 80 spesies, termasuk penternak & ikan keli. Sesuai untuk bawa kanak-kanak mengenali burung-burung.

12. Green Connection
Akuarium memberi tumpuan kepada pendidikan alam sekitar, memaparkan 1200 + spesies marin & pameran tangan.

13. Lok Kawi Wildlife Park
Perumahan Zoo harimau, monyet & gajah pygmy & menawarkan taman hutan dengan laluan berjalan kaki. Terletak 20 KM dari Jeti Jesselton. Buka dari pulu 9:30 pagi – 5:30 petang.

14. Rumah Terbalik

15. Jambatan Tamparuli

Cadangan Tentatif Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Cadangan ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda di sana nanti. Ikut turutan di bawah:

Sebelum tu, nak kena ada kereta la, baru boleh jalan-jalan kan. Anda boleh tempah secara online di sini: http://www.globallepa.com. Guna voucher code “GlobalLepa” untuk dapatkan diskaun tambahan berjumlah RM20

Hari Yang Nak Pergi… ๐Ÿ˜›

  1. Pulau Manukan / Pulau Mamutik / Pulau Sapi (Separuh Hari) Pilih 2 pulau sahaja
  2. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Solat Zohor)
  3. Menara Tun Mustapha
  4. Atkinson Clock Tower
  5. Muzium Sabah
  6. Masjid Negeri Sabah (Solat Asar)
  7. Tugu Peringatan Double Six @ Double Six Monument
  8. Pantai Tanjung Aru
  9. Pasar Malam Kota Kinabalu
Hari Yang Nak Pergi Kedua…

  1. Pasar Filipina
  2. Green Connection
  3. Kota Kinabalu City Bird Sanctuary
  4. Lok Kawi Wildlife Park

Tempat Menarik di Kundasang

1. Desa Cattle Dairy Farm
Terletak di kaki Gunung Kinabalu. Jalan untuk sampai ke sini agak curang. Kalau pergi ramai, adalah disarankan untuk mengambil kereta sewa cc 1.3 ke atas untuk pemanduan naik bukit dengan lebih selesa.

Pergi waktu pagi untuk pemandangan yang cantik.

2. Taman Negara Kinabalu
Taman Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 merupakan yang tertua dan paling popular di rantau ini.

Pada tahun 2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di Taman Kinabalu.

3. Kundasang War Memorial
Satu tempat memorial bersejarah bagi mengingati tentera British dan Australia yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

4. Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu dianggap gunung keramat yang didiami oleh roh-roh nenek moyang kaum Kadazan Dusun yang tinggal di sini.ย  Ianya juga merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 4095 meter.

5. Kolam Air Panas Poring @ Poring Hot Springย 
Mata Air Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup.

Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh.

6. Ladang Tea Sabah
Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota.

Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.

7. Fish Massage, Tagal, Sungai Moroli, Kg. Luanti
Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda.

Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau.

Lain-lain
  1. Pakej Sabah
  2. Kereta Sewa Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *