Tempat Parking Murah ke KLIA / KLIA2
Tempat parking antara perkara paling penting bagi traveler semasa nak fly dari KLIA / KLIA2. Antara tempat parking murah ke KLIA / KLIA2, adalah di ERL Salak Tinggi ataupun Putrajaya Sentral.
Tempat Parking Murah ke KLIA / KLIA2
Harga parking di Putrajaya Sentral dan ERL Salak Tinggi, lebih kurang je.
TAPI apa yang membezakan adalah harga tiket ERL sahaja. Sudah tentu harga dari Putrajaya Sentral lebih mahal berbanding dari Salak Tinggi. Boleh rujuk kadar harga tiket ERL di bawah:
Nota Kaki: Boleh dapat 10% diskaun jika anda membuat pembelian tiket ERL di kiosk. Kiosk ini ada dekat kaunter tiket ERL.
Nak Lagi Jimat ?
Kalau nak jimat lagi, Parking di ERL Salak Tinggi, naik bas free SMART Selangor. Free tapi ambil masa yang lama nak sampai ke KLIA2.
Waktu operasi Bas SMART Selangor juga agak terhad, iaitu dari 6 Pagi hingga 10 Malam sahaja.
Boleh rujuk di website ini: Bas Smart SelangorKu
Jika korang perlukan kereta sewa di KLIA atau KLIA2, korang boleh rujuk artikel di sini: Kereta Sewa di KLIA 2
Nak tanya flight saya pukul 6 pagi, so ada tak erl around pukul 3 pagi?
jadual semasa, paling awal pukul 5:38 AM dari putrajaya sentral. Boleh rujuk jadual dekat sini https://www.kliaekspres.com/schedule/
Saya akan terbang ke Sarawak pada 7hb.April 2023 jam 1820 hrs dan akan park kereta diparking klia2 dari jam 1700 hrs dan akan bertolak balik ke semenanjong dari sarawak pada 8hb.April jam 2230hrs..sampai diklia jam 0030 hrs 9hb.Akan ambil kereta jam 0100 hrs.Berapa jumlah kos parking yang akan saya bayar nanti.terima Kasih.
Boleh guna kalkulator dekat atas
Macamana nak booking sewa tempat letak kereta?
terus pergi dan masuk