Tengok Gajah di Kuala Gandah, Pahang

Jom tengok Gajah di Kuala Gandah : Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Lokasi ini tidak jauh dari KL, hanya 110KM sahaja. Lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan.

Pusat Konservasi ini memang terkenal dengan aktiviti melihat gajah secara dekat. Amat sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga tersayang.

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Aktiviti di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Berdasarkan website Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, antara aktiviti boleh dilihat di sana adalah:

  1. Gajah Mandi di Sungai
  2. Tengok Gajah dan bagi makan gajah dalam kawasan berpagar
  3. Melihat tayangan video berkenaan gajah.

Boleh bagi makan kepada gajah dalam pagar, boleh beli tebu. Waktu kami pergi, harga tebu adalah RM3 seikat.

Boleh beli dan bagi makan, pengalaman berharga untuk anak-anak kecil. Yang besar pun belum tentu pernah bagi secara dekat-dekat 🙂

Aktiviti ini mungkin tertaluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Untuk maklumat terkini boleh rujuk di website mereka: Wildlife

Waktu Operasi Gajah Kuala Gandah

HariMasa
 Isnin – Ahad

 8:00 pagi – 1:00 petang
2:30 petang – 4:30 petang

Jumaat 8:00 pagi – 12:30 tengahari
2:30 petang – 4:30 petang
Tertakluk kepada perubahan semasa. Boleh rujuk di website mereka: Wildlife

Harga Tiket Masuk Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Buat masa sekarang, harga tiket masuk adalah PERCUMA. Namun begitu, semasa pendaftaran masuk, akan ada borang sumbangan ikhlas. Nama pun ikhlas, bagi sahaja seberapa mampu. Sebaiknya bagi.

Kedai Makan di Kuala Gandah

Ada dua tempat kami nak rekemen untuk makan semasa ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah nanti.

Satu, korang boleh makan di cafe dalam pusat Konservasi Gajah. Harga perpatutan. Bukan harga ya-amat seperti Legoland.

Kedua, korang boleh makan di kedai makan sebelum masuk tol. Nama kedai CendolLily Kg Cempaka. Boleh waze di sini: Kedai Makan CendolLily

Banyak menu yang ada, Ayam Penyet, Bakso, Cendol, dan banyak lagi. Harga murah-murah sahaja. Boleh singgah sini, kawasan parking luas dan boleh dikatakan selesa juga.

Lokasi & Alamat Pusat Konservasi Gajah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur. Waze: Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Rumusan Tentang Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Kami amat gembira di sana bersama keluarga. Kami amat rekemen untuk pergi ke Pusat Konservasi Gajah ini. Kawasan yang bersih dan terjaga. Amat sesuai untuk aktiviti keluarga di hujung minggu.

TERBAIK! Jom Tengok Gajah di Kuala Gandah.

Lain-lain Aktiviti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *