Tips Melancong Ke Sabah – dan Ke Kundasang
Tips Melancong Ke Sabah | Sabah memang terkenal dengan tarikan tersendirinya, dan jumlah pelancong setiap tahun memang ramai tidak kiralah dari Malaysia ataupun luar.
Melancong ke Sabah ini bukanlah susah, tetapi memerlukan ilmu bagi melancarkan perjalanan anda di sana nanti. Atau dengan kata lain rancang percutian anda dengan ilmu bukan dengan main terjah jer pergi sana.Banyak tips melancong ke Sabah yang anda perlu tahu sebelum anda ke sana nanti. Tips ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda jika anda pergi secara backpackers, maksudnya tanpa tour guide.
Hari ini kami kongsikan kepada anda beberapa tips melancong ke Sabah.
Tips Melancong Ke Sabah
1. Tips Dan Info ke Sabah
- Pergi untuk 4 Hari 3 Malam, Kundasang 1 Malam dan Kota Kinabalu 2 Malam.
- Boleh pergi Kundasang dan juga pulau di KK. Kalau tidak berminat dengan aktiviti pulau seperti snorkeling, anda boleh pergi 3 Hari 2 Malam sahaja sudah memadai.
- Waktu Sesuai pergi Sabah adalah sepanjang tahun dengan syarat bukan musim hujan. Kalau hujan hilang mood nak jalan-jalan.
- Kalau boleh, sampai je di Sabah terus ke Kundasang. Stay di sana untuk satu malam.
- Tentatif 4 Hari 3 Malam boleh di lihat di sini: Tentatif Ringkas ke Sabah – 4 Hari 3 Malam
2. Tips Sebelum ke Sabah
Tiket Penerbangan
- Buat tempah tiket penerbangan lebih awal untuk dapatkan harga promosi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Skyscanner.com untuk melihat harga pernerbangan yang paling murah.
- Dengan menggunakan Skyscanner, website ini akan memaparkan semua senarai syarikat pernerbangan dengan harganya sekali. Menjimatkan masa anda untuk melihat harga tiket paling murah. Kalau tak, anda perlu buka website satu-satu. Lambat.
- Ambil flight waktu pagi.
Penginapan Hotel di Kundasang dan Kota Kinabalu
- Tempah Hotel. Tempat sesuai untuk tempah hotel di Kundasang adalah sekitar kaki bukit Kundasang dan juga kawasan berdekatan dengan Taman Negara Sabah.
- Di KK pula anda boleh tempah di kawasan Jesselton. Jesselton dekat dengan jeti dan juga tempat makan seafood. Jadi boleh jalan kaki je ke Jeti @ kedai makan sekitar.
- Hotel, anda boleh tempah menggunakan perkhidmatan Booking.com ataupun Agoda.com. Kat website ini, anda boleh melihat senarai hotel yang murah dengan memilih dari harga yang murah ke harga yang mahal. Selain itu, boleh juga lihat review tentang hotel tu, sama ada bagus atau pun tidak.
- Berikut adalah lokasi yang sesuai untuk buat tempahan hotel di sekitar Kundasang.
Hotel Kundasang yang di syorkan untuk anda buat tempahan. Sila klik pada nama hotel di bawah untuk buat tempahan
Mile 36 Lodge | Berpatutan dan boleh lihat Gunung Kinabalu dari Hotel ini. |
Kinabalu Pine Resort | Pemadangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik dari Hotel ini, berbaloi dengan harga. Kebiasaanya, musim cuti sekolah, hotel ini cepat penuh. Untuk rasai keindahan Kundasang, baik anda booking dari sekarang sebelum terlepas. |
The Cottage Hotel | Sesuai untuk trip ke Sabah secara kumpulan, 10 orang ke atas. Lokasi berdekatan Kundasang dan jalan menghala ke Desa Dairy Far |
J Residence | Boleh Lihat Gunung Kinabalu dan sesuai jika anda mengikut tentatif kami 4 hari 3 malam. |
Kinabalu Park (World Heritage Site – UNESCO) | Agak mahal sedikit berbading hotel-hotel di atas, tetapi hotel memberikan kenikmatan yang sebenar semasa melancong ke Kundasang Sabah. Sebabnya, betul-betul menghadap Gunung Kinabalu Sabah. |
Kundasang Guesthouse | Sesuai untuk family. Boleh masuk sampai 9 orang. Suasana pun menarik di sini. |
Kereta Sewa Kota Kinabalu dan Kundasang
- Tips ke 3 sebelum bercuti ke Sabah adalah buat tempah kereta sewa.
- Kereta yang sesuai untuk Kundasang adalah kereta yang CC 1.3 ke atas. Boleh juga CC 1.0 macam Axia jika berdua sahaja. Ini kerana semasa hendak pergi ke Desa Lembu, jalan begitu curam dan tinggi.
- Banyak syarikat yang menawarkan sewa kereta di Sabah, antaranya adalah Global Lepa Car Rental. Apa yang penting, syarikat ini boleh booking online, hanya bayar deposit sahaja.
- Servis hantar dan ambil di aiport adalah percuma!
- Menariknya, Global Lepa Car Rental menawarkan harga kereta sewa dengan harga diskaun. Tempahan 3 – 6 hari anda akan dapat 5% diskaun.
- Selain dari diskaun, tawaran baucer juga boleh tahan juga. Boleh dapat RM 20 baucer diskaun lagi selain diskaun yang biasa.
- Untuk buat tempahan, anda boleh berbuat demikian di website mereka. Jangan lupa guna voucher!
GLOBAL LEPA TRAVEL & TOURS, KOTA KINABALU, SABAH 012-8440137 Atau 011-37144200 website: http://www.globallepa.com/ Whatsapp BOOK ONLINE Tempahan online untuk 3 hari ke atas akan mendapat Diskaun 5% dan juga diskaun tambahan dengan memasukkan voucher code GlobalLepa yang bernilai RM 20
3. Tips Semasa di Sabah
Tips Ke Kundasang
- Sampai di Airport KKIA (Kalau boleh flight pagi), terus pergi ke Kundasang Sabah.
- Untuk melancarkan perjalanan anda, gunakan Waze atau Google Map/Drive sebagai panduan pemanduan.
- Perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu lebih kurang jaraknya sejauh 95 km dan mengambil masa 2 jam perjalanan.
- Separuh perjalanan pertama, anda akan menempuhi jalan yang landai dan agak lurus (pinggir bandaraya Kota Kinabalu) manakala bahagian ke dua perjalanan pula jalannya mula berselekoh dan banyak mendaki bukit.
- Sebelum sampai Kundasang, singgah sekejap di Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Lokasi dua tempat ini memang terletak diantara Kota Kinabalu dan Kundasang. Boleh lihat dalam interaktif maps di bawah.
KM 21, Telibong, 89257 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tamparuli, 89250 Tamparuli, Sabah, Malaysia
- Pastikan minyak kereta full sebelum meneruskan perjalanan anda ke Kundasang dari Jambatan Tamparuli ni.
- Dalam perjalanan boleh singgah di Pekan Nabalu untuk berehat dan menikmati keadaan sekitar.
- Sampai sahaja di Kundasang, terus check-in hotel yang telah ditempah. Berehat sekejap dan boleh teruskan ke kawasan menarik di Kundasang.
Tempat Menarik di Kundasang
Di sini, kami senaraikan sahaja tempat menarik di Kundasang, untuk details tempat boleh baca di sini: Tempat Menarik di Sabah – Kundasang
|
- Keesokan sambung perjalanan anda di Kundasang seperti berikut,
- Kalau boleh, pergi Desa Lembu pada waktu pagi sebelum pukul 11, kerena kebiasaannya, waktu pagi Gunung Kinabalu tidak dilindungan awan.
|
Tips Semasa di KK Sabah
- Untuk tips di KK, anda disarankan untuk menempah hotel di kawasan Jesselton, kerena berdekatan dengan pasar filipina, pasar malam seafood, dan paling penting dekat dengan jeti ke Pulau.
- Boleh walk -in beli pakej trip ke Pulau. Pergi Jeti dan boleh pilih mana-mana kaunter tiket di sana.
- Jangan lupa cuba makan seafood pada waktu malam. Segar dan sedap sekali. Cuba juga rumpai laut.
Untuk cadangan pengisian / tentatif semasa di Kota Kinabalu, anda boleh baca di artikel ini: Cadangan Pengisian di KK
Sekian sahaja perkongsian Tips Melancong ke Sabah. Semoga bermanfaat. Maaf jika serba kekurangan. 🙂
Terima kasih tuan
Sama-sama 🙂
Assalam nak tanya. Melancong ke sabah ni perlu ke Pakej Pelancongan? TQVM
Wassalam,
Susah nak jawab ni. mengikut keperluan masing2,
kalau agent pakej hanya memudahkan pelancong yang datang ke sabah.
kalau sendiri pun boleh, tapi semua nak kena buat sendiri. Cari hotel, kereta dan sebagainya.
Kesimpulan soalan, jawapan dia boleh! 🙂
Terima kasih… sgt manafaat
Terima Kasih! 🙂
Terima kasih. Plan nak sambut 21st anniversary di kk..
Jom KK..Kundasang terbaik tu puan untuk sambut anniversary 🙂
ASSALAMUALAIKUM. NAK TANYA. PERGI AIRPORT , KENA SEBELUM 2 JAM BERLEPAS KE ??
Wassalam,
Sebaiknya pergi 1 jam awal sudah memadai.
Salam Tuan, saya dah chex Skyscanner,com, dan amat berguna untuk info harga tiket, cuma nak kepastian bila nak book tiket,tedapat agensi yang akan urus pembelian tersebut. apa bezanya setiap agensi tersebut sebagai contoh,,Expedia dan llg…
Terima Kasih..
Wassalam, ye sama je skyscanner dan expedia tu. platform untuk banding harga. cuba cek expedia & traveloka, banyak diskaun dia bagi sekarang ni.
perbelanjaan di sana same tak mcam semenanjung? agak2 bajet utk 3h2m mcm mane
Lebih kurang sahaja dgn semenanjung. Anggaran RM100 seorang. Ni dah termasuk makan seafood di KK. Kalau tak makan seafood, lagi bajet 🙂
artikel yang sungguh berinformasi .. bermanfaat bagi mereka yang berminat nak melancong ke Sabah.
Perkongsian yang baik terutamanya utk penetapan pergerakan di Kundasang.. Cuma kalau dapat ditambah utk pengisian di K.Kinabalu..
Terima kasih atas cadangan. Kami ada buat juga cadangan tentatif / pengisian di KK, tapi di artikel lain di sini: https://blog.pakej.my/info/tempat-menarik-di-sabah/#tentatifkk
Mungkin dalam masa terdekat, kami akan gabungkan di sini untuk memudahakan pembaca lain. 🙂
salam…banyak tips saya baca mereka cakap shoping di pasar malam..boleh saya tahu pasar malam kundasang atau pasar malam kota kinabalu?
thanks
Wslm, Pasar Malam di kota kinabalu, boleh tgk artikel ini untuk melihat tempat menarik lain selain pasar malam: Tempat Menarik di Kota Kinabalu
salam nk tanya, kalau malas nak drive ke kundasang ada tak perkhidmatan driver untuk ke sana dan stop di mana2 tempat menarik sekitar kundasang?
Wslm,
Ada. Daeng Travel & Tours ada buat. boleh rujuk artikel ni: https://blog.pakej.my/percutian/pakej-kundasang-daytrip-super-jimat/
terima kasih