Yoodo Review 2024 – Telco Terbaik Buat Masa Ini

Yoodo Review 2024 | Yoodo ni servis telco macam Celcom, Digi, Maxis juga. Atau lebih tepat lagi, Yoodo ni anak bawah jagaan Celcom AXIATA, adik beradik celcom lah lebih kurang.

Jadi, Yoodo Coverage sama macam Celcom punya coverage. Semestinya terbaik liputannya seluruh Malaysia.

Setakat ini, admin rekomen ambil plan yoodo ni, amat sesuai untuk yang nak custom plan. Kalau dah teruk servis yoodo ni, admin akan update page ini.

Menarik Tentang Yoodo Plan

Korang bebas untuk memilih plan telefon mengikut keperluan korang pada bila-bila masa.

Maksudnya, korang bebas nak pilih berapa GB data korang mahu setiap bulan, Call dan juga SMS. Yang paling penting pakej plan Yoodo memang murah dan terbaik setakat ini.

Yoodo Coverage

Yoodo menggunakan Celcom network. Coverage boleh check melalui link di bawah ini.

Yoodo Coverage by Celcom

Yoodo Review 2024

Kemasikini: 30/03/2024

Nanti admin akan kemaskini dari semasa ke semasa untuk bahagian Yoodo Review ini.

Yoodo Review 30/03/2024

Yeay, sudah lebih 5 tahun bersama Yoodo. Masih lagi setia. Rangkaian Yoodo juga bertambah baik. Sudah dapat akses dalam lif bangunan ๐Ÿ™‚

Yoodo Review 17/02/2023

Terbaik. Makin laju. Sudah ada Yoodo 5G. Daftar Yoodo Sekarang

Yoodo 5g

Yoodo Review 18/12/2022

Masih lagi ok. Sekarang Celcom dah Digi sudah bergabung. Apa nasib dengan Yoodo belum diketahui. Harap bersabar.

Yoodo Review 07/10/2022

Yoodo tengah peraduan sekarang ni. Alang-alang tukar kepada Yoodo, mana tahu menang trip pelancongan. Daftar Yoodo

Yoodo Review 12/08/2022

Sekarang yoodo tukar Yoodo Points. RM1 = 100 points. Masih lagi berbaloi. Admin sekarang guna 20GB Data, 200 Minit Call, 20GB Facebook hanya RM30 sahaja sebulan.

Masih berbaloi.

Yoodo Review 28/11/2021

Masih lagi berpuas hati. sudah 3 tahun pakai yoodo. Memang terbaik. Data tak cepat habis. yang penting boleh pilih ikut keperluan.

Yoodo Review 31/10/2020

Masih lagi terbaik, sekarang ada promosi kekal nombor lama dapat cashback RM50. Cashback paling tinggi boleh dapat. Promosi tamat pada 30 Nov 2020.

Yoodo Review 11/07/2020

Yoodo kembali menawarkan pakej RM20 untuk 20GB. Sama macam seperti awal-awal dulu. Memang terbaiklah!

Yoodo RM20 20GB

Yoodo Review 22/12/2019

Masih lagi berpuas hati dengan Yoodo. Pada kali ini, min dapat Data 2GB dan Call 60 minit percuma sempena Sukan Sea 2019. Yay!

Yoodo Review 3/7/2019

Di Sandakan juga coverage ok, kalau sebelum ni pakai uxxxx amat hampa semasa di Sandakan.

Berkenaan plan, min kurangkan call jadi 200 minit sahaja, sebab kurang call. Jadi bulanan RM26 sahaja. Bila tak cukup baru tambah.

Yoodo Review 28/4/2019

Min ada pergi Pulau Lang Tengah dan Snorkeling Pulau Redang, coverage memang cun. Sepanjang penjalanan trip, coverage terbaik, 4G.

Yoodo Review 17/2/2019

Memandangkan yoodo promo addons RM1 dah tamat, jadi min, tukar plan baru untuk bulan seterusnya. Ambil camni je:

2 GB Data – Setaka min guna sebulan, tak habis pun 2 GB. Ada baki lagi.
2000 Min Call
20 GB Facebook

Lebih menjimatkan! RM29 sahaja.

Yoodo Review 5/2/2019

Yoodo review dah tak ada promosi addons RM1. Jadi Kalau ambil semua addons RM25. Mahallll woi. Min, dah downgrade addons, ambil ikut keperluan sahaja. Ambil facebook je. Lain-lain tak ambil.

Tapi, promosi bulan Feb 2019, ada 3x booster data. Murah la juga.

 

Yoodo Review 31/12/2018
Baik: Yodoo Coverage di Kelantan boleh tahan memberangsankan. Di Machang dan Sekitar Kota Bharu. KL Selangor, tak perlu cakap la, semua telco coverage terbaik punya.

Data Plan & Facebook, masih tak berganjak. Masih banyak GB.

Memuaskan: Call dah nak habis, nak kena tambah gamaknya, tak cukup 100 minit sebulan. Baru je 5 hari tinggal 60 minit je lagi.

Review Setelah 2 Hari Penggunaan: Setakat admin guna, terbaik setakat ini. Internet laju, coverage pun ok sebab ikut coverage celcom.

Paling penting, boleh pilih ikut yang kita nak sahaja. Macam, SMS kita jarang guna, tak perlu la ambil. Baru murah.

Cara Daftar Yoodo

Senang sahaja, boleh terus daftar online, nanti pihak yoodo akan hantar simkad secara percuma. Bila dah sampai simkad, terus aktifkan simkad tersebut dan terus guna.

Nak kekalkan nombor lama, boleh je. Masa nak daftar, pilih kekalkan nombor lama. Mudah je.

Yang menarik, bila daftar online, korang akan dapat RM20 7GB.

Pertanyaan mengenaai yoodo boleh wasap admin. nanti admin ajarkan cara daftar.

YOODO WEB

Lain-lain:

Promo Code Yoodo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Komen di “Yoodo Review 2024 – Telco Terbaik Buat Masa Ini”

  1. terima kasih atas review tuan, nak tanya pakej ni kira macam prepaid la kan. Tiada billing yang boleh di print daripada sistem?

    1. Plan yoodo ni prepaid dan postpaid. Gabung sekali. Maksudnya kena ada credit utk auto renew setiap bulan.

      Bil akan dihantar ke email encik setiap kali renew. Boleh print dari email.

  2. hai nak tanya, penggunaan โ€˜dataโ€™ untuk apa je ya ? since ada option addon untuk instagram, facebook and so on ? and kalau dah purchase huge amount of data ni eg kalau amik plan 50gb, then do we still need to addon data for instagram ?

    1. Data untuk layari web atau lain-lain selain dari addon. Boleh custom ikut keperluan cik. rasa ada lebih banyak cik tukar plan bulan depan.

    1. Guna dari data pun boleh. Guna dari addon youtube pun boleh. sekarang addon youtube RM7 utk 20G