Pulau Langkawi atau Langkawi Island merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Pulau ini amat terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga lagenda masa silam.
Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Dengan adanya status bebas cukai ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Antara barangan yang boleh didapati adalah seperti coklat Ferrero Rocher, minyak-minyak wangi, kereta dan banyak lagi.
Geografi Pulau Langkawi
Pulau Langkawi ini terletak di negeri Kedah dan terdiri dari 100 buah pulau. Pulau-pulau di Langkawi terdiri dari gugusan pulau-pulau yang terletak di utara Selat Melaka dan di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
MAPS
Sejarah Nama Pulau Langkawi
Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai “Langgasu” yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).
Mitos & Lagenda Pulau Langkawi
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
- Mahsuri
- Pulau Dayang Bunting
- Telaga Tujuh
- Gergasi Bertarung
- Puteri Dayang Sari
- Telani dan Telanai
- Geroda dan Jentayu
Pengangkutan ke Pulau Langkawi
1. Pesawat (Flight)
Lapangan Terbang Antrabangsa Langkawi (LGK) terletak di Padang Matsirat, sebelah barat laut Pulau Langkawi. Boleh Lihat dalam MAPS di atas.
Berikut adalah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan dari/ke Langkawi: AirAsia, Malaysia Airlines, FireFlyz, MalindoAir, TigerAir, dan juga SilkAir.
Dan berikut pula adalah senarai lapangan terbang yang menyediakan penerbangan secara terus ke langkawi: Kuala Lumpur, Penang, Kota Bharu, Singapore, Hat Yai (Thailand), Phuket (Thailand) dan Guangzhou (China)
TIPS: Untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah, anda perlu sentiasa melihat promosi yang ditawarkan oleh pihak syarikat penerbangan. Selain itu, pembelian sebulan sebelum tarikh berlepas juga berkemungkinan untuk mendapatkan tiket lebih murah adalah tinggi!
2. Feri (Ferry)
Selain dari flight, pengangkutan feri juga adalah salah satu alternatif pengangkutan untuk ke Pulau Langkawi. Terdapat TIGA (3) jeti untuk ke Pulau Langkawi iaitu:
- Kuala Kedah
- Kuala Perlis
- Penang
Harga tiket berdasarkan Jan 2016
KADAR TAMBANG | Dewasa | Kanak – kanak (Umur 3-11) | ||
---|---|---|---|---|
Dari | Ke | Jangka Masa Perjalanan | ||
Kuala Kedah | Langkawi | 1 Jam 45 Minit | RM23.00 | RM17.00 |
Kuala Perlis | Langkawi | 1 Jam 15 Minit | RM18.00 | RM13.00 |
Penang (Melalui Pulau Payar) | Langkawi | 2 Jam 45 Minit | RM36.00 | RM26.00 |
Masa perjalanan feri dan harga tiket terkini sila layari laman web: Langkawi Ferry Line
TIPS: Untuk memudahkan perjalanan, anda disarankan membeli tiket feri secara online. Lebih mudah dan terurus!
Tempat-Tempat Popular di Langkawi
- Dataran Lang
- Kereta Kabel (Cable Car)
- Pantai Cenang
- Sky Bridge
- Underwater World
- Makam Mahsuri
- Pusing Pulau (Island Hoping)
- Kilim Geoforest Park
Talian Bantuan Langkawi
Langkawi Tourist Information Centre Kuah Tel : +604-966 7789 |
Langkawi Tourist Information Centre, Langkawi International Airport Tel : +604-955 7155 |
Langkawi Developement Authority (LADA) Tel : +604-966 7186 |
Taxi Station Airport – Tel : +604-955 1800 Kuah Town – Tel : +604-966 5249 |
Langkawi Airport Tel : +604-955 1311 |
Balai Polis (Kuah Town) Tel : +604-966 6222 |
Hospital Langkawi Tel : +604-966 3333 |
Polis Marine Tel : +604-966 8672 |
Bomba When emergency – DIAL : 999 or Tel : +604-969 3004 |
Tourism Malaysia Kedah, Office Tel : +604-731 2322 |
Rujukan:
[1] – Wikipedia
[2] – Natural langkawi
[3] – WikiTravel