Trip ke Indonesia 10 Hari (Part 1 – Jakarta, Bogor & Bandung)

Trip ke Indonesia 10 Hari | Dalam masa 10 hari boleh pergi 4 tempat yang paling popular di Indonesia, Jakarta, Bogor, Bandung dan juga Jogjakarta. Semua asewome!

Trip ke Indonesia 10 Hari

Part 1 – Cerita di Jakarta, Bogor & Bandung
Part 2 – Cerita di Jogjakarta

Artikel ini dikongsikan oleh saudari Husna. Baca dengan tenang, hadam sebaik-baiknya, anda pasti akan dapat. 🙂

Assalamualaikum. Harini baru ada mood nak sharing pengalaman kat Indonesia. Kali ni trip berempat selama 10 hari bermula dari Jakarta-Bogor-Bandung-Jogjakarta. Yes, memang penat ! Ini bukan trip bajet, sebab sebenarnya kami just nak explore Indonesia, and enjoy every moment kat sana. Okay here we go !!!! 😘

1. Jakarta

🔶 Kami Ambil flight dari KUL-CGK jam 6 petang (waktu Malaysia) sampai CGK dlm jam 7 malam (Waktu Indonesia), tempoh penerbangan adalah 2 jam sahaja.

Malaysia Airlines (RM180/one way)

🔶 Sampai airport, supir jemput kami dan terus checkin Garuda Property Apartment. Ya ampun dari airport nak pegi apartment mmg jauh sgt, plus jem teruk 😣😣. Maka bermalam lah kami di situ. Rasa serik dah nak turun CGK pasni 😕 Jem sana sini, hon non stop !

2. Bogor

🔶 Checkout dari Garuda Property Apartment jam 7 pagi, terus gerak ke Bogor (lebih kurang 1 jam perjalanan).

🔶 Dalam perjalanan tu kami breakfast nasi padang. Not bad la. Kene dgn selera org Malaysia.

🔶 Ada ape kat Bogor ni? Sebenarnya kami pergi Taman Safari Indonesia sebab terpengaruh dgn geng² RUNNING MAN yg dtg taman safari ni, lupa episod brp entah 😅

🦓 Taman Safari Indonesia – masuk taman safari kene bayar RP180k sorang (harga local sbb supir tlg belikan) pastu carrot 5 ikat RP15k untuk bagi makan kat binatang² dalam tu 😂

Depan Taman Safari Bogor, Indonesia

🦓 Kami masuk sekali dgn kereta supir, malas naik train, so boleh nampak binatang² bebas berlari mcm kt Afrika, boleh feed and belai² melalui tingkap kereta je 🤭

Animal feeding- semua lapar agaknyaa

🦓 Memang tak boleh keluar, nanti kene gigit pulak 😜 sampai part singa dan harimau, memang tak boleh bukak tingkap, nanti kene ngap kan hahaha. So tengok dari dalam kereta je la. Tu pon dah rase macam dekat sangat dengan kereta.

Kami snap gambar dari dalam kereta ya, memang sebelah2 je ni hehe

🦓 Taman safari ni luas, lama la jugak kat dalam tu, around 2 jam jugak la. Lepas tu kami masuk bahagian Animal Show pulak tp dah trlpas showtime mse tu. Sempat tgok gajah je.

🔶 Dah bosan tengok binatang, kami cuba naik kereta gantung pula. Macam best je tengok. tapiii kurang memuaskan!

Kereta Gantung Bogor. Not recommended. Tiket mahal (RP15k) tapi naik tak sampai 10 minit pon. Tak berbaloi 😪.

Dah bosan jalan-jalan di Bogor, kami teruskan perjalanan ke Bandung pula.

Dalam perjalanan ke Bandung, kami sempat singgah makan kat Kedai Ayam Penyet Surabaya. Sedap sgt dn murah weiii ! 5 starrrrrr
3. Bandung

🔶 Kat Bandung kami stay selama 4 hari 3 malam. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi di Bandung, sebab tu kami stay lama sikit.

🔶 Kami sampai di Bandung jam 5:45 petang. Waktu ni di Bandung memag dah gelap. Dan kami terus pegi ke Apartment Jardin utk checkin.

🔶 Kegembiraan kami hanya seketika, hahaha rupanya kene tipu dgn owner yang tidak wujud !! 😡

🔶 Call, whatsapp semua tak reply. Merempat lah kami kt situ dekat sejam jugak. Tanya² org area situ rupanya apartment tu tak wujud. Fuh kene tipu !

🔶 Masa ni supir dh balik Jakarta. Kat Bandung kami ambil supir lain. Kami mintak tolong dia ambil kami dan carikan hotel lain. Alhamdulillah kami sama² cari hotel dan jumpa hotel yg available. So bila checkin hotel on the spot, mmg berganda la mahal. Terima kasih byk² mas Dicky. Settle masalah.

Ok ok tutup kes kena tipu, jom kita layari keindahan kota Bandung pula.

Antara tempat yg kami pergi di Bandung:
🌸
D Lodge Maribaya
🌸 Floating Market
🌸 Dusun Bamboo
🌸 Bandung Exclusive Textile
🌸 Kawah Putih
🌸 Glamping Lakeside
🌸 Cidabuyut
🌸 Rumah Sulam
🌸 Dinner Bakso Malang
🌸 Pasar Baru
🌸 Win Perfume

Tu ringkasan senarai saje. Ni kami kasi hurai sampai rabak…baca jgn xbaca! 😛

 

🌸 D Lodge Maribaya

Kami bertolak jam 8 pagi, breakfast nasi kuning. This one mmg tak kene dgn selera kami 😂. Nasib baik order 2 pinggan je utk 4 org. Takde la membazir sangat.

Lepas breakfast, lebih kurang sejam mcm tu, kami sampai kat D Lodge Maribaya ni. Beli tiket RP35k seorang dan dpt voucher mkn dn minum, nanti blh redeem kt mana² cafe kt dlm tu !

Selepas beli tiket, boleh masuk ikot ‘terowong’ ni yaaa
Ini makanan/minuman yg kami redeem, add on sikit sbb lapar sangat mase ni

Mase ni mmg ramai sgt org. Kami chill² dlu tgok view bukit bukau, tak decide lg nak snap gambar dekat spot mana. Sbb setiap spot kene bayar Rp10k. Tak silap kt sini ade lebih kurang 5-6 spot bgambar. Then dcide nak ambil spot speda dan hot air balloon 🎈

Nah layan spot gambar yang kami ambil di D Lodge Maribaya

Speda Maribaya Bandung
Spot 1: Speda (Rp 10k/person), boleh request nak naik berdua atau sorang2, gayat oiii

Hot Air Balloon Maribaya Bandung
Spot 2: Hot Air Balloon (Rp 10k/person), kene tggu giliran lama sikit huhu, SABARRRR

Just 2 spot je, total RP20k seorang. Exclude gambar k k. Gambar pula RP10k each. Hmm Maribaya kan mmg smua kene bayar 👻. So kat dlm tu kami bgambar je la kt spot² yg free 😂.

Salah satu spot yang free utk bergambar, nice la jugak eh?

Kat pintu keluar kami dpt free air susu coklat dan kat situ jugak kita blh tuntut gambar spot tadi (beratur, kene ingt jam brp snap gmbr, mesti ade shareit and bayar!)

 

🌸 Floating Market Lembang

Sebenarnya tempat² ni semua dekat² satu jalan je. Kene pndai plan and bajet masa k. Hrga masuk sini RP20k dpt sekali  voucher minuman, nnti redeem dkt kiosk ye, bkn kt floating market. Kat sini boleh tgok org jual makanan atas sampan, alaa sebijik mcm kat Thailand tu 😁.

Kalau nk berurusan jual beli dgn dieorg, kene tukar coin. Kami tk plan nk beli ape² pon, just msuk utk bgambar. Ada satu kedai tgh² tasik tu sediakan khidmat sewa kimono. Utk bgambar mcm kat Jepun tu haa. Ada la spot² bunga sakura utk bgambar. Tapi tak sure berapa hrga sewaan kimono tu 😆

🌸 Dusun Bamboo

Untuk entrance fee kt sini RP25k. Kami naik van smpai atas. Kat situ ade tmpt² nak bgambar, ada tasik. Macam tasik cermin gittuw, mmg lawa sgt ! Latar belakang semua hijau 🍀🍀

Ade bbrp kedai makan kat sini tp mahal sgt, plg murah RP85k satu set. Kami xdcide pon mkn kt sini.

Yang bentuk mcm rumah tu sebenarnya kedai makan. Pilih je nak masuk yg mana

Then, kami jalan² kat jambatan untk ke hammock tower. Bayaran hammock tower ni RP20k seorg, gmbr takde caj. Minta tlg instructor kat situ yg snap kan gmbr. Sape yg gayat tak digalakkn naik smpai hammock plg atas. Haha. Cukup la dok plg bwh jer 😌

 

🌸 Bandung Exclusive Textile

First spot utk shopping ! Tp bfore tu kami dinner siap², lupa plak nama kedai. Puas hati shopping kt sini, dgn hrga murah and design latest, smpai tak menang tgn mmbeli. Bos dieorg pon baik je layan kami yg bising² ni 🤣🤣 oh btw, dieorg siap hidang coffee panas dan kacang kat kami. Free of charge okayy 😋

 

🌸 Kawah Putih

Pagi² lagi kami gerak ke kawah putih, jauh jugak dlm dua jam rasanya. Sempat breakfast bubur ayam mase otw ke sana.

Smpai sana beli tiket full package kawah putih + Glamping lakeside RP450k termasuk kenderaan yg kita bawak pon kene bayar ! Kalau xbwk knderaan, boleh naik van yg disediakn. Tak sure brp kene byr.

Kat sini view cntik, sejuk dan berangin. Better pakai sweater dan mask. Ada bau sulfer kt kwsn kawah, boleh sesak nafas. Fuhhh 😷🤧.

Kami ada hire photographer utk snap gmbr cntik², bayaran satu gmbr RP10k. Gmbr mmg cntik, puas hati 👍 Ni contoh gambar yang photographer snapkan (Dah crop sikit..hehe)

 

🌸 Glamping Lakeside

Masuk sini guna tiket yg dh beli skali dgn kawah putih tadi. Bayaran extra RP20k kalau nk naik jmbatan gantung ke area kapal. Tapi kami jalan kaki jee, free. Sambil² tu boleh ambil gmbr, bila dok atas kapal blh nmpk full view tasik.

View Glamping lakeside dari atas kapal
View dari depan kapal
Curi curi bergmbar atas jambatan gantung secara percuma. Pandai2 la mencilok hehe

Otw balik sempat singgah kedai makan ayam brengsek. Menu terbaik dari ladang, 5star! Sampai sekarang takleh move on, dok teringat hahaha

Ayam Brengset

 

🌸 Cidabuyut

Ni salah satu spot shopping, bagi org yg suka kan brg kulit boleh shopping kt sini ! Dapat sticker diskaun dlm 10% rasanya. Lupa pulak. Tapi tak sure kualiti kulit tu gred brapa, kami jenis tak minat brg² kulit, just tgok² aje 👀

Cidabuyut: tempat ruangan pick up/drop off. Byk pintu yg boleh masuk, pusing2 dalam tu smpai pening hehehe

 

🌸 Rumah Sulam

hopping lagi ! Bagi yg suka sgt sulam sulaman boleh beli kain sulam kat sini. Murah. Boleh diskaun lagi 💕 (Tips: NEGO sampai jadi)

 

🌸 Dinner Bakso Malang

Datang Indonesia wajib try bakso tau. Rugi kalau tak try. Semua nya sedap², mcm² saiz meatball, pilih je nak yg mana 😋

Nampak macam sikit tapi bila makan mmg takkan habis pun
Ini la supir kami yg jaga kami di Bandung (mas Dikcy-kiri dan Sepri-kanan)

 

🌸 Pasar Baru

Salah satu tempat wajib shopping. Ada 12 tingkat semuanya, kedai dalam ribu riban jugak. Fuhhh. Kami tak pergi semua kedai k. Tak cukup masa. Just fokus tmpt yg nak beli brg penting je.

Mmg murah sgt kat sini. Nnti ada org “escort” kita mase kt sini sebab bahaya sikit ada penyeluk saku. Org yg escort kiteorg ni nama nya Ben. Baik org nya 😊😊 dh selesai shopping, jgn lupa selit tips seikhlas hati 😉

 

🌸 Win Perfume

Tempat ni wajib pergi bagi sesiapa yg suka perfume. Murah dan berkualiti. Siap boleh borong untuk bisnes lagi haaa. Macam2 bauan ada, pilih yg mana mana berkenan hehe.

Perfume ni semua diaorang buat sendiri

Ok, tamat sudah cerita kami di Bandung! Next Jogjakarta ->

4. Jogjakarta

Part 2 – Sambung di next artikel 🙂 Klik sini

Travelog Lain

Bercuti ke Kelantan Macam Pergi Lombok. Wajib Baca!

Terbitan: Pakej.MY

Trip ke Indonesia 10 Hari (Part 1 – Jakarta, Bogor & Bandung)
Rate this post

Komen

  Subscribe  
Notify of