Cara ke Pulau Perhentian dari Johor

Untuk anda yang sedang mencari Cara ke Pulau Perhentian dari Johor, mungkin artikel ini dapat membantu anda. Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah. Asalkan membantu 🙂

Cara ke Pulau Perhentian dari Johor

Untuk pengetahuan, artikel ini kami fokuskan beberapa tempat di negeri Johor sahaja. Contohnya, Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru (Larkin), Skudai, Batu Pahat dan juga Segamat.

Sebelum kita tengok Cara ke Pulau Perhentian dari Johor, apa kata korang baca tips ke Pulau Perhentian dahulu. Tips ringkas sahaja.

Tips ke Pulau Perhentian

  • Jika anda berhajat nak naik flight, terbaik korang turun di Airport Kota Bharu (KBR) berbanding Airport Kuala Terengganu. Kerana Jarak perjalanan dari Airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari Airport Kuala Terengganu.
  • Jika anda berhajat nak naik bas, lokasi terbaik untuk korang turun adalah di Stesen Kuala Besut sebab dekat dengan Jeti ke Pulau Perhentian. Atau pilihan lain, anda boleh turun di Jerteh. Dari Jerteh, anda boleh menaiki teksi ke stesen Kuala Besut.
  • Sebelum gerak ke Pulau Perhentian, sarapan jangan lupa. Makan sikit roti ke biskut ke. Boleh beli lebih untuk bawa ke pulau sebagai alas perut kalau lapar. Ini merupakan benda paling penting. Kecuali anda pergi dengan pakej yang menyediakan sarapan.
  • Antara benda yang penting jugak ialah air mineral. Beli yang botol besar terus sebagai bekal di pulau sebab kat sana, semua barang mahal. Syampu, sunblock jangan lupa bawa Bersama.
  • Kalau nak bajet rendah, boleh bawa maggi. Lapar-lapar sangat boleh masak dan makan. Kalau malas makan je dekat kedai sana. Harga RM10-RM15 sahaja sekali makan.
  • Kamera dan powerbank jangan lupa bawa. Ini merupakan barang penting sepanjang percutian korang di sana nanti.

Cara ke Pulau Perhentian dari Johor

Sebagaimana penerangan di atas, kami akan kongikan beberapa daerah di Johor seperti berikut:

  1. Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru atau Larkin, Lihat
  2. Cara ke Pulau Perhentian dari Skudai Lihat
  3. Cara ke Pulau Perhentian dari Batu Pahat Lihat
  4. Cara ke Pulau Perhentian dari Segamat Lihat

1. Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru atau Larkin

Dari Johor Bahru, ada 2 cara iaitu dengan menaiki bas ataupun flight.

Pilihan 1 (Naik Bas Turun di Kuala Terengganu)
Jika anda dari Johor Bahru, anda boleh menaiki bas dari stesen bas JB (Larkin) menuju ke Kuala Terengganu.

Kadar harga tiket bas dari RM45- RM70. Tiket boleh disemak online di https://www.busonlineticket.com/

Setibanya di Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas sekali lagi menuju ke Jeti Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Harga tiket bas berjumlah RM15/seorang.

Kemudian, anda perlu menaiki feri dari Jeti ke Pulau Perhentian yang mengambil masa selama lebih kurang 40 min.

Harga tiket dan jadual feri boleh disemak melalui website https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru atau Larkin

Pilihan 2 (Naik Bas Turun di Jerteh)
Cara kedua pula naik bas dari JB Larkin Terminal menuju ke Jerteh, Terengganu. Jerteh ya! Harga tiket bermula RM64+-. Boleh semak harga dan jadual tiket online di https://www.busonlineticket.com/

Dari Jerteh, anda boleh menaiki teksi menuju ke Jeti Kuala Besut. Kadar harga menaiki teksi dari RM28 – RM35 dan mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit sahaja.

Kemudian, anda perlu menaiki feri dari Jeti ke Pulau Perhentian yang mengambil masa selama 40 minit.

Harga tiket dan jadual feri boleh disemak melalui website https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules. Boleh tempah online terus. Lagi mudah.

Boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru Naik Bas Turun di Jerteh

Pilihan 3 (Naik Flight dari Senai Turun di Kota Bharu)
Bagi yang ingin menaiki flight, ini adalah cara yang boleh anda ikut untuk ke Pulau Perhentian.

Dari JB Sentral, anda boleh menaiki airport shuttle bus menuju ke Senai Airport. Masa dijangka selama 40-45 min. Harga tiket adalah RM8. Boleh semak harga terkini dan masa perjalanan di web Causewaylink

Ataupun minta mak bapak adik beradik korang hantarkan lagi jimat. 😛

Setibanya di Senai Airport (JHB), anda perlu menaiki flight menuju ke Sultan Ismail Petra Airport (KBR). Harga tiket dan masa perjalanan boleh disemak di  website FireFlyz

Seterusnya, dari Airport Kota Bharu, anda boleh menaiki van ke Jeti Kuala Besut. Perlu diingatkan bahawa van ke jeti hanya ada 3 trip sehari.

Jadi, anda perlu merancang perjalanan anda dengan bijak supaya anda tiba tepat pada waktunya. Tempahan van dan masa perjalanan boleh disemak di https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Kemudian, anda perlu menaiki feri dari jeti ke Pulau Perhentian yang mengambil masa selama 40 minit. Harga tiket dan jadual feri boleh disemak melalui https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Boleh rujuk gambar rajah di bawah:

Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru Naik Flight Turun di Airport KBR

2. Cara ke Pulau Perhentian dari Skudai

Ini pula cara-cara ke Pulau Perhentian jika anda menetap di Skudai dan Kawasan sekitarnya. Bagi pelajar UTM yang berhasrat ke Pulau Perhentian, anda boleh jadikan cara ini sebagai panduan.

Pilihan 1 (Naik Flight Turun di Kota Bharu)
Perlu diingatkan cara ini agak memakan kos tinggi kerana pengangkutan utama ialah kapal terbang.

Dari bandar Skudai, anda boleh menaiki teksi/grab ke Senai Airport (JHB) yang mengambil masa lebih kurang 12 minit sahaja.

Setelah tiba di airport, anda perlu menaiki kapal terbang ke Kota Bharu Airport (KBR).

Seterusnya, dari Airport Kota Bharu, anda boleh menaiki van ke Jeti Kuala Besut. Perlu diingatkan bahawa van ke jeti hanya ada 3 trip sehari.

Jadi, anda perlu merancang perjalanan anda dengan bijak supaya anda tiba tepat pada waktunya. Tempahan van dan masa perjalanan boleh disemak di https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Kemudian, anda perlu menaiki feri dari jeti ke Pulau Perhentian yang mengambil masa selama 40 minit. Harga tiket dan jadual feri boleh disemak melalui https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Cara ke Pulau Perhentian dari Skudai Naik Flight Turun di Airport KBR

Pilihan 2 (Naik Bas di Larkin)
Pilihan ini sama juga dengan cara di atas, dari Stesen Bas Larkin ke Kuala Terengganu / Kuala Besut. Klik naik ke atas 😛

3. Cara ke Pulau Perhentian dari Batu Pahat

Jika anda merupakan pelajar UTHM, anda boleh jadikan cara ini sebagai panduan untuk ke Pulau Perhentian.

Pilihan 1 (Naik Bas)
Dari UTHM atau orang sekitar Batu Pahat, anda boleh menaiki teksi/grab ke Bandar Parit Raja.  Dari sana, anda perlu menaiki bas ke Ayer Hitam yang mengambil masa selama 20 minit.

Dari Ayer Hitam, anda boleh menaiki bas ke TBS Kuala Lumpur. Harga dan jadual bas boleh semak online di  https://www.busonlineticket.com/

Dari TBS, anda perlu sekali lagi menaiki bas ke stesen bas Kuala Besut selama 8 jam.

Kemudian, seperti biasa anda perlu menaiki feri dari jeti ke Pulau Perhentian yang mengambil masa selama 40 minit.

Harga tiket dan jadual feri boleh disemak melalui website https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules. Boleh tempah online terus. Lagi murah.

Cara ke Pulau Perhentian dari UTHM Naik Bas

Pilihan 2 (Naik Flight)

Dari UTHM, anda perlu ke Terminal Yong Peng yang mengambil masa dalam 25 minit.

Dari Terminal Yong Peng, anda perlu menaiki bas ke KLIA1 / KLIA2 dan menaiki kapal terbang dari KUL ke KBR (Airport Sultan Ismail Petra).

Harga tiket kapal terbang bergantung atas masa dan hari yang anda ingin pergi. Boleh semak di AirAsia, Malaysia Airlines, atau Malindo untuk tiket yang murah.

Kemudian, dari KBR, anda perlu menaiki perkhidmatan van yang telah disediakan ke Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Perlu diingatkan bahawa shuttle van dari airport KBR ke Kuala Besut hanya ada 3 trip sehari. Jadi, rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin supaya tepat pada masa. Harga tiket adalah RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak.

Setibanya di Kuala Besut, anda boleh menaiki feri ke Pulau Perhentian yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Berikut merupakan tambang feri pergi balik dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian.

Tiket boleh dibeli dari Seven Seas Transportation Services;
https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Cara ke Pulau Perhentian dari UTHM Naik Flight

4. Cara ke Pulau Perhentian dari Segamat

Jika anda merupakan pelajar UiTM Segamat atau orang sekitar Segamat, anda boleh jadikan cara ini sebagai panduan untuk ke Pulau Perhentian.

Satu Pilihan Sahaja Kami Share, Dengan Flight

Dari KM12 menuju ke lapangan terbang Melaka mengambil masa dalam 1 jam 10 minit.

Kemudian anda perlu menaiki kapal terbang menuju ke Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu (KBR). Boleh semak jadual dan tambang tiket kapal terbang di sini: FireFlyz

Kemudian, dari KBR, anda perlu menaiki perkhidmatan van yang telah disediakan ke Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Perlu diingatkan bahawa bas dari airport KBR ke Kuala Besut hanya ada 3 trip sehari. Jadi, rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin supaya tepat pada masa. Harga tiket adalah RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak.

Setibanya di Kuala Besut, anda boleh menaiki feri ke Pulau Perhentian yang mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Berikut merupakan tambang feri pergi balik dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Tiket boleh dibeli dari Seven Seas Transportation Services;
https://www.besutjetty.com/fares-and-schedules

Cara ke Pulau Perhentian dari UiTM Segamat Naik Flight

Sekian sahaja perkongsian kami untuk anda semua!

Artikel Berkenaan Pulau Perhentian

Pakej Murah Pulau Perhentian
Senarai Resort di Pulau Perhentian Kecil
Senarai Resort di Pulau Perhentian Besar
Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian
Trip Bajet ke Pulau Perhentian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *