Menikmati Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter

Menikmati panorama Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter adalah bukan sesuatu yang baru lagi. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Sekarang, anda, rakan-rakan ataupun keluarga anda sebenarnya boleh menyewa sebuah helikopter bagi menikmati panorama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Bukan sahaja dibawa dekat ke Menara Berkembar Petronas (KLCC), malah dengan menaiki helikopter ini, akan memberi anda pandangan holistik (iaitu pandangan mata burung). Semua boleh tengok, burunglah katakan.

Melihat Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter
Sumber Foto: blog.malaysia-asia.com
Harga untuk Menikmati Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter
  • RM 885 Seorang (Diambil pada 21 Mac 2016. Tertaluk kepada perubahan)
  • 30 Minit pengembaraan. Perjalanan bermula Ampang – Bukit Antarabangsa – Taman Melawati – Gombak – Batu Caves – Kepong – Segambut – Bukit Tunku – Bukit Lanjan dan pusingan balik)
  • Minimum 4 orang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari marimari.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *