Untuk anda yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, bolehlah download Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan dalam artikel ini. Hanya rekod menggunakan Microsoft Excel sahaja. Simple dan mudah. Baca Selanjutnya » “Contoh Pengurusan Kewangan Perniagaan Guna Excel”
Category: Info
Pengalaman Main Water Rafting di Gopeng, Perak
Gopeng memang terkenal dengan aktiviti Water Rafting. Kalau baca pengalaman orang, hari ini juga nak pergi.
Min belum pernah lagi main water rafting. Tapi tak mengapa kita kongsi dulu pengalaman orang lain dekat blog ini. Mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk min dan korang juga.
Jom baca perkongsian dan pengalaman saudari Husna ini.
Mereka pergi main Water Rafting di Gopeng pada musim Covid19 iaitu tahun 2020. Kalau korang datang dari masa hadapan, korang patut cari apa itu Covid19 🙂
Ok jom baca pengalaman mereka.
Pengalaman Main Water Rafting di Gopeng Perak
Plan nak pergi water rafting ni, dah lama sebenarnya kami rancang tapi belum sempat. Jadi musim-musim COVID-19 ni, tak tau nak pergi mana, tanpa segan silu kami bincang dan terus pergi ke Gopeng.
Tak mengapa, kali ini kita explore tempat-tempat percutian dalam Malaysia sahaja untuk support ekonomi negara kita.
Info Gopeng Glamping Park
Gopeng Glamping Park adalah tempat percutian santai yang paling best dan sesuai untuk orang yang suka nature dan ingin jauh dari kesibukan bandar.
Tempat ini sangat sesuai untuk family gathering, family day, team building dan lain lain lagi. Hospitaliti yang disediakan juga sangat selesa, staff pun friendly, environment sangat menyamankan. Terbaik!
Ada pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya white water rafting, teroka gua, paintball, river tubing, jungle trekking dan lain lain lagi (boleh rujuk gambar).
Senarai aktiviti dan harga ( Harga ini adalah pada tahun Sep 2020 ) untuk maklumat harga terkini boleh rujuk di website mereka. Website: GGP
Kalau diikutkan, 3 hari 2 malam tak mencukupi untuk explore semua aktiviti dekat Gopeng.
Hari Pertama
Untuk hari pertama, kami checkin lewat petang sebab ronda ronda di Ipoh dulu. Semasa checkin, staff akan briefing serba sedikit tentang Gopeng Glamping Park (GGP).
Sebelum terlupa, kami beli voucher GGP dari Shoppe, dapat harga promo RM256 untuk 1 tent, muat untuk 4 orang. Lepas beli voucher baru lah boleh lock date.
Hari Kedua –Â Water Rafting
Sepanjang berada di GGP, kami decide untuk pilih satu aktiviti sahaja. Untuk hari kedua, kami isi masa kami dengan aktiviti white water rafting.
Aktiviti water rafting ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dalam air dan 2 jam untuk perjalanan ke drop point. Sebelum rafting, guide akan briefing dan praktis dulu.
Harga Water Rafting Gopeng: RM130/pax, min 4 Pax
Okay jom layan gambar gambar rafting. Gambar diambil oleh seorang lagi guide yang standby incase kalau ada emergency masa dalam air.
Hari Ketiga di GGP
Untuk hari terakhir, just santai santai sebelum checkout. Kami decide untuk kayuh basikal ke Gua Tempurung. Lebih kurang 3km dari GGP.
Sebenarnya ada jugak disediakan pakej untuk caving exploration, tapi mahal dan agak challenging. So kami just buat exploration sendiri hehehe. Jimat.
End of our trip. Checkout at 12pm. REPEAT? Of course YES !! Nak try aktiviti lain pulak.
HIGHLY RECOMMENDED !
Pergi Pulau Redang Pada Musim Tengkujuh
Kebiasaannya, kebanyakan pulau sebelah pantai timur akan tutup sepanjang musim tengkujuh. Namun begitu, ada beberapa resort yang beroperasi pada musim tengkujuh.
Resort di Pulau Redang Yang Beroperasi Pada Musim Tengkujuh
Antara resort yang buka pada musim tengkujuh adalah The Taaras Resort. Korang boleh buat tempahan di booking.com. The Taaras Resort
Bot ke Pulau Redang Pada Musim Tengkujuh
Untuk servis bot ke Pulau Redang pada musim tengkujuh korang boleh guna servis Merang Waterfront Jetty oleh Vigourmarine.
Pada musim tengkujuh, ombak tidak menentu. Jadi, hanya bot besar sahaja yang boleh pergi ke sana.
Biasanya, mereka akan guna bot yang muat 30 orang. Harga RM650 sehala. Boleh tempah di website mereka. Merang Waterfront Jetty
Book NowBerbaloi kalau pergi ramai.
Aktiviti di Pulau Redang Pada Musim Tengkujuh
Aktiviti snorkeling boleh jika keadaan ombak tidak kuat. Boleh ambil pakej snorkeling di sana nanti.
Lain-Lain Artikel
Kalkulator Kira DSR
DSR adalah ringkasan kepada Debt Service Ratio, iaitu peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan.
Sebelum buat pinjaman, adalah penting untuk anda mengira DSR. DSR bawah 50% terbaik untuk memastikan pinjaman anda akan diluluskan.
Formula dia mudah sahaja, jumlah hutang bahagi pendapatan dan darab dengan 100. Dapatlah DSR.
Anda boleh guna Kalkulator ini untuk mengira DSR. Masuk data dan kira sahaja. Mudah.
Cara ke Pulau Perhentian dari Johor
Untuk anda yang sedang mencari Cara ke Pulau Perhentian dari Johor, mungkin artikel ini dapat membantu anda. Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah. Asalkan membantu 🙂
Untuk pengetahuan, artikel ini kami fokuskan beberapa tempat di negeri Johor sahaja. Contohnya, Cara ke Pulau Perhentian dari Johor Bahru (Larkin), Skudai, Batu Pahat dan juga Segamat. Baca Selanjutnya » “Cara ke Pulau Perhentian dari Johor”
Pengalaman Naik Grab di Langkawi
14 Dis 2019 – Perkhidmatan e-Hailing sudah enjadi trend sekarang. Antara e-Hailing popular di Malaysia adalah Grab dan juga MyCar. Baca Selanjutnya » “Pengalaman Naik Grab di Langkawi”
Tahun Melawat Malaysia 2020
Tahun Melawat Malaysia 2020 | KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM 1.1 bilion untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) ke arah usaha menjenamakan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan, dengan sasaran 30 juta pelancong. (MStar) Baca Selanjutnya » “Tahun Melawat Malaysia 2020”
Sewa Kereta kat Sabah (K.Kinabalu – Kundasang)
Sewa Kereta Sabah | Kalau bercuti ke Sabah, semestinya kereta amat diperlukan untuk kemudahan perjalanan di sana nanti.
Banyak tawaran Sewa Kereta kat sabah; Dari kereta Axia, Myvi, Saga FLX, Toyata Innova, sehinggalah sebesar-besar bas.
Boleh baca artikel ini untuk membuat tempahan sama ada secara online ataupun offline (whatsapp/call).
Baca Selanjutnya » “Sewa Kereta kat Sabah (K.Kinabalu – Kundasang)”
Sewa Kenderaan Mewah di Kota Kinabalu
Jika anda mahu Sewa Kenderaan Mewah di Kota Kinabalu, anda boleh berbuat demikian dengan menhubungi syarikat pelancongan di Sabah iaitu Daeng Travel & Tours Sdn Bhd. Baca Selanjutnya » “Sewa Kenderaan Mewah di Kota Kinabalu”
Tips Melancong Ke Sabah – dan Ke Kundasang
Tips Melancong Ke Sabah | Sabah memang terkenal dengan tarikan tersendirinya, dan jumlah pelancong setiap tahun memang ramai tidak kiralah dari Malaysia ataupun luar.
Melancong ke Sabah ini bukanlah susah, tetapi memerlukan ilmu bagi melancarkan perjalanan anda di sana nanti. Atau dengan kata lain rancang percutian anda dengan ilmu bukan dengan main terjah jer pergi sana. Baca Selanjutnya » “Tips Melancong Ke Sabah – dan Ke Kundasang”
8 Senarai Resort di Pulau Mabul
Senarai Resort di Pulau Mabul | Pulau Mabul terletak di Sabah pada asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kini amat popular dengan keindahan semulajadi.
Pulau ini sangat sesuai bagi mereka yang mengemari aktiviti bergambar, berkayak, snorkeling dan diving. Baca Selanjutnya » “8 Senarai Resort di Pulau Mabul”
Senarai Resort di Pulau Lang Tengah
Senarai Resort di Pulau Lang Tengah | Pulau Lang Tengah merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu. Pulau ini terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Baca Selanjutnya » “Senarai Resort di Pulau Lang Tengah”
12 Senarai Resort di Pulau Tioman
Senarai Resort di Pulau Tioman | Pulau Tioman terletak di negeri Pahang dan merupakan tarikan utama pelancong yang mengunjungi Pahang. Baca Selanjutnya » “12 Senarai Resort di Pulau Tioman”
Tempat Menarik di Sabah – Kota Kinabalu & Kundasang
Tempat Menarik di Sabah | Rasanya tak perlu cerita panjang. Sudah tentu kalau pergi bercuti ke Sabah, lokasi utama adalah Kota Kinabalu dan juga sekitar Kundasang. Baca Selanjutnya » “Tempat Menarik di Sabah – Kota Kinabalu & Kundasang”