5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah

Cara Pos Motosikal | Kebiasaanya, pelajar universiti adalah yang paling ramai  menggunakan servis penghantaran motosikal ke kolej-kolej mereka.

Selain pelajar, tidak lupa perantau yang mencari rezeki di KL dan Selangor, juga turut menggunakan khidmat penghataran motor ini.

Ada hantar pulang ke kampung dan ada juga hantar motor ke KL. Tak kisah la, apa yang penting kos penghantaran yang murah adalah yang paling utama. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, kami bandingkan harga servis penghantaran motosikal yang ditawarkan oleh kurier.

[ Kemaskini: 04/07/2023 ]

Semenanjung (5 Cara Pos) – Klik di Sini
Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY – Klik Di Sini

pos motor murah

Sebelum tu, jom lihat apa maklumat yang diperlukan untuk proses pos motor ni.

Maklumat Penting Bagi Proses Penghantaran Motosikal

  • Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
  • Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
  • Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tanki minyak tidak penuh.
  • Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa mengantar motorsikal di kaunter

5 Cara Pos Motosikal dan Harga Pos Motor

1. KTMD – RM 155+

Harga penghantaran mengikut CC motor tu. Harga paling murah RM155. Sampai dalam masa 3-4 hari. Maklumat harga yang sebenar mengikut destinasi, anda boleh layari: http://www.ktmd.com.my atau hubungi di talian ini: 1800-22-5863

2. POSLAJU – RM 195+

Jika pos motor guna poslaju, agak panjang sedikit ceritanya, semoga bermanfaat.

Anda boleh pergi ke kaunter and mintak borang nak pos motosikal. Dua borang akan diberi, Satu borang macam biasa yang pos barang tu. Satu lagi borang untuk check keadaan motosikal sebelum dihantar ada kerosakan atau tak.

Lepas isi kedua-dua borang tu, anda perlu beratur balik kat kaunter dan buat bayaran yang dikehendaki mengikut destinasi penghantaran. Kadang-kadang pos laju akan buat promosi untuk student, kena selalu alert la.

[Kemaskini 01 Jul 2023] Senarai harga pos motosikal di POSLAJU

Harga semasa boleh rujuk di website PosLaju

Dah bayar, bawa motor korang ke garaj untuk buka side mirror, no. plat then balut. Selesai semua benda tu, tinggal motosikal kat situ dan pos laju akan uruskan. Bila moto tu dah sampai ke destinasi, pos laju akan menghubungi anda untuk tuntut di pejabat pos berdekatan.

3. Skynet – RM 250+

Harga pos motor guna Skynet adalah lebih kurang RM 200. Untuk kepastian harga mengikut destinasi, boleh terus hubungi nombor ini: 035122 3369

4. GDEx – RM 250+

Agak Mahal sedikit servis menggunakkan GDEx. Harga RM250 ini adalah untuk 150 CC ke bawah. Harga berbeza mengikut CC. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-7787 2222.

5. Lori / 4×4 – Bermula RM 200+ – Paling Mudah (Door-to-Door)

pos motor

Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service la kiranya. Kalau guna servis  Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.

Banyak syarikat / kenderaan persendirian yang menawarkan servis penghantaran motor menggunakan 4×4 atau lori, antaranya, syarikat AILC Enterprise. +6017-4273357

Dengan AILC, anda boleh menghantar motosikal ke seluruh destinasi di semenanjung Malaysia, contohnya Selangor – Terengganu, Pos motor dari kelantan ke KL, dan banyak lagi.

Untuk whatsapp, anda boleh klik button di bawah tanpa perlu menyimpan sebagai contact. Lebih mudah dan cepat.

WHATSAPP 4x4

Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY

Pihak AILC baru sahaja menyediakan website untuk anda membuat tempahan pos motor secara online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pos Motor Guna 4×4

Ini bermaksud, anda boleh terus menyemak senarai harga pos motor. Lebih mudah dan cepat.

Nama website yang digunakan oleh pihak AILC adalah: www.posmotor.my. Anda boleh layari website tersebut untuk membuat semakan harga.

SEMAK HARGA

Pada mulanya, syarikat AILC hanya fokus untuk destinasi Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan kini ada beberapa negeri lain.

Kesemua perjalanan penghantaran adalah berpusat dari/ke KL & Selangor.

Menarik Tentang PosMotor.MY

  • Door-to-Door Servis
  • Pilihan tarikh dan masa anda, jika tiada kekosongan, tarikh baharu akan ditetapkan.
SEMAK HARGA

Jika anda lebih suka whatsapp, anda boleh terus hubungi dengan copy text di bawah dan hantar ke whatsapp.

Tarikh:
Jumlah Motosikal:
Lokasi Ambil:
Lokasi Hantar:
WHATSAPP 4x4

Artikel Lain:

Ke Sabah jom!
Kereta Sewa Langkawi
Kedai Makan Hipster Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

152 Komen di “5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah”

  1. Tumpang bertanya, saya nak hantar motor dari kuala terengganu ke USM, Pulau Pinang. Ada cara? Berapa charge perkhidmatan?
    Saya nak yang selamat dan cepat.
    Tawaran Posto sangat menarik sebab door-to-door, tapi ini kali pertama saya dengar syarikat perkhidmatan ini.
    Terima kasih

    1. Salam, ada 2 cara paling cepat.

      1. Guna Posto.MY. tengah promosi lagi. Klik di sini: Posto.MY
      2. Guna PosMotor.MY untuk 4×4, lebih cepat.

      Lain-lain boleh juga, pilihan ditangan anda.

    1. Untuk pengetahuan, kami di Pakej.MY hanya menyediakan informasi sahaja.

      Bagi mendapatkan harga cik boleh semak dengan syarikat yang disenaraikan diatas. Nak cepat ambil 4×4, boleh set masa – wasap di sini https://wasap.pakej.my/posmotosikal

      Kalau nak guna PosTo.MY RM219 flat rate. hantar dalam masa seminggu.

    1. wslm,
      Nak mudah, guna servis POS Malaysia.

      Cara lain, tuan pos guna Posto.MY -> Jeti Kuala Perlis
      lepas tu, di Jeti Kuala Perlis, tuan pos sendiri guna langkawiroro.com.

  2. Assalam/selamat ptg…sedikit pertanyaan….klu sy mau pos basikal mgunakan pos laju,gdex atau lain2 dari sabah ke kuala lumpur …..hanya basikal tiada enjin dan gran…mcm mne ye??….adakah syarikat pos laju ade perkhimatan membalut/packing barang2 yg besar contoh nye basikal????