5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah
Cara Pos Motosikal | Kebiasaanya, pelajar universiti adalah yang paling ramai menggunakan servis penghantaran motosikal ke kolej-kolej mereka.
Selain pelajar, tidak lupa perantau yang mencari rezeki di KL dan Selangor, juga turut menggunakan khidmat penghataran motor ini.
Ada hantar pulang ke kampung dan ada juga hantar motor ke KL. Tak kisah la, apa yang penting kos penghantaran yang murah adalah yang paling utama. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, kami bandingkan harga servis penghantaran motosikal yang ditawarkan oleh kurier.
[ Kemaskini: 04/07/2023 ]
Semenanjung (5 Cara Pos) – Klik di Sini
Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY – Klik Di Sini
Sebelum tu, jom lihat apa maklumat yang diperlukan untuk proses pos motor ni.
Maklumat Penting Bagi Proses Penghantaran Motosikal
- Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
- Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
- Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tanki minyak tidak penuh.
- Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa mengantar motorsikal di kaunter
5 Cara Pos Motosikal dan Harga Pos Motor
1. KTMD – RM 155+
Harga penghantaran mengikut CC motor tu. Harga paling murah RM155. Sampai dalam masa 3-4 hari. Maklumat harga yang sebenar mengikut destinasi, anda boleh layari: http://www.ktmd.com.my atau hubungi di talian ini: 1800-22-5863
2. POSLAJU – RM 195+
Jika pos motor guna poslaju, agak panjang sedikit ceritanya, semoga bermanfaat.
Anda boleh pergi ke kaunter and mintak borang nak pos motosikal. Dua borang akan diberi, Satu borang macam biasa yang pos barang tu. Satu lagi borang untuk check keadaan motosikal sebelum dihantar ada kerosakan atau tak.
Lepas isi kedua-dua borang tu, anda perlu beratur balik kat kaunter dan buat bayaran yang dikehendaki mengikut destinasi penghantaran. Kadang-kadang pos laju akan buat promosi untuk student, kena selalu alert la.
[Kemaskini 01 Jul 2023] Senarai harga pos motosikal di POSLAJU
Harga semasa boleh rujuk di website PosLaju
Dah bayar, bawa motor korang ke garaj untuk buka side mirror, no. plat then balut. Selesai semua benda tu, tinggal motosikal kat situ dan pos laju akan uruskan. Bila moto tu dah sampai ke destinasi, pos laju akan menghubungi anda untuk tuntut di pejabat pos berdekatan.
3. Skynet – RM 250+
Harga pos motor guna Skynet adalah lebih kurang RM 200. Untuk kepastian harga mengikut destinasi, boleh terus hubungi nombor ini: 035122 3369
4. GDEx – RM 250+
Agak Mahal sedikit servis menggunakkan GDEx. Harga RM250 ini adalah untuk 150 CC ke bawah. Harga berbeza mengikut CC. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-7787 2222.
5. Lori / 4×4 – Bermula RM 200+ – Paling Mudah (Door-to-Door)
Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service la kiranya. Kalau guna servis Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.
Banyak syarikat / kenderaan persendirian yang menawarkan servis penghantaran motor menggunakan 4×4 atau lori, antaranya, syarikat AILC Enterprise. +6017-4273357
Dengan AILC, anda boleh menghantar motosikal ke seluruh destinasi di semenanjung Malaysia, contohnya Selangor – Terengganu, Pos motor dari kelantan ke KL, dan banyak lagi.
Untuk whatsapp, anda boleh klik button di bawah tanpa perlu menyimpan sebagai contact. Lebih mudah dan cepat.
WHATSAPP 4x4 Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY
Pihak AILC baru sahaja menyediakan website untuk anda membuat tempahan pos motor secara online.
ARTIKEL BERKAITAN: Pos Motor Guna 4×4
Ini bermaksud, anda boleh terus menyemak senarai harga pos motor. Lebih mudah dan cepat.
Nama website yang digunakan oleh pihak AILC adalah: www.posmotor.my. Anda boleh layari website tersebut untuk membuat semakan harga.
SEMAK HARGAPada mulanya, syarikat AILC hanya fokus untuk destinasi Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan kini ada beberapa negeri lain.
Kesemua perjalanan penghantaran adalah berpusat dari/ke KL & Selangor.
Menarik Tentang PosMotor.MY
- Door-to-Door Servis
- Pilihan tarikh dan masa anda, jika tiada kekosongan, tarikh baharu akan ditetapkan.
Jika anda lebih suka whatsapp, anda boleh terus hubungi dengan copy text di bawah dan hantar ke whatsapp.
Tarikh: Jumlah Motosikal: Lokasi Ambil: Lokasi Hantar: |
Artikel Lain:
Ke Sabah jom!
Kereta Sewa Langkawi
Kedai Makan Hipster Shah Alam
salam… kalau motor masih dalam loan..boleh bawa balik sabah sarawak tak
wslm, boleh.
Untuk proses penghantaran boleh hubungi di wasap ini: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak
? Prosedur dokumen yg diperlukan utk booking penghantaran.
1⃣? Salinan ic pemilik (depan + belakang)
2⃣? Salinan geran (depan + belakang)
3⃣? Salinan surat pelepasan bank/kreditor sekiranya masih loan
Terima kasih
Assalamualaikum . Kalau nak post moto dari Jengka ke Johor berapa ye ?
Wslm,
Boleh guna Posto.MY, Harga kadar rata RM219
Assalamualaikum.. Thanks admin for the info..
Nak tanya.. Ada tak perkhidmatan pos motor door to door dari Bangi ke Kuala Kurau Perak?Harga pos untuk motor 150cc berapa ye?
wslm, boleh cuba tanya 4×4. wasap sini https://wasap.pakej.my/posmotosikal
Salam….saya nak tanya…untuk pos moto dari seremban ke kuching (sarawak) ada tak?? Berapa untun anggaran pos tu…
Wslm, ada. boleh tanya di wasap ini: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak
biasa RM 850 dan ke atas, ikut jenis kenderaan. Apa-apa pun cik boleh wasap mereka dulu
Ipoh (pengkalan) ke Muar 115cc sebuah berapa kosnya
Nak pakai servis mana tu? kalau Posto.MY RM219 kadar rata.
Lain-lain saya kurang pasti, kena call tanya nombor di atas. pilih yang mana berkenan.
RM250 sbab promosi dh habis
Masih ada proses penghantaran m/sikal dari KUCHING ke KOTA KINABALU????
Saya tak pasti. Boleh call tanya nombor di atas. Pos Laju ke
Ada tak pos machang,kelantan ke Arau, Perlis?
Ada. nak cepat boleh guna 4×4. Boleh cuba tanya di wasap ni: https://wasap.pakej.my/posmotosikal
kalau saya nak bawak kereta saya dari langkawi ke johor bahru macam mana…ada sesiapa yang boleh membantu saya bagi idea atau jalan.
Boleh rujuk artikel ini: https://blog.pakej.my/info/cara-bawa-kereta-ke-langkawi/
Kalau nak guna khidmat 4×4 hantar 1 moto je ke seri iskandar perak, berapa eh charge?
Dalam anggaran RM300-RM400
Utk harga tepat, cik tanya pihak posmotor 4×4.
https://wasap.pakej.my/posmotosikal
Kalau sekarang 2018 berapa charge hantar dari sarawak ke sabah? Anyone can answer me?
Assalamu’alaikum..nak tanya..pos motor 135cc dari temerloh ke kangar perlis RM berapa ya?
Wassalam, cik boleh pilih senarai di atas, dan call tanya. Kami share sahaja. Harga minimum telah diletakan untuk rujukan.
kalau cik nak cepat, boleh guna servis 4×4. Door-to-door service. Wasap tanya di sini https://wasap.pakej.my/posmotor
Salam. Nak tanya. Kalau geran masih atas pemilik lama (tak tukar nama), masih boleh ke pos dari kl ke sabah?
wslm, cik boleh berhubung dengan pihak kgtrans secara terus. Maklumat lebih tepat dan cepat.
wasap di sini: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak