Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2024

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian | Pulau Perhentian boleh dikatakan antara pulau tercantik di Terengganu. Percutian ke sini memerlukan plan yang awal, kalau lambat, penuhlah jawabnya.

Plan yang paling utama selain tiket bot adalah penginapan anda di sana nanti. Hari minggu yang paling cepat penuh. Nak pergi hari minggu kena cepat-cepat tempah penginapan.

Untuk melihat hotel @ resort yang awesome di Pulau Perhentian, anda boleh lihat di artikel berikut:

  1. Senarai Resort di Pulau Perhentian Kecil
  2. Senarai Resort di Pulau Perhentian Besar
  3. Hotel Terbaik di Pulau Perhentian

Dari segi pengangkutan bot untuk ke Pulau Perhentian tiada masalah sangat, anda boleh sahaja walk-in beli di Jeti Kuala Besut.

Namun begitu, bagi kemudahan susunan plan anda, kami kongsikan maklumat harga tiket bot ke Pulau Perhentian. Boleh la bajet-bajet.

harga tiket bot ke pulau perhentian

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2024

Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian

Dewasa: RM 70 pergi balik
Kanak-kanak: RM 40 pergi balik

Waktu Perjalanan Bot

Dari Jeti Kuala Besut: 8 AM, 9, 10, 11, 12 PM, 1, 2, 3, 4, 5PM
Dari Pulau Perhentian: 8 AM, 12 PM, 4PM (3 trip sahaja dari Pulau perhentian)

BOOK ONLINE
Tempah Tiket Bot ke Pulau Perhentian Secara Online Untuk Diskaun Lebih

Website: www.besutjetty.com
Diskaun: 2% untuk tempahan minimum 2 orang, tiket pergi dan balik.

CONTOH: 2 Adult 1 Child (Return Tiket)
Total Adult: 2adult x RM35 x 2return = RM140
Total Child: 1child x RM20 x 2return = RM40

SUB-TOTAL: RM180
2% automatik diskaun: -RM3.60

TOTAL: RM171.40
Anda jimat RM3.60 dengan tempahan secara online ini.

BOOK ONLINE

Tiket boleh beli di kaunter tiket Jeti Kuala Besut. Ataupun anda boleh ambil Pakej Pulau Perhentian dengan Perhentian MJ. Pakej sudah termasuk tiket bot pergi balik.

Masa perjalanan Jeti Kuala Besut dari/ke Jeti Pulau hanyalah mengambil masa diantara 30 minit hingga 1 jam sahaja.

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ini dibuka pada bulan Feb hingga Oktober kerana cuacanya yang hangat hujan sekali sekala. Kebiasaanya, bulan Febuari dibuka bilamana cuaca dalam keadaan baik dan ombak tidak terlalu tinggi dan kuat.

Waktu paling sesuai dan paling ramai dari bulan Mac Hingga Oktober.

Cara ke Pulau Perhentian dari KL

Ada beberapa cara ke Pulau Perhentian dari KL, dengan menggunakan Flight, Bas, Kereta Api atau Kereta Pandu Sendiri.

Jika korang dari Johor, boleh rujuk artikel ini: Cara ke Pulau Perhentian dari Johor

1. Flight / Kapal Terbang

Dengan menaiki pesawat anda disarankan turun di Airport Kota Bharu memandangkan masa perjalanan ke Jeti Besut hanyalah mengambil masa 45 minit hingga 1 jam sahaja.

Cara mudah untuk ke Jeti Kuala Besut dari Airpot Kota Bharu (KBR)

  • Mini Van – RM 25  / pax/way – Boleh tempah online di www.besutjetty.com (pilih land tranfers)
  • Guna Grab. Harga RM 68-70
  • Ambil teksi di dalam Airport. Anggaran harga RM78
  • Teksi diluar Airport. Pandai cakap, boleh dapat murah. Ada yang bagi serendah RM60 satu teksi. JANGAN nego bawah dari RM 60! Dia pun nak cari makan juga. 🙂

Jika dari Airport Kuala Terengganu, mengambil masa 2 Jam lebih untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.

2. Bas

Boleh turun di Stesen Bas Jertih dan ambil teksi.

3. Kereta Api

Boleh turun di Stesen Kereta Api Tanah Merah, Kelantan dan ambil teksi.

AKAN DATANG: Nanti dah siap kereta api laju ECRL, anda boleh turun di Stesen Jertih. Dijangka ECRL siap pada tahun 2026. Kita tunggu 🙂

4. Pandu Kereta Sendiri

Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus parking di Jeti Kuala Besut.

Harga parking di Jeti Kuala Besut: RM 10 Sehari

Jangan lupa singgah di Pantai Penarik untuk makan Ikan / Udang / Ketam / Sotong celup tepung. Murah-murah jer.

Admin suka pergi kedai ni, Hasnik Seri Menanti, antara kedai celup tepung yang terawal dibuka di Penarik. Sekarang ni dah banyak dah. Boleh pilih kedai yang mana korang suka.

Jarak lebih kurang 20 km sahaja dari jalan utama KL – Besut.

Pantai Penarik Celup Tepung

Aktiviti di Pulau Perhentian

Aktiviti utama di Pulau Perhentian adalah snorkeling. Apa yang anda dapat lihat semasa snorkeling di Pulau Perhentian adalah seperti penyu, ikan yu, ikan nemo, dan pelbagai ikan lain & juga batu karang.

Selain snorkeling, anda juga boleh bersantai di persisiran pantai, mandi manda dan boleh hiking ke kincir angin untuk melihat pemandangan yang cantik dan menghirup udara nyaman.

Nak lagi hebat, anda boleh cuba Scuba Diving. Antara tempat menyelam yang popular ialah Tokong Burung, Batu Nisan dan The Sugar Wreck. Boleh rujuk di sini: Scuba Diving

Pakej Bajet Pulau Perhentian

Menarik tentang pakej bajet ini adalah pakej ini sudah termasuk dengan Penginapan, Tiket Bot dan juga snorkeling trip.

Untuk pengetahuan, kalau dah nama pakej bajet ni, penginapan adalah hanya untuk keselesaan tidur sahaja. Apa yang penting, trip snorkeling yang paling utama!

Untuk dapatkan pakej fullboard anda boleh lihat di artikel ini: Senarai Pakej Pulau Perhentian

Lain-lain

Pulau Perhentian VS Pulau Redang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

34 Komen di “Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian 2024”

  1. Boleh sy tau estimated price untuk teksi, grab dan bas dari Airport KT ke jeti kuala besut. Di airport KT ade bas direct ke jeti besut? or kena ambik bas di perhentian bas KT?

    Terima kasih

    1. Dari KT ke Kuala Besut ada bas. Harga Lebih kurang RM15/orang. Perjalanan mengambil masa 2 Jam lebih.

      kalau nak naik flight, lebih baik cik turun di Airport Kota Bharu Kelantan, Lebih dekat.

  2. Lupa pulak nk tanya tentang homestay,ada atau tidak di pulau perhentian…sebab saya dtg dengan jumlah fmly dekat 20org…klu nk ddk resot atau hotel parah..