Pengalaman Main Water Rafting di Gopeng, Perak
Gopeng memang terkenal dengan aktiviti Water Rafting. Kalau baca pengalaman orang, hari ini juga nak pergi.
Min belum pernah lagi main water rafting. Tapi tak mengapa kita kongsi dulu pengalaman orang lain dekat blog ini. Mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk min dan korang juga.
Jom baca perkongsian dan pengalaman saudari Husna ini.
Mereka pergi main Water Rafting di Gopeng pada musim Covid19 iaitu tahun 2020. Kalau korang datang dari masa hadapan, korang patut cari apa itu Covid19 🙂
Ok jom baca pengalaman mereka.
Pengalaman Main Water Rafting di Gopeng Perak
Plan nak pergi water rafting ni, dah lama sebenarnya kami rancang tapi belum sempat. Jadi musim-musim COVID-19 ni, tak tau nak pergi mana, tanpa segan silu kami bincang dan terus pergi ke Gopeng.
Tak mengapa, kali ini kita explore tempat-tempat percutian dalam Malaysia sahaja untuk support ekonomi negara kita.
Info Gopeng Glamping Park
Gopeng Glamping Park adalah tempat percutian santai yang paling best dan sesuai untuk orang yang suka nature dan ingin jauh dari kesibukan bandar.
Tempat ini sangat sesuai untuk family gathering, family day, team building dan lain lain lagi. Hospitaliti yang disediakan juga sangat selesa, staff pun friendly, environment sangat menyamankan. Terbaik!
Ada pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya white water rafting, teroka gua, paintball, river tubing, jungle trekking dan lain lain lagi (boleh rujuk gambar).
Senarai aktiviti dan harga ( Harga ini adalah pada tahun Sep 2020 ) untuk maklumat harga terkini boleh rujuk di website mereka. Website: GGP
Kalau diikutkan, 3 hari 2 malam tak mencukupi untuk explore semua aktiviti dekat Gopeng.
Hari Pertama
Untuk hari pertama, kami checkin lewat petang sebab ronda ronda di Ipoh dulu. Semasa checkin, staff akan briefing serba sedikit tentang Gopeng Glamping Park (GGP).
Sebelum terlupa, kami beli voucher GGP dari Shoppe, dapat harga promo RM256 untuk 1 tent, muat untuk 4 orang. Lepas beli voucher baru lah boleh lock date.
Hari Kedua – Water Rafting
Sepanjang berada di GGP, kami decide untuk pilih satu aktiviti sahaja. Untuk hari kedua, kami isi masa kami dengan aktiviti white water rafting.
Aktiviti water rafting ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dalam air dan 2 jam untuk perjalanan ke drop point. Sebelum rafting, guide akan briefing dan praktis dulu.
Harga Water Rafting Gopeng: RM130/pax, min 4 Pax
Okay jom layan gambar gambar rafting. Gambar diambil oleh seorang lagi guide yang standby incase kalau ada emergency masa dalam air.
Hari Ketiga di GGP
Untuk hari terakhir, just santai santai sebelum checkout. Kami decide untuk kayuh basikal ke Gua Tempurung. Lebih kurang 3km dari GGP.
Sebenarnya ada jugak disediakan pakej untuk caving exploration, tapi mahal dan agak challenging. So kami just buat exploration sendiri hehehe. Jimat.
End of our trip. Checkout at 12pm. REPEAT? Of course YES !! Nak try aktiviti lain pulak.
HIGHLY RECOMMENDED !