Bukit Broga Semenyih, Selangor
Bukit Broga Semenyih, juga dikenali sebagai ‘Bukit Lalang’ selepas banyak spesis rumput lalang yang tumbuh di bukit ini, pada ketinggian 400 meter dari paras laut dan hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur (KL) untuk sampai ke kaki Bukit Broga ini, menjadikan Bukit Broga tempat riadah dihujung minggu.
Lokasi Bukit Broga Semenyih
Semenyih, Selangor, Malaysia
Selangor, Malaysia
Apa yang perlu dibawa?
Makanan ringan dan air mineral. Pakai kasut semestinya! untuk keselesaan semasa pendakian.
Solat subuh kat mana?
Bukit Broga ini amat berdekatan dengan University of Nottingham. Mana-mana pendaki yang datang awal pagi sebelum subuh, boleh singgah solat subuh diĀ universiti ini. Sila minta kebenaran dengan penjaga pintu masuk.
Tempat Letak Kereta Bukit Broga
Boleh letak kereta di kaki bukit tanpa was-was kerana ada orang jaga. Untuk parking ni, anda akan dikenakan caj sebanyak RM2 per entry.
Pendakian ke Puncak Bukit Broga
Kebiasaannya, pendaki Bukit Broga ini datang untuk beriadah di hujung minggu dan ada juga untuk melihat keindahan matahari terbit yang sangat mengujakan. Cantik! Nak lihat matahari terbit, anda perlu mula mendaki seawal 6.15 pagi. Pendakian mengambil masa 30-45 minit, mengikut kekuatan mental fizikal anda. Tak perlu fizikal kuat sangat, budak-budak pon boleh daki sini. Kah.
Setelah 30 minit pendakian, sampai di puncak dengan jayanya. Rileks dan makan-makan dan minum-minum sekejap. Dan yang paling penting bergambar! Broga sunrise.
Bagi yang nak lebih adventure, boleh sambung pendakian ke Gunung Tok Wan, pendakiannya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sediakan air yang secukupnya untuk pendakian ke Gunung Tok Wan ni, kerana tiada punca air di sana.
Kesimpulan
Jom Broga Jom!