Masuk Percuma ke Menara KL Sehingga 31 Julai 2020

4 Jul 2020 – Menara Kuala Lumpur akan mengadakan kempen “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula kepada para pengunjung.

Masuk Percuma ke Menara KL

Tiket masuk PERCUMA ini adalah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) dimana harga asal adalah RM30. Promosi percuma ini bermula dari 1 – 31 Julai 2020.

Jom makan angin di Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur!

Jumpa anda sekeluarga di Menara Kuala Lumpur! 👋🏻😄
p/s : Saksikan pelancaran kempen ini secara langsung di Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) pada 4 Julai 2020 jam 11.30 pagi.

WE ARE FREE / Masuk Percuma Terma & syarat :-

  1. Promosi ditawarkan kepada semua dan sah bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020 untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur.
  2. Lawatan ke Menara Kuala Lumpur tertakluk kepada “Siapa Cepat Dia Dapat” dan kapasiti menara.
  3. Semua pelawat perlulah mengikut SOP KKM dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Kuala Lumpur.
  4. Semua pelawat ditawarkan POTONGAN tiket 50% sekiranya melawat ke Sky Deck, sah sehingga tawaran berakhir.
  5. Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *