Menikmati panorama Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter adalah bukan sesuatu yang baru lagi. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Sekarang, anda, rakan-rakan ataupun keluarga anda sebenarnya boleh menyewa sebuah helikopter bagi menikmati panorama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Baca Selanjutnya » “Menikmati Panorama Kuala Lumpur dengan Menaiki Helikopter”
Category: Aktiviti
JumpStreet Trampoline Parks, Petaling Jaya
JumpStreet Trampolin Parks adalah tempat permainan baru terletak di Petaling Jaya. JumpStreet ini sangat menakjubkan dengan beratus tempat melompat dari lantai ke dinding, khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Tiada masalah jika anda tidak pernah melompat ke atas trampolin sebelum ini, kerana anda boleh mencubanya tanpa ragu-ragu. Untuk mencuba permainan ini, anda boleh pergi ke JumpStreet Trampoline Parks yang terbesar di Asia. Baca Selanjutnya » “JumpStreet Trampoline Parks, Petaling Jaya”
Flyboard, Putrajaya
Terbang di atas air seperti superhero tidak lagi fantasi. Terima kasih kepada Flyboard Malaysia yang beroperasi di Marina Putrajaya. Flyboard Malaysia ini akan memastikan keseronokan dengan melakukan aktiviti lasak ini. Sebelum anda mengendalikan dan terbang dengan gaya bebas, pakar terlebih dahulu akan memberi tunjuk ajar cara mengendalikannya bagi membiasakan diri. Baca Selanjutnya » “Flyboard, Putrajaya”
ATV Adventure Kemensah – Patut Cuba!
ATV Adventure, Kemensah adalah satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota yang terletak di Kg. Kemasah. Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu. Baca Selanjutnya » “ATV Adventure Kemensah – Patut Cuba!”
Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang
Paragliding mulai popular di Malaysia, boleh dikatakan aktiviti yang patut dicuba oleh setiap orang. Apa itu paragliding sebenarnya, mesti tertanya-tanya. Bagi yang belum mengetahui, paragliding bermaksud sejenis sukan di mana seseorang itu meluncur menggunakan payung terjun lebar setelah melompat dari satu ketinggian atau ditarik pada ketinggian tertentu. Baca Selanjutnya » “Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang”