5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah

Cara Pos Motosikal | Kebiasaanya, pelajar universiti adalah yang paling ramai  menggunakan servis penghantaran motosikal ke kolej-kolej mereka.

Selain pelajar, tidak lupa perantau yang mencari rezeki di KL dan Selangor, juga turut menggunakan khidmat penghataran motor ini.

Ada hantar pulang ke kampung dan ada juga hantar motor ke KL. Tak kisah la, apa yang penting kos penghantaran yang murah adalah yang paling utama. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, kami bandingkan harga servis penghantaran motosikal yang ditawarkan oleh kurier.

[ Kemaskini: 04/07/2023 ]

Semenanjung (5 Cara Pos) – Klik di Sini
Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY – Klik Di Sini

pos motor murah

Sebelum tu, jom lihat apa maklumat yang diperlukan untuk proses pos motor ni.

Maklumat Penting Bagi Proses Penghantaran Motosikal

  • Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
  • Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
  • Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tanki minyak tidak penuh.
  • Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa mengantar motorsikal di kaunter

5 Cara Pos Motosikal dan Harga Pos Motor

1. KTMD – RM 155+

Harga penghantaran mengikut CC motor tu. Harga paling murah RM155. Sampai dalam masa 3-4 hari. Maklumat harga yang sebenar mengikut destinasi, anda boleh layari: http://www.ktmd.com.my atau hubungi di talian ini: 1800-22-5863

2. POSLAJU – RM 195+

Jika pos motor guna poslaju, agak panjang sedikit ceritanya, semoga bermanfaat.

Anda boleh pergi ke kaunter and mintak borang nak pos motosikal. Dua borang akan diberi, Satu borang macam biasa yang pos barang tu. Satu lagi borang untuk check keadaan motosikal sebelum dihantar ada kerosakan atau tak.

Lepas isi kedua-dua borang tu, anda perlu beratur balik kat kaunter dan buat bayaran yang dikehendaki mengikut destinasi penghantaran. Kadang-kadang pos laju akan buat promosi untuk student, kena selalu alert la.

[Kemaskini 01 Jul 2023] Senarai harga pos motosikal di POSLAJU

Harga semasa boleh rujuk di website PosLaju

Dah bayar, bawa motor korang ke garaj untuk buka side mirror, no. plat then balut. Selesai semua benda tu, tinggal motosikal kat situ dan pos laju akan uruskan. Bila moto tu dah sampai ke destinasi, pos laju akan menghubungi anda untuk tuntut di pejabat pos berdekatan.

3. Skynet – RM 250+

Harga pos motor guna Skynet adalah lebih kurang RM 200. Untuk kepastian harga mengikut destinasi, boleh terus hubungi nombor ini: 035122 3369

4. GDEx – RM 250+

Agak Mahal sedikit servis menggunakkan GDEx. Harga RM250 ini adalah untuk 150 CC ke bawah. Harga berbeza mengikut CC. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-7787 2222.

5. Lori / 4×4 – Bermula RM 200+ – Paling Mudah (Door-to-Door)

pos motor

Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service la kiranya. Kalau guna servis  Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.

Banyak syarikat / kenderaan persendirian yang menawarkan servis penghantaran motor menggunakan 4×4 atau lori, antaranya, syarikat AILC Enterprise. +6017-4273357

Dengan AILC, anda boleh menghantar motosikal ke seluruh destinasi di semenanjung Malaysia, contohnya Selangor – Terengganu, Pos motor dari kelantan ke KL, dan banyak lagi.

Untuk whatsapp, anda boleh klik button di bawah tanpa perlu menyimpan sebagai contact. Lebih mudah dan cepat.

WHATSAPP 4x4

Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY

Pihak AILC baru sahaja menyediakan website untuk anda membuat tempahan pos motor secara online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pos Motor Guna 4×4

Ini bermaksud, anda boleh terus menyemak senarai harga pos motor. Lebih mudah dan cepat.

Nama website yang digunakan oleh pihak AILC adalah: www.posmotor.my. Anda boleh layari website tersebut untuk membuat semakan harga.

SEMAK HARGA

Pada mulanya, syarikat AILC hanya fokus untuk destinasi Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan kini ada beberapa negeri lain.

Kesemua perjalanan penghantaran adalah berpusat dari/ke KL & Selangor.

Menarik Tentang PosMotor.MY

  • Door-to-Door Servis
  • Pilihan tarikh dan masa anda, jika tiada kekosongan, tarikh baharu akan ditetapkan.
SEMAK HARGA

Jika anda lebih suka whatsapp, anda boleh terus hubungi dengan copy text di bawah dan hantar ke whatsapp.

Tarikh:
Jumlah Motosikal:
Lokasi Ambil:
Lokasi Hantar:
WHATSAPP 4x4

Artikel Lain:

Ke Sabah jom!
Kereta Sewa Langkawi
Kedai Makan Hipster Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

152 Komen di “5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah”

    1. Berbeza mengikut syarikat dan cc kenderaan motor. untuk citilink, direct tanya di nombor ini: 1300-88-2489

  1. Utk pos motosikal ke sabah/sarawak Semenanjung menggunakan kapal laut harga bermula RM750(Port to Port) untuk 150cc kebawah
    – Kapal masuk Port Klang/KK/kuching, lain2 lokasi transfer dengan jalan darat
    – kekerapan penghantaran 2x sebulan
    – Keperluan dokumen: Salinan IC pemilik depan + belakang, Salinan Geran depan + belakang, Salinan surat kedai/Aeon jika masih loan
    – tempoh antara seminggu – 3 minggu(mengikut destinasi)
    Pertanyaan: 0124784344
    whatsapp: wasap.my/+60124784344
    FB: facebook.com/kgt.logistic

    1. Saya nak pos motosikal ke tawau sabah berapa anggaran kos? Dari KL – Tawau Sabah.. Berapa hari penghantaran?

  2. Assalamualaikum, tumpang tanye admin, kalau pos motosikal pihak pos laju memang tak sediakan khidmat balut motosikal ke? Memang kena balut sendiri ye? Maaf la sy xde pengalaman pos motosikal?

    1. Wassalam, Setahu saya, tuan yang hantar motor kena balut sendiri.

      Mungkin pembaca lain tahu, boleh tolong respon di sini. 🙂

      Tak pon, cik call terus pos laju : 1-300-300-300

  3. Assalamualaikum.. Terima kasih atas infonya admin..

    Nak tanya.. Ada tak perkhidmatan pos motor door to door dari Alor Setar ke Kuala Terengganu?Kebanyakan pos dari KL Selangor ke Pantai Timur.. Atau mungkin apa2 pos yang cepat sampai..

    1. Wslm, boleh call nombor ni: 1800-22-5863, kalau dah tahu, share la dekat sini… boleh orang lain rujuk nanti 🙂