5 Cara Pos Motosikal Dengan Harga Murah
Cara Pos Motosikal | Kebiasaanya, pelajar universiti adalah yang paling ramai menggunakan servis penghantaran motosikal ke kolej-kolej mereka.
Selain pelajar, tidak lupa perantau yang mencari rezeki di KL dan Selangor, juga turut menggunakan khidmat penghataran motor ini.
Ada hantar pulang ke kampung dan ada juga hantar motor ke KL. Tak kisah la, apa yang penting kos penghantaran yang murah adalah yang paling utama. Oleh itu, bagi memudahkan anda semua, kami bandingkan harga servis penghantaran motosikal yang ditawarkan oleh kurier.
[ Kemaskini: 04/07/2023 ]
Semenanjung (5 Cara Pos) – Klik di Sini
Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY – Klik Di Sini
Sebelum tu, jom lihat apa maklumat yang diperlukan untuk proses pos motor ni.
Maklumat Penting Bagi Proses Penghantaran Motosikal
- Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
- Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
- Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tanki minyak tidak penuh.
- Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa mengantar motorsikal di kaunter
5 Cara Pos Motosikal dan Harga Pos Motor
1. KTMD – RM 155+
Harga penghantaran mengikut CC motor tu. Harga paling murah RM155. Sampai dalam masa 3-4 hari. Maklumat harga yang sebenar mengikut destinasi, anda boleh layari: http://www.ktmd.com.my atau hubungi di talian ini: 1800-22-5863
2. POSLAJU – RM 195+
Jika pos motor guna poslaju, agak panjang sedikit ceritanya, semoga bermanfaat.
Anda boleh pergi ke kaunter and mintak borang nak pos motosikal. Dua borang akan diberi, Satu borang macam biasa yang pos barang tu. Satu lagi borang untuk check keadaan motosikal sebelum dihantar ada kerosakan atau tak.
Lepas isi kedua-dua borang tu, anda perlu beratur balik kat kaunter dan buat bayaran yang dikehendaki mengikut destinasi penghantaran. Kadang-kadang pos laju akan buat promosi untuk student, kena selalu alert la.
[Kemaskini 01 Jul 2023] Senarai harga pos motosikal di POSLAJU
Harga semasa boleh rujuk di website PosLaju
Dah bayar, bawa motor korang ke garaj untuk buka side mirror, no. plat then balut. Selesai semua benda tu, tinggal motosikal kat situ dan pos laju akan uruskan. Bila moto tu dah sampai ke destinasi, pos laju akan menghubungi anda untuk tuntut di pejabat pos berdekatan.
3. Skynet – RM 250+
Harga pos motor guna Skynet adalah lebih kurang RM 200. Untuk kepastian harga mengikut destinasi, boleh terus hubungi nombor ini: 035122 3369
4. GDEx – RM 250+
Agak Mahal sedikit servis menggunakkan GDEx. Harga RM250 ini adalah untuk 150 CC ke bawah. Harga berbeza mengikut CC. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-7787 2222.
5. Lori / 4×4 – Bermula RM 200+ – Paling Mudah (Door-to-Door)
Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service la kiranya. Kalau guna servis Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.
Banyak syarikat / kenderaan persendirian yang menawarkan servis penghantaran motor menggunakan 4×4 atau lori, antaranya, syarikat AILC Enterprise. +6017-4273357
Dengan AILC, anda boleh menghantar motosikal ke seluruh destinasi di semenanjung Malaysia, contohnya Selangor – Terengganu, Pos motor dari kelantan ke KL, dan banyak lagi.
Untuk whatsapp, anda boleh klik button di bawah tanpa perlu menyimpan sebagai contact. Lebih mudah dan cepat.
WHATSAPP 4x4 Special Penghantaran Dengan PosMotor.MY
Pihak AILC baru sahaja menyediakan website untuk anda membuat tempahan pos motor secara online.
ARTIKEL BERKAITAN: Pos Motor Guna 4×4
Ini bermaksud, anda boleh terus menyemak senarai harga pos motor. Lebih mudah dan cepat.
Nama website yang digunakan oleh pihak AILC adalah: www.posmotor.my. Anda boleh layari website tersebut untuk membuat semakan harga.
SEMAK HARGAPada mulanya, syarikat AILC hanya fokus untuk destinasi Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan kini ada beberapa negeri lain.
Kesemua perjalanan penghantaran adalah berpusat dari/ke KL & Selangor.
Menarik Tentang PosMotor.MY
- Door-to-Door Servis
- Pilihan tarikh dan masa anda, jika tiada kekosongan, tarikh baharu akan ditetapkan.
Jika anda lebih suka whatsapp, anda boleh terus hubungi dengan copy text di bawah dan hantar ke whatsapp.
Tarikh: Jumlah Motosikal: Lokasi Ambil: Lokasi Hantar: |
Artikel Lain:
Ke Sabah jom!
Kereta Sewa Langkawi
Kedai Makan Hipster Shah Alam
Salam admin. Kalau nak post motor dari Johor ke Sibu, berapa kosnya?
wslm, biasa range RM850-RM1500
boleh wasap terus kgtrans untuk maklumat tepat: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak
Terima kasih
Nk tny kalau dh post nk mintak return balik apakah procedure nya?
nak servis pos motosikal yang mana tu?
Salam..nak tanya kalau hantar motorsikal dari selangor ke belaga sarawak berapa ye?
Wslm, dalam anggaran RM850 – RM1500
Untuk pengesahan boleh tanya di wasap ini: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak
Terima Kasih
Hai. Saya nak tanya. Macam mana nak kirim motosikal dari kuching ke bintulu? Roughly within berapa? Thank you.
Hai, boleh terus call nombor yang disediakan. Boleh tanya pihak poslaju untuk maklumat lanjut.
Sa nk kirimo motor 390cc dari semenanjung ke sabah.berapa kdar bayaran ya?
untuk maklumat lanjut silah berhubung dengan kgtran di sini: https://wasap.pakej.my/posmotosikalsabahsarawak
salam
maaf bertanya, ada ke perkhidmatan kalau mahu pos kereta dan motorsikal dari kota kinabalu ke Kota bharu? berapa jumlah bayaran dikenankan. terima kasih
wassalam, ada. boleh hubungi pihak KGTRANS
Kereta biasa RM1999
Motor biasa RM999
Link semak harga terkini di sini https://www.kgtrans.com.my/price
Kalau nak pos motor dri shah alam ke perlis( unimap pauh) berapa min?
Anggaran lebih kurang RM600. Kalau ada kawan-kawan boleh murah sikit. Maksudnya pos 2 3 motor sekali gus.
apa-apa pun boleh hubungi di wasap ini: https://wasap.pakej.my/posmotosikal (Door-2-Door servis)
Kalau nak guna posto.my pun boleh, harga flat rate untuk semua semenjung Malaysia.
Sekarang nationwide RM175 (student) RM187 (bukan student)
Terima kasih atas maklumat, boleh kami tahu untuk cc berapa ya?
Salam.. maaf nak tanya.. kalau nak pos motor dari pelabuhan klang (pulau indah) ke johor bahru berapa kos nya? Dan perkhidmatan yg sesuai? Agak urgent gak..
Wassalam, boleh ambil 4×4 kalau urgent. Masa flexible
Kalau dari penang ke segamat johor yg mna 1 sesuai ya admin?
Semua ok sebenarnya. Kalau nak cepat boleh cuba 4×4.
Kalau nk antar ke pakistan ade tak?
Jauh nya. Maaf min tak tahu. huhu.