Pengangkutan ke Pulau Langkawi
Terdapat dua (2) cara untuk ke langkawi iaitu dengan menaiki pesawat dan juga feri @ bot laju. Kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan pesawat sebagai pengangkutan ke Langkawi kerana ia lebih menjimatkan masa dan tawaran harga tiket juga amatlah murah. Walaubagaimana pun, pengankutan feri juga masih lagi mendapat sambutan tertutamanya bagi penduduk sekitarnya.
1. Pesawat (Flight)
Lapangan Terbang Antrabangsa Langkawi (LGK) terletak di Padang Matsirat, sebelah barat laut Pulau Langkawi.
Berikut adalah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan dari/ke Langkawi: AirAsia, Malaysia Airlines, FireFlyz, MalindoAir, TigerAir, SilkAir dan terbaru RayaniAir.
Dan berikut pula adalah senarai lapangan terbang yang menyediakan penerbangan secara terus ke langkawi: Kuala Lumpur, Penang, Kota Bharu, Singapore, Hat Yai (Thailand), Phuket (Thailand) dan Guangzhou (China)
TIPS: Untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah, anda perlu sentiasa melihat promosi yang ditawarkan oleh pihak syarikat penerbangan. Selain itu, pembelian sebulan sebelum tarikh berlepas juga berkemungkinan untuk mendapatkan tiket lebih murah adalah tinggi!
Iklan oleh Google
2. Feri (Ferry)
Selain dari flight, pengangkutan feri juga adalah salah satu alternatif pengangkutan untuk ke Pulau Langkawi. Terdapat TIGA (3) jeti untuk ke Pulau Langkawi iaitu:
- Kuala Kedah
- Kuala Perlis
- Penang
Harga tiket berdasarkan Jan 2016
KADAR TAMBANG | Dewasa | Kanak – kanak (Umur 3-11) | ||
---|---|---|---|---|
Dari | Ke | Jangka Masa Perjalanan | ||
Kuala Kedah | Langkawi | 1 Jam 45 Minit | RM23.00 | RM17.00 |
Kuala Perlis | Langkawi | 1 Jam 15 Minit | RM18.00 | RM13.00 |
Penang (Melalui Pulau Payar) | Langkawi | 2 Jam 45 Minit | RM36.00 | RM26.00 |
Masa perjalanan feri dan harga tiket terkini sila layari laman web: Langkawi Ferry Line
TIPS: Untuk memudahkan perjalanan, anda disarankan membeli tiket feri secara online. Lebih mudah dan terurus!
Salam Knp eh tiket dr kuala Kedah ke langkawi pd 25 Mac 2019 x available?
saya hendak beli tiket pada 16.12.21 dan balik pada hari yangsama penang-lgkw – Lgkw-penang