Homestay Berdekatan Kuala Besut – Villa Bisikan Bayu

Jika korang berhasrat nak pergi bercuti di Pulau Perhentian dan memerlukan penginapan Homestay Berdekatan Kuala Besut, korang boleh menginap di Villa Bisikan Bayu.

Kebanyakan, orang menempah homestay ini adalah mereka yang datang dari jauh untuk bercuti di Pulau Perhentian. Dengan kata mudah, mereka memilih homestay ini sebagai penginapan transit ke Pulau Perhentian.

Sebabnya, apabila sampai di Jeti Kuala Besut, mesti sudah lewat petang dan kepenatan. Jadi, mereka akan menginap di kawasan berdekatan Jeti Kuala Besut terlebih dahulu sebelum meneruskan percutian ke Pulau Perhentian keesokan harinya.

Ada beberapa lokasi penginapan transit menjadi pilihan pelancong adalah seperti sekitar Kuala Besut itu sendiri ataupun Pantai Bisikan Bayu.

Dekat Mana Lokasi Pantai Bisikan Bayu?

Pantai Bisikan Bayu ini terletak lebih kurang 7KM sahaja dari Jeti Kuala Besut. Atau kalau korang pernah dengar Resort Tok Aman Bali, kat situ la terletaknya Pantai Bisikan Bayu. Tengok maps bawah ni:

Pantai dekat Bisikan Bayu ini cantik, siap boleh mandi manda lagi. Untuk pengetahuan korang, kawasan ini masih lagi baru, dan keadaan sekeliling tidaklah begitu indah, tetapi aman untuk menginap dan mandi manda.

Tidak banyak penginapan yang ada di sini, yang admin tahu Resort Tok Aman Bali, Resort Dee Wana, dan terbaru Villa Bisikan Bayu.

Villa Bisikan Bayu

Lokasi villa ini betul-betul tepi pantai, menjadikannya pilihan ramai untuk Penginapan Transit ke Pulau Perhentian.

Selain dekat dengan Pantai, Villa ini juda ada menyediakan kolam mandi (swimming pool). Boleh mandi manda dengan anak-anak kecil.

Nak buat BBQ pun boleh. Tempat BBQ disediakan.

Terdapat dua jenis penginapan yang ada di Villa ini iaitu, Chalet dan juga Homestay.

1. Chalet

Chalet sesuai untuk keluarga kecil ataupun kumpulan kecil. Ada 8 chalet kesemuanya dan setiap chalet disediakan 1 Katil Double dan 1 Katil Single. Bermakna 1 bilik boleh muat 3 orang.

Biasa: RM100
Keluarga: RM150

2. Homestay

Untuk korang yang berkeluarga dan memerlukan ruang yang besar dan boleh muat ramai orang, mungkin menginap di homestay adalah pilihan yang terbaik.

Ada dua unit homestay di sini:

  1. Homestay ada dapur dan peralatan memasak. RM300 / Semalam
  2. Homestay tanpa dapur. RM250 / Semalam

Kedua-dua homestay ini mempunyai 2 Bilik Tidur & 1 Bilik Air.

Cara Menempah Homestay Berdekatan Kuala Besut

Untuk menempah chalet @ homestay ini, korang boleh hubungi pemilik Villa Bisikan Bayu di nombor berikut: 019-939 3555 atau klik jer WhatsApp kat bawah ni:

WHATSAPP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Komen di “Homestay Berdekatan Kuala Besut – Villa Bisikan Bayu”