LIMA Langkawi 2017 – Aeroangkasa & Maritim

LIMA Langkawi 2017 – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac  ini dijangka menarik sebanyak 550 syarikat pempamer dari 38 negara. Anggaran pengujung pada tahun ini adalah 40,000 orang.

Waktu Operasi (Pameran) – LIMA Langkawi 2017
21 – 23 Mac 2017: 10.00am – 5.00pm (Trade Visitors Only)
24 – 25 Mac 2017: 10.00am – 5.00pm (Trade and Public Visitors)
Lokasi Pameran – LIMA Langkawi 2017

Pameran Udara – Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri
Pameran Maritim – Resorts World, Langkawi

TEMPAH Kereta Sewa Langkawi sekarang sebelum terlambat. LIHAT SENARAI HARGA

Kereta Sewa Langkawi 2017

Sedikit Info Berkenaan LIMA
  • LIMA adalah singkatan kepada Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition, atau dalam bahasa melayunya adalah Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi.
  • LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan.
  • LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Mac, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi, Kedah.
  • Pameran LIMA ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu:
    1. Pameran Udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)
    2. Segmen Maritim pula diadakan di Resorts World, Langkawi.
Sejarah Tentang LIMA
  • LIMA merupakan ilham dari bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991.
  • Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model EAA AirVenture Oshkosh di Amerika Syarikat.
  • Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.
  • LIMA sebelum ini:
    1. LIMA 2003
    2. LIMA 2005
    3. LIMA 2007
    4. LIMA 2009
    5. LIMA 2011
    6. LIMA 2013 – 433 syarikat dari 31 negara
    7. LIMA 2015 – 512 syarikat dari 36 negara
    8. LIMA 2017 – Jangkaan 550 syarikat dari 38 negara

Sumber:

  1. LIMA EXHIBITION
  2. WIKIPEDIA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *