Pakej Pulau Gemia 2023, Terengganu

Pakej Pulau Gemia 2023 – Mungkin ramai belum mengenali Pulau Gemia ini. Bagi yang belum mengenalinya, di sini kami sediakan sedikit informasi tentang Pulau Gemia.

Pulau ini terletak 800 Meter dari Pulau Kapas dan jaraknya hanya 5KM dari tanah semenanjung.

Pulau Gemia tidaklah sebegitu popular seperti Pulau Perhentian atau Redang, tetapi pulau ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini dengan adanya pulau yang berbatu diliputi dengan kehijauan pokok dan kerjenihan air.

Perjalanan ke sana akan mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu. Di sana hanya terdapat satu penginapan sahaja iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.

Galeri Sekitar Pulau Gemia

Maps

Aktiviti di Pulau Gemia

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Gemia ni, biasanya snorkeling la kan. Selain tu boleh juga main kayak sampai puas, berenang-renag di pantai, dan bergambar di batu-batu tepi pantai.

Penat buat aktiviti, dan ingin rehatkan badan dari lenguh-lenguh, anda boleh terus buat urutan SPA di resort tu.

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Gemia

Pulau Gemia mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan kebanyakan resort ditutup untuk para pelancong.

Resort dan feri dihentikan ketika musim ini kerana pada ketika ini ombak tinggi dan angin kencang membadai dengan kuat.

Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang hangat hujan sekali sekala.

Cara ke Pulau Gemia dari KL

  1. Dengan menaiki pesawat turun di Airport Kuala Terengganu. Masa perjalanan ke Jeti Marang hanyalah mengambil masa 30 minit hingga 1 jam sahaja.
  2. Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuh Raya Karak -> Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus parking di Jeti Marang (Berbayar).

Pakej Pulau Gemia 2023 – 3 Hari 2 Malam

  • Perjalanan pergi-balik menggunakan bot antara Jeti Marang dan resort
  • Percuma minuman ringan sewaktu tiba di resort.
  • Penginapan di Gem Wellness Spa & Island Resort 3 Hari 2 Malam
  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x makan malam
  • Trip snorkeling dengan peralatan.
  • Bermain kayak selama 90 Minit

HARGA PAKEJ GEMIA

Walaubagaimana pun, Harga ini adalah tertaluk kepada tarikh yang anda pilih dan juga kekosongan.

Anda boleh hubugi Pihak Gem Wellness Spa & Island Resort terlebih dahulu. Kadang-kadang harga lebih murah dari yang ditawarkan.

GEM WELLNES SPA & ISLAND RESORT
Website: http://www.gemisland.com.my/
Tel: +(6) 03-6205 5555  
Fax: +(6) 03-6205 5557

Atau kalau nak mudah anda boleh tempah di booking.com, tempah penginapan dan breakfast sahaja.

Tiket bot dan snorkeling, boleh beli di sana nanti. Kena sampai awal pagi di Jeti Merang.

Book Now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Komen di “Pakej Pulau Gemia 2023, Terengganu”

  1. Sy nak booking utk 2 orang 2/4/2022-4/4/2022. Call pihak resort, tapi tiada jawapan. Ada cara lain untuk sy dapatkan info??