Daytrip Food Hunting Melaka

Food Hunting Melaka | Untuk korang yang tak tahu nak pergi mana hujung minggu, mungkin boleh ikut cara perkongsian sauddari Nur di bawah ini.

Dia dan kawan-kawan pergi daytrip ke Melaka semata-mata untuk food hunting. Sesuai untuk korang yang berada di KL, Selangor dan kawasan berdekatan dengan Melaka. Jom baca!


FOOD HUNTING MELAKA (DAYTRIP)

Assalamualaikum. Hai Hai.. ??

Okay harini aku nak share my one-day trip to Melaka from KL on 17 March 2019. Sebelum pergi mestila kena google dulu ke mana nak pergi.

Since kitorang pergi bertujuan untuk food hunting semata-mata, jadi kami google senarai kedai yang popular di Melaka.

Banyak jugak list kedai yang kami dapat tapi since it was only one day, kami pergi mana yang termampu je.

Let’s begin with the list.

1. ROTI CANAI KAYU ARANG MELAKA

Waktu Operasi : 7am-12pm, 8-11.45pm (Setiap hari)

Kami bergerak dari rumah naik kereta dalam 06:30 pagi dari KL dan tempoh perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam.

Setibanya di Melaka, ini adalah first stop kami. As expected, kedai ni penuh dengan orang especially time weekend tapi alhamdulillah kami tidak menunggu lama untuk dapatkan tempat duduk.

2. MALACCA AVOCADO CHOC

Malacca Avacado Choc

*Waktu Operasi : 10am-7pm (Setiap Hari)

Next stop is Malacca Avocado Choc. Kalau nak pegi kedai ni, kena pegi awal2 sebab biasanya kalau weekend ramai beratur nak beli avocado choc ni.

Bagi aku, avocado ni sedap kalau korang suka. Kalau jenis yang tak mkn avocado, boleh la cuba2 dulu. Lain perisa, lain rasa dia.

3. KUIH KERIA ANTARABANGSA HJH RAHMAH

*Waktu Operasi : 1.30pm-7pm (Sabtu-Khamis) Jumaat Tutup

Siapa yang pergi Melaka, tak sah kalau tak beli kuih keria ni. Tak kisah la korang nak beli yang mana Haji Jalil ataupun Hajah Rahmah. Dua2 sedap. Kami beli yang Hajah Rahmah sebab kedai dia sebelah kedai Avocado Choc je. Senang sekali pergi dan jimat masa ofc.

          

4. KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE

*Waktu Operasi :
11am-6.30pm (Sabtu-Khamis)
2.30-6.30pm (Jumaat)

Next is coconut shake ! Cuaca dah la panas, memang nikmat la dapat minum coconut shake ni. Yang ni pun kena pergi awal kalau tak nak beratur panjang.

Kedai ni ada dua tempat. Satu tempat bagi siapa2 yang nak dine-in. Satu lagi untuk yang nak take-away tapi still kena beratur jugak ye takleh nak order tepi2 jalan je. Harga pun murah je and sedap ofc.

5. CENDOL JAM BESAR

*Waktu Operasi : 9am-6pm (Setiap Hari)

Kedai ni terletak di tengah2 Bandar Hilir Melaka. Disarankan sesiapa yang nak pergi sini, siap sedia nak hadap jem sebab jalannya sempit je.

Kami parking di kawasan berhampiran dan dikenakan bayaran sebanyak RM2. Kat sini, kami makan cendol durian, ABC dan buah tembikai. Rasa dia sedap sangat2 tambah2 lagi makan time2 panas. Harga pun berpatutan. Recommended

6. EE JI BAN CHICKEN RICE BALL

*Waktu Operasi : 10am-9.30pm (Jumaat-Rabu) Khamis Tutup

Okay stop kalini memang puas hati. Ni restoran cina muslim jadi jangan ragu2 tentang status halal. Hehe.

Restoran ni memang akan ramai customer setiap hari. Jadi, korang kena menunggu di luar dulu dan dia akan panggil nama bila ada tempat kosong di dalam. Sumpah siapa2 yang nak pergi Melaka, wajib try ni.

7. AYAM SAMURAI MELAKA ORIGINAL

*Waktu Operasi : 12pm-6pm (Selasa-Ahad) Isnin Tutup

Kedai dia terletak kat sebelah kedai makan je. Kat sini pun beratur sebab ayam dia sedap. Kalau pergi Melaka lagi, memang kena repeat lah ayam ni.

8. NASI LEMAK HIJAU MELAKA

*Waktu Operasi : 5.30pm-12am (Selasa-Ahad) – Isnin Tutup

Last but not least, ini adalah stop kami yang terakhir sebab dah lewat petang. Lokasi kedai ni dalam kampung. Jadi, korang kena ikut waze tu betul2 takut tersesat nanti.

Tapi bila korang dah sampai, korang takkan menyesal makan nasi lemak ni. Dah la unik sebab warna hijau, sedap and murah pulak tu.

Kesimpulan!

Okay. Its done ! itu sahaja kedai2 yang mampu kami pergi dalam masa sehari. Korang boleh jugak google kedai lain yang viral di Melaka. Banyak lagi list yang kami tak pergi. Bila2 nanti free, insyaAllah kami repeat ke Melaka dengan list kedai yang berbeza. Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 Komen di “Daytrip Food Hunting Melaka”