Sistem Pengurusan Homestay Malaysia
Bagi melancarkan perngurusan homestay, mestilah kena ada satu sistem untuk merekod tempahan. Lebih mudah dan efektif. Salah satu yang anda boleh guna adalah Sistem Pengurusan Homestay melalui website kami di Pakej.MY.
Sekilas Idea
Sebenarnya banyak tempat yang anda boleh guna sepeti agoda.com, booking.com, airbnb.com dan banyak lagi. Apa yang saya lihat, mereka lebih kepada hotel dan sesuai untuk unit yang banyak.
Caj harga pula mengikut transaksi tempahan. Agak membebankan juga kalau untuk pengusaha homestay. Agak tidak berbaloi untuk menggunakan platform tersebut.
Jadi, kami di Pakej.MY memerah otak memikirkan untuk meringankan beban pengusaha homestay dengan membangunkan Sistem Pengurusan Homestay.
Sistem Pengurusan Homestay (SPH)
Sistem Homestay kami bangunkan ini banyak membantu pengusaha dalam memnguruskan homestay mereka. Ciri-ciri dan kelebihan Sistem Homestay Pakej.MY adalah:
- Boleh mengurus homestay tidak kira di mana anda berada. Asalkan ada telefon/laptop dan internet.
- Boleh tengok kekosongan secara online. Tidak lagi dibuku. Lebih cepat, efektif dan mesra pelanggan.
- Akan ada webpage homestay sendiri untuk pelanggan lihat kekosongan semasa. Lebih mudah. Contoh: Homestay Humairah
- Marketing SEO Pakej.MY akan uruskan.
- Boleh melihat laporan tempahan. (Akan datang)
- Boleh buat invois & pelanggan bayar secara online. (Akan datang)
- Pelanggan boleh tempah dan buat bayaran secara online. (Akan datang)
Berikut adalah contoh pelanggan boleh semak di webpage homestay
Lebih mudahkan! Mereka boleh tengok jadual kekosongan di website terus. Jimat masa untuk proses tempahan. Yang penting, pengusaha homestay perlu sentiasa kemaskini jadual.
Cara Guna Sistem Homestay
Mudah sahaja, buat pendaftaran di Partner Pakej.MY dan teruskan menambah homestay anda dengan mengikut panduan di web kami. Panduan Pengurusan Homestay.
Bayaran Langganan Sistem Pengurusan Homestay
Buat masa sekarang, musim covid, penggunaan adalah percuma. Bayaran langganan adalah mengikut bulan dan tidak terikat. Boleh buat pembatalan (cancel) pada bila-bila masa. Konsep bayar dan guna.
Harga Langganan akan dikenakan nanti memang tidak membebankan. Berikut adalah harga langganan sistem pengurusan homestay akan datang nanti.
Kenapa kami cakap berbaloi?
Jika anda kira, kebanyakan platform lain contohnya booking.com kenakan caj tempahan lebih kurang 10%. Kalau harga RM200 semalam, sudah kena RM20. itu baru satu tempahan, kalau sebulan dapat 10 tempahan. Sudah RM200.
Walhal Sistem Homestay Pakej.MY anda bayar RM10 untuk sebulan. Tidak kira anda masukkan tempahan berapa pun. Pengurusan lebih teratur.
Daftar Sistem Pengurusan Homestay
Untuk pendaftaran anda boleh berbuat demikian di https://partner.pakej.my dan senarai homestay anda akan dipaparkan di sini https://www.pakej.my/homestay/
Lain-lain
HAI, JUST NAK TANYA THIS ONE UNTUK MANAGE TERUS DR CUSTOMER ATAU SESUAI UNTK PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY SKALI?
Buat masa sekarang sesuai untuk pengurus homestay.
Untuk pelanggan, hanya boleh tengok jadual kekosongan shj. tempahan terus menghubungi pengurus homestay